Khamis, 31 Disember 2009

Sama-sama kasih

1. Orang kampungpun kata abang long (luq aimanazmi) sejibik abah dia..like father like son.

2. Selamat tahun Baharu buat semua cg, semoga hari esok menjadikan kita lebih baik di sisi Allah.

Selasa, 29 Disember 2009

Terima kasih ....

Che Eda, anak sulungmu sejibik macam ayahnya...

Isnin, 28 Disember 2009

TAHNIAH

ASALAMUALIKUM

1. Tahniah untuk semua yang berjaya ( semua berjaya walau berapa ketul dapat)
Adam, Anis = 8 ketul (paha ayam) Ayuni 5 Ketul, lagi ...belum sampai informasi harap banyak ketul lah paha ayam yang dapat.....

2. Mana mau pigi dah lepas PMR...
3. Ubah tarikh molek benar...cari cuti yang panjanggggggggggggggg sikit.
4. alhamdulillah... hjh dan hj terbaru selamat....mendarat dan demam tu biasalah.
5. Bila lagi yang lain nk ikut....ikut jgn tak ikut.....
6. Mana lagi gambar.....cik eda je ker....cun melecun lagi...
7. apa citer org p sabah. Panjat gunung ker?

Sekian seadanya. dan selamat bekerja semua ( sekolah lah tu) yang dah kerja cuti-cutilah sama dan berblog getek ( betul ker pakau? bahasa trg)

wasallam

Reunion 3 - ralat

Assalamualaikum wbt.
1.Sori angah pasai reunion tu..baru perasaan 14.2.2010 cuti sehari je, ingatkan cuti pertengahan penggal, so cek yang dok jauh ni memang tak dan la nak p, lagipun anak2 semua tak cuti hari raya cina tu.
2. Apa kata kita buat masa cuti sekolah..so kita tukar tarikh je, tempat dikekalkan.
3. Apa pun kawan2 yang lain tolong respon.
4. Pak aji dan kak aji, hadapi masalah yang sama..bab tarikh tu la.
5. Kak aji agak kalut la ni, emak dan ayah mentua serta si kecik tak sihat..tu pasai tak timbul2 lagi.
Sekian dimaklumkan.
wassalam.

Ahad, 27 Disember 2009

Hijrah dan sekolah

Assalamualaikum wbt. dan salam hijrah.

1. Apa habaq semua? Jah, sari dll..sihat? Hajah cek nani alhamdulillah..

2. Aza..laaama ambik cuti! berhijrah ke mana?

3. Tahniah kepada semua yang mendapat mumtaz dan tak mumtaz dalam PMR..Adam, amira, iman, aina, ayuni, dan yang seangkatan dengannya.

4. Selamat berhijrah kepada semua sahabat..wajib tu kerana
.....yang dekat itu MATI
.....yang sedikit itu MASA
.....yang besar itu NAFSU
.....yang berat itu AMANAH

5. Ini imej terkini my family. Gena angah, slim dak cek eda..huhu.


6. Akhir sekali, selamat ke sekolah semula..selamat datang 2010!

Wassalam.

Jumaat, 11 Disember 2009

Moga berjumpa....

19 hb. tu, Sabtu kan? Ada rezki.....adalah naa..

Salam dari Madinah

Alhamdulillah dah 2 hari jadi tetamu Rasulullah. Kelmarin dapat peluang ziarah makam dan bermunajad di Raudhah. Air mata begitu murah. Ribuan umat berebut2 untuk solat dan berdoa. Alhamdulillah selepas menunggu giliran agak lama, dapatlah akak sujud di Raudhah. Di makam, akak dah sampaikan seme salam yang dikirim. Mudah2an Rasulullah terima kita sebagai umatnya.
La ni on d way ziarah luar, melawat masjid2 utama di madinah.
19 ni dah nak balik. Hati bercampur-baur, sedih kerana terpaksa tinggalkan Rasulullah yang entah bila dapat berkunjung lagi dan rindu terbayang anak2 exp. yang c kecik tu. Rindu juga pada ikang singgang dan budu woi. 19hb tu ada di KL sehingga pukul 1.00 pm. Sahabat2 di kl jemputlah, nak tau kat mana, tanya sari @ jah.

Nanti akak tulis lagi.
Tqvm pada tukang publish..

Selasa, 8 Disember 2009

Tau tak po....

1. Tarikh Reunion - 14.02.2010 (Tahun Baru Cina)
2. Tempat - i . warm up di Restoren Warisan
ii. kalau nak sambung cerita ceriti di D'Kok
3. Maklumat tentang D'Kok - Resort @ Homestay
- Jalan 6 kaki...jangan bawa lori dah
- 7 - 8 Resort
4. Bayaran - kemudian...se nak dapatkan sponsor daripada KJ. Dah tau jawapan : tak dapek.
Jangan jadikan masalah pasal bayaran.....hal-hal dunio tuhh....
5. Tarikh tutup penyertaan - 32.01.2010 - Bagi peluang kepada yang tak bongkar-bongkar...
6. Ado lagi pertanyaan? Sila hubungi blog puteraputericg.....

Salam menyampah......

ralat

mesej bertajuk re-u 3 dirujuk. Anda dikehendaki baca (4) abai kan (5) atau abaikan (4) baca (5). Tak faham boleh tanya. He he. Ada je silap. Maklum dah lama tak mematuk.

re-u 3

Assalamualaikum

1) u.p Mak Daro
setuju dan hadir
Nama: Siti Khaotijah Mohammad dan keluarga
No. Mykad: 000000-02-5568 (yg 6 digit awal tau-tau sendiri)
Peserta : 2 dewasa + 1 kanak-kanak
D'Kok : ok (hotel ke)
Restoran Warisan : ok
Bayaran: online (boleh ke).

2) u.p Akak Nani
Tahniah kerana telah berjya menyempurnakan rukun ke 5.

3) u.p Pak Aji Usop
Sorry la kita dah empat kali selisih kereta api. Tak leh jugak nak datang rumah no.

4) u.p semua cg dan keluarga
Selamat menyambut Maal Hijrah dan selamat tahun baru 2010.


5) u.p semua cg dan keluarga
Selamat menyambut Maal Hijrah dan selamat tahun baru 2010.

Isnin, 7 Disember 2009

Of course!!

Berito se....

1. Blog ni tolah menomukan se dongan sahabat lamo se...Salmiah. Habih segalo talian
digunokan. Akhirnyo, se dah aturkan pertemuan di hari akhir pemeriksaan kertas (5.12.09).
Tuhan Maha Kaya, kami berduo tolah membosar bagai JOHAN.....berguling-guling we all.
Salmiah siap bawa album lagi!!....dah kuning pun.

2. Ralat tontang Reunion 3....kalau nak terus ke D' Kok....ramai sosek barat.....Apo kato kito
makan-makan dulu di Restoren Warisan (simpang nak masuk Seri Menanti)? Kono ado
respon la daripado semuo CG. Lopeh berjumpo tu, nak terus ke D' Kok atau nak balik? Kono
la jawap. Wooii....korang ni ado internet ko tidak? Dah potong ko bolum?

3. Setakat ni, ramai penyertaan...iaitu se dan che eda. Tahniah......

4. Salam menyampah daripado se....

Sabtu, 5 Disember 2009

TERKENANG, TERKEDU

Salam1.
1. Balik beraya di kampung, terkedu! kawan baik telah kembali mennemui Tuhan. Tak terkata mengenang anaknya mewarisi bisnes ikan bapanya. Dan dulu seorang kawan baik telah juga kembali. Maka tiada terkata. Hanya merenung diri.

2. Terkenang masih lagi segar. Sesegar embun pagi. Dua Al Haram, dan segala nostalgianya. namun kubur hingga ke liang lahatnya. Sekadar menambah pengalaman bentuk kubur orng arab. Mudah sahaja. bentuk kotak, siap ada lubang dan masukkan jenazah, tutup dengan rumput kering dan simen penutup, doa selesai.
Dan serupa juga, yg belum tu cepat-cepat ke Al Haram, sesuai bonar cadangan Hjh Mek Nani...dan apa kata ReU ke 4-5-6 kita umrah pula.....

3. ReU 3...InsyaAllah ok, dan teruk juga tu, sebab ada lagi satu Union roommate bulan 3 di pahang. Roommate lagi lama tidak bertemu....masa depa form 6 dulu baru nak union....tu yg kena beri sokongan tu....ReU3 Cg teruskan,,,,,,organizer kena kerja keraslah...hieieieiieie

4. Tahniah untuk anak CGs yg berjaya dalam exam.....

Hujang dang selimut jadi temang..
Dang ada kelas lok...mana biza relaxxx

Wasalam

Jumaat, 4 Disember 2009

Salam Reunion 3

Assalamualaikum wbt.

1. Alhamdulillah cek nani dah selamat bergelar hajah. Komitmen akak hajah kita ni memang excellent, biar jauh, biar sibuk, biar sakit, biar pakai pa, tapi salam dari Haram sentiasa menemani kita. Kawan2 yang di sini ( tanah halal ) apa habaq? Aza, usop, jah, p.lah, jef, hanif, sepi ja..awat?

2. Reunion 3..tarikh tutup penyertaan 2011? woi lamanya! Takkan RU3 taun 2012 kot..biar betoi. Mohon pencerahan mak daro ya.

3. Selamat terbang ke Sabah cek sari.. berbaloi-baloi.

4. Cek cadangkan acara gusti dibuka kepada semua..gusti tangan sahaja ya. Dulu2 cek juara jugak. Kita ada 2 hari untuk menentukan sapa juara.

5. Untuk makluman semua, blog ppcg telah mempertemukan 2 orang kawan lama iaitu mak daro (idah) dengan Salmiah..cek terbaca ulasan pada catatan salam dari Haram. Sure terkejut beruk mak daro..cek tumpang happy..agak2 lepaih ni sapa pulak yang muncul..

6. Ini ialah acara lari berganti2..Pelari 1 ialah mak daro yang membawa baton bertajuk RU3, pelari ke-2, cek eda telahpun berjaya mengambil baton dan berlari dengan pantasnya, seterusnya, pelari ke-3 diminta bersedia untuk menangkap baton ini dan paskan kepada pelari ke-4 . Semoga baton ini selamat sampai kepada pelari ke-10. Amin.

Jawapan : Setuju dan hadir (Insyaallah jika tiada aral melintang).
cek eda.

Khamis, 3 Disember 2009

Salam dari Haram 4

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah akak dah sempurnakan semua rukun dan wajib. Baru hari ni dapat selesaikan. Balik dari Mina akak tak sihat.. badan tak bermaya, pening, loya, makan tak lalu. Ni baru ok sikit. Masjid tak dapat g tiap waktu. Hati gelisah dengan ujian ni. Takut tak dapat sempurnakan haji. Doa tak putus mohon dipermudahkan. Akhirnya pagi tadi ( 2.12.09) Allah beri kekuatan dan sempurnalah tawaf dan saei. Menitik air mata kesyukuran. Maha AGUNG kasih dan sayang-Mu pada hamba-Mu yang hina ini.
Buat sahabat yang belum jejak ke Haram ni rayulah segera, datanglah ketika badan masih kuat (nak kata muda, kita dah tak berapa nak muda). Mas aji dan che eda mesti masih terbayangkan cabaran 3 hari di Mina, 2 jam q untuk ke bilik air benar2 menguji kesabaran. Simpati pada makcik2 yang tak dapat tahan, belum sempat masuk dah terburai di depan tandas. Masa ni ada duit 1 juta pun tak dapat bantu.. yalah sapa yang boleh kita upah untuk wakilkan buang small dan big water kita?
Rabu depan kami akan ke Madinah. Selamat tinggal Haram. InsyaAllah salam dari Madinah akan menyusul.

Wassalam
Akak.

Isnin, 30 November 2009

Pungutan Suara '3rd Reunion'

1. Se nak jawapan daripado semuo ahli CG.
2. Taipkan Setuju dan Hadir @ Setuju dan Tidak Hadir.
3. Namo lotak sekali. Tolong jangan begar (dogil).
4. Tarikh : 13 dan 14 Februari. Musim paneh.....takyah pakai baju paneh!
5. Tarikh akhir penyertaan pado 32.01.2011. Keputusan muktamad. Takdo kompromi tontang
tarikh.
6. Che Eda, tolong posan kat Akak Nani bersedio untuk bergusti....se 'Johan' menanti...
* Jawapan hanyo melalui blog. SMS tak main.

Jawapan : Setuju dan Hadir - Daripado Mak Daro....

Ahad, 29 November 2009

SALAM BUAT SEMUA...

Alhamdulillah dah hampir sampai ke penghujungnya perjalanan akak Nani kita di bumi Mekah.Tentunya sambil menghabiskan sisa waktu yang ada dengan ibadah umrah sebelum pulang.Mudah-mudahan apa dihajat, dipohon semuanya dalam keredhaan-Nya. Tentunya kami yang menanti giliran tak sabar untuk ke sana tiba saat dan waktunya. Nampak gayo mak Daro akan sampai dulu giliran. Saya masih menanti dan tak henti berharap dan mengharap agar dijemput sebagai tetamu-Nya jua dalam masa terdekat.

Cuti yang tak cuti sebenarnya. Sejak hujung Oktober hingga 16 Disember 09 masih dengan urusan sekolah. Dah veteran (umur) masih lagi mengawas SPM...alahai terima tanpa soal.Kalut menanda dan kerja-kerja lain di sekolah buatkan saya tak sabar bercuti panjang-panjang-panjang...Ada gap mula sibuk menjahit baju sekolah anak-anak, beli keperluan sekolah mana yang perlu, sambil memantau anak-anak jangan dok leka main tapi tak leka pulak baca buku.

Alhamdulillah, UPSR lalu Aina Farhanah capai 5A. Syukur dan terima kasih atas doa semua. Tahniah juga buat Anis Jafri tentunya 7A. Juga buat anak-anak CG'S lain dan sedang menanti debaran juga yang bakal menerima keputusan PMR, apapun moga kejayaan akademik seimbang dunia dan akhirat.

Tak ada aralnya, 8 Disember nanti kami akan ke negeri di bawah bayu. Cuti panjang buat saya sebelum sambung jaga SPM. Moga dapat bertamu ke rumah Jef Husna, gebang-gebang kotlah nak buat 3rd reunion bilanya. Semalam di Kundasang ke Sandakan pula, bermalam di sana dan meneruskan perjalanan ke KK untuk dua malam lagi. InsyaAllah akan ziarah kawan di Papar juga Kota Belud. Lepas tu entah bila akan sampai pula ke sana.

Mak Daro, agak-agaknyo bilo reunion?

Sampai jumpa lagi..Wassallam.

Jumaat, 27 November 2009

Salam kerinduan...

Tahniah..
1. 90% ujian Akak Nani dah solosai. Se tumpang gumbira.
2. Moga Che Eda mendapat keberkatan bersama kerana tak jomu menitipkan berito.
3. Tahniah buat anak-anak yang telah mendapat keputusan UPSR.
4. Sari, Jah, Dr. Aza, Usop, Jeff......muncullah.
5. Get ready for our 3rd reunion...D'Kok, Kg. Talang....Namo pun hampir dah dongan ayam...
6. Pueh hati se lopeh tengok cerito Nur Kasih.
7. 5 buah novel selosai dibaco sebolum poei memerekso korteh 1 Disember....

Salam rindu daripado Mak Daro, orang Rantau.

Rabu, 25 November 2009

Salam dari Haram 3

Assalamualaikum wbt.

Mudah2an sahabat semua dalam rahmat dan keampunan-Nya.
Kami alhamdulllah, ujian batuk dan selesema makin mendekatkan diri dengan-Nya. Mana tak, tiap waktu berdoa mohon kesihatan. Petang ini, pukul 7 waktu sini, kami akan bertolak ke Arafah. Cabaran sebenar sebagai tetamu Allah akan bermula. Tazkirah subuh tadi cukup menyentuh hati. Gambaran perjalanan akhir insan ke alam barzah cukup menggerunkan. Betapa ngerinya untuk menghadapi saat kematian yang pasti akan datang. Betapa tidak, bekalan apa yang akan dibawa? Setiap hari sibuk mengejar bekalan dunia yang pasti akan ditinggalkan. Mana bekal untuk alam kekal? Marilah sama2 kita renungkan. Akak amat berharap perjalanan ibadah kami di Arafah, Muzdalifah, dan Mina dan kembali semula ke Haram untuk melengkapkan kerja haji akan dipermudahkan Allah. Mohon juga kepada sahabat seme doakan untuk kami.

InsyaAllah jumpa lagi.
Wassalam.
Akak

Selasa, 24 November 2009

Gumbiranya...mendapat khabar dari Makkah al Mukarramah

1. Alhamdulillah....memang itulah kenangan yang tidak dapat dilupakan.
2. Buat sesiapa sahaja yang telah ke sana, pasti akan rindu untuk menjejakkan kaki sekali lagi.
3. Abang se dah kemaruk nak buat umrah....InsyaAllah, tahun depan hajatnya tercapai. Dulu, buat tak tau je....Alhamdulillah... Allah Maha Pemakbul doa hambanya (se).
4. InsyaAllah....kami akan menunaikan Haji pada 2011. Rayuan kami diterima (asalnya 2012).
5. Tidak dapat digambarkan terujanya menunggu saat itu.....

Wassalam. Terima kasih buat Che Eda kerana sudi menyampaikan berita...

Salam dari tanah halal

Assalamualaikum wbt.

1. Wahai ayam-ayam sekalian, hangpa mogok lapaq ka..
Tak pa, biaq ayam dari tanah halal ganu mengimarahkan blog hari ini.

2. Apa yang bermain-main di fikiran hamba la ni? Tak lain daripada mengenang saat2 indah tatkala menjadi tetamu tanah Haram setahun lalu..
terbayang saat2 indah mengerjakan tawaf,
terimbau saat2 manis di Mina, Mudzalifah, Arafah, Madinah dan Makkah.
terlalu rindu ingin dijemput lagi menjadi tetamu
rindu akan keampunan-Nya
rindu akan kasih sayang dan rahmat-Nya.
terbawa roh dan jasad seolah-olah berada di samping tetamu-tetamu itu.
Salam dari Haram amat mengesankan..
membangkitkan rindu, menyemarakkan kalbu ingin kembali menjadi tetamu,
walaupun itu hanya mainan fikiran pada saat ini
namun salam dari Haram menguatkan azam untuk merealisasikan apa yang bermain2 di fikiran itu. InsyaAllah tanah Haram ialah destinasiku!

3. Ayam2 di Ganu kesejukang kerana hujang mmanjang. Cuti2 pun dok di reban saja. Kot hari cerah sikit mau jugak terbang ke tanah halal yang lain.

4. Ayam rumah hijau sudah kenyang mematuk..la nak p cari lembu buat korban pulak.

wassalam.
Salam aidil adha

Rabu, 18 November 2009

Salam dari Haram 2

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah kami sihat.
Perit tekak sikit2 tu biasalah. sekejap je dah 9 hari di sini. 9 hari yang terlalu membahagiakan dan mendamaikan. AGUNGNYA ARRAHMAN menerima tetamuNYA yang hina dan penuh dosa ini tanpa sebarang syarat.
Waktu subuh kelmarin akak ditemukan Allah dengan seorang sahabat di tingkat tidak berbumbung Haram. Wajahnya putih bersih tanda suci jiwanya. kagum dengan kefasihannya berbicara penuh hikmah lantas kata2nya begitu menusuk jiwa dan menginsafkan. Di akhir kalam pesannya carilah redhoNYA dengan berdoa untuk diterima sebagai tetamuNYA yang dilipatgandakan pahala di Haram ini, bukan yang dilipatgandakan dosa. kenal denganya satu anugerah.

wassalam
akak.

Khamis, 12 November 2009

Salam dari al-Haram

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah akhirnya impian dan harapan menjadi satu realiti yang menakjubkan. Saat melihat KAABAH tersergam di depan mata, hati menjadi begitu sayu lantas air mata pantas mengalir. Diri terasa begitu kerdil di celah-celah saiz saudara seislam yang lain, apatah lagi di sisi Maha AGUNG. Betapa banyak dosa yang di bawa untuk dimohon agar diampunkan. Di sini ketenangan dan kebahagiaan menyapa diri lewat dahi sujud di depan multazam. Segala hajat yang dikirim dirayu mohon dikabulkan semuanya. Ayuh, mohonlah untuk menjadi tetamu-NYA yang paling istimewa. Jadikan Haram destinasi pilihan masa cuti dan nikmati ketenangan yang abadi.

Mohon maaf.
Wassalam.

p/s: cek eda hanya menjalankan tugas PA..mempublishkan sms yang dikirim cek nani dari Tanah Haram sebentar tadi..no. h.set: 96659630894

Selasa, 10 November 2009





tak dapat menulis dengan kata-kata
tak dapat menggambar dengan mata
tak dapat memgang dengan anggota

betapa syahdunya
menatap baitullah kali pertma..
dan kini giliran mek nani dan suami

siapa selepas ini?


dan berkenalanlah...........

Terkabul hajat di hati...

Salam buat semua..
Dah selamat sampai bakal mak dan pak haji kita ke Mekah. Alhamdulillah seperti tajuk di atas, saya sekeluarga dan Kak Jah kita sekeluarga sempat bermaaf-maafan dan saling mendoakan yang terbaik untuk akak Nani serta suaminya pada petang Ahad 8 November 2009. Tempatnya di rumah iparnya di Shah Alam. Syahdunya.... rasa nak ikut sekali malangnya kuota masih jauh.Apapun lambaian kaabah akan tiba jua saat dan ketikanya nanti. InsyaAllah.

Hujung tahun yang sibuk buat cikgu cikgi..Terus siapkan tugas yang ada sebelum pergi bercuti. Sampai jumpa lagi adanya. Wasalam.

Jumaat, 6 November 2009

Berita Terkini

Assalamualaikum wbt.

Padang Midin, Jumaat - Bakal Mak dan Pak Aji akan berlepas ke Tanah Suci pada hari Isnin ini, 9 Nov bersamaan 21 Zulkaedah dari KLIA. Mereka akan bertolak dari KT, Ahad ini, jam 8 pagi.
Disebabkan kesuntukan masa maka cek Eda melaporkan bagi pihak mereka yang kini sedang teramatlah sibuk menguruskan hal berkaitan pemergian mereka dan peninggalan anakanda2 mereka.
Yang berkesempatan berkunjung ke rumah cek nani, jom kita pakat pi, yang berkelapangan nak jumpa di Kelana Jaya, rancanglah perjalanan anda, yang berpeluang skodeng di alam maya, sampaikanlah kata-kata semangat dan doa moga-moga mereka selamat mencecah kaki ke Tanah Suci, selamat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan selamat kembali ke tanah air.

Sekian, cek eda dari rumah hijau melaporkan berita untuk blog ppcg.
Salam 1 benua.

Khamis, 5 November 2009

Tahniah buat bakal mak dan pak aji

Assalamualaikum,

1. Selamat menjalani ibadah Haji, semoga sentiasa sihat sepanjang masa menjalani ibadah.

2. Kirimkan salam se buat Rasulullah.

3. Boleh tunaikan duo hajat se? Pertama, sms waktu wukuf. Kedua, boleh ko tolong doakan adik angkat se, merayu-rayu mintak didoakan. Setakat ni doa se bolum dimakbulkan. Tolong akak Nani doakan di dopan Kaabah. Adik angkat se ni nak buat Master di US, biasiswa dah ado tapi tompek tak dapek. Syarat eh mesti di US....Namo eh, Ali Halim b. Sirat.

4. Wassalam...

Selasa, 3 November 2009

TAK KE MANANYA...ADA AIH.

Salam buat semua kekawan.
1. Tahniah dan syukur buat akak Nani dan suami tercinta dapat panggilan ke Tanah Suci Mekah. Doa kami agar semuanya berjalan lancar dan dapat beribadah dengan tenang. Doakan juga kami ke sana dalam waktu terdekat.
2. Saya sokong anugerah yang dicadang MakDaro buat Cik Eda...
3. Juga kalau dibukukan, dialah juga orangnya. Panjang-panjang tulisnya walau kecil comel orangnya.
Saya idak le. Tak masuk mana-mana kategori.
4. Baru balik dari Pulau Pangkor..kursus hujung tahun perancangan 2010 s/u Panitia Daerah (wakil je)Penat di lambung ombak. Kursus sekadar membelanjakan budget yang turun melimpah hujung tahun (kata penganjur le) syyy! Sambung mesyuarat pelarasan....seminggu. He..he..he anak murid tanya lama tak nampak cikgu?Ye ke. Sebenarnya dunia dan kecintaan saya di sekolah, pada anak-anak murid. Kesiankan.
5. Selebihnya di rumah dan sekolah, dengan keluarga dan anak-anak yang meriah tu..Ye ada masuk tv3. Alah Ahad baru ni pasal cipta rekod syiling 220,220 keping. Migrain berjemur tengah panas susun syiling dengan anak-anak Pra sekolah Hulu Langat. Tugas di luar sekolah. Itulah saya.Cikgu kecik berbadan besar...
6. Bilonyo reunion?
Jumpa lagi..wassallam.



Berakhirnya Suatu Penantian

Alhamdulillah
akhirnya penantian itu berakhir jua dengan kegembiraan
kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
status standby telah menjadi terpilih
cek nani dan cek abangnya insyaallah akan menjadi tetamu Allah tahun ini.
cek tumpang seronok, tu pasai tak sabaq nak kongsi dengan cgs lain.
habih ja meeting, cek teruih terkam blog..
rupa-rupanya ada yang lebih cepat dan lebih tak sabaq nak habaq..
sabah dah pasai pak aji cg pertama jadi tetamu Allah..ambik berkat
semoga cek nani berdua dilimpahi rahmat, mendapat berkat dan selamat mendapat haji mabrur. InsyaAllah.
Amin.

SYUKUR dan TAHNIAH




Asalamualikum

Syukur dan tahniah.
Mek Nani dan keluarga dijemput Allah menjadi tetamuNya.

Selamat dan selamat dan selamat.

Wassallam

Isnin, 2 November 2009

Jawapan topat dan padat.....

Assalamualaikum,

1. Kok adolah anugerah penulis terbaik... memang se bagi kepado Eda. Bersesuaianlah dengan tugasannyo sebagai guru Bahasa Melayu. Yang lain-lain tu, masih ado peluang untuk monang pado tahun-tahun akan datang yo....jangan putus aso. 'Penskodeng' terbaik bolehlah bagi pado Jah......(ko, ado tokoh lain?)

2. Ni, nak jawab soalan...Se, lambek lagi nak bermenantu. Anak-anak sekarang ni, nak belajar dulu, jadi bukanlah se yang akan terimo menantu tu....sajo jo se mengusik. Kok berhajat nak bermenantu, tak payahlah fikir pasal langkah melangkah bendul, langkahlah pagar lagi baik. Lamo-lamo buek latihan, mahu dapek pingat omeh (emas).

3. Se berharap, dapek kito berkumpul di D' Kok....sponsor takdo masalah, bayarlah sendiri.....

Ditulis oleh Mak Daro...
Assalamualaikum wmt wbt

1. Alahai, akak sekarang ni kurang sikit berani nak menulis kat blog, tapi macam biasalah sekodeng tetap sekodeng
2. Jangan salah faham ya, tak berani tu bukan bermakna akak ni penakut ya...
3. Almaklum, kadang-kadang salah faham dan salah tafsir menyebabkan yang disuratkan tidak sama dengan yang tersirat...
4. Amboi chek eda, etimologilah pulak, ni yang buat akak takut ni, canggihnya bahasee...
5. Akak seronok, sangat seronok macam chek eda, yelah mak daro nak sponsor reunion di d'kok tu....sama-sama kita tungguuuuuuuuuuuuuu.
6. Akak ni dok menunggulah lagi......harap2 sampailah hajat akak...
6. Makcik sari, bila nak masuk? Bercuti-cuti Malaysia lagi ke?
7. Ma'am Jah, busana khadieja tu bila bole order online?
8. Sekarang ganu dah mula hujan, sedaknye makang ubi kayu rebuh cicoh nyo sambil minung air kopi

wassalam

Wassalam

Ahad, 1 November 2009

ETIMOLOGI PUTERAPUTERICG

Assalamualaikum belake-lake

Pendahuluan:
Jangan terkejut baca tajuk di atas, cek cuma nak respon tajuk Tahun dah sampai ke penghujung, tulisan Mak Daro.

1. Etimologi / asal-usul puteraptericg (ppcg) :
Blog ini dilahirkan pada 4 jun 2007.
1 jun 2007 - terakam dalam sejarah, REUNION 1dicatat. 7 keluargaCG bersatu di kg 8 kotak. Segala-galanya bermula di sini.
kini blog ppcg telah berusia 2 tahun 5 bulan. Jika semua catatan ppcg dibukukan mungkin setebal buku Sejarah Melayu; jika diprosakan, mungkin mencecah 10 buah novel (berasaskan 10 ekoq ayam yang mematuk-matuk, termasuk yang sekodeng). Novel siapa paling tebal? Mungkin Puteraadam, atau akak nani, atau Mak Daro atau cek Sari atau cek aza...sendiri mau semak la na.
Kisah paling hangat ialah kemunculan mama misteri...tak kan hangpa semua tak ingat, haru biru dan kelabu blog ppcg sat.. Lepaih tu clear tatkala mm dapat dinyahkan dari alam maya kita.
Nama Sy. Afidah juga cuba disensasikan tapi last, terkubuq jugak tanpa nisan. Catatan Batu Bersurat SHG versi bahasa itik vs bahasa ayam pun kira giler-giler bahasa punya cerita...dan banyak lagi cerita panas yang lain...sendiri mau ingat dan sambung la na.
25.12.08 - REUNION 2 direalisasikan..di mana? Cek tak ingat pasai cek tak dak..Sedih woi! dengaq kata hebat..tengok gambaq memang terangkat lagi teringat-ingat..tatkala itu cek berada di Mekah al-Mukarramah.
Makanya REUNION 3 di kem d'kok, jadi jangan tak jadi na...InsyaAllah.
Mak Daro sponsor...syoknya!

2. Mak Daro ! Had nak boleh menantu dah tu, sapa? Tengok pada susur galur perkahwinan, sama ada putera di negeri di Bawah Bayu atau puteri Mak Darolah yang akan mendahului...tapi kalau dah Mak Daro yang start sebut, agak2 puteri dari Rantau la kot...kami yang kendian ni tak kan nak langkah bendoi kot. Sapa calon menantu dan bila? habaq la, insyaallah kami pi buat rombongan kompang ke sana..menantu sulung la katakan.

Penutup :
Semoga blog ppcg terus maju!
Ppcg, kaulah memori terindah!
Penghujung kalam...majulah sukan untuk negara.

Penulis : cek eda

Khamis, 29 Oktober 2009

Tahun dah sampai ke penghujung...

Assalamualaikum,

1. Dah lupo lak berapo lamo kito berbual di alam maya? Usik mengusik, kutuk2 manjo, mengirim kato-kato semangat, memujuk, merajuk.....longkaplah.

2. Tak sangko....ado yang dah nak bermenantu. Menunjukkan semuo eh semakin tuo....kecuali se,
dah jadi omak tapi masih daro....

3. Satu jo hasrat se, moga kito jumpo di Kem D' Kok.....2010.....Jumpo di sanun.......

Wassalam....

Isnin, 19 Oktober 2009

thanks for being the 7%.

Written By Regina Brett, 90 years old, of The Plain Dealer, Cleveland, Ohio
"To celebrate growing older, I once wrote the 45 lessons life taught me. It is the most-requested column I've ever written." My odometer rolled over to 90 in August, so here is the column once more:
1. Life isn't fair, but it's still good.
2. When in doubt, just take the next small step.
3. Life is too short to waste time hating anyone.
4. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends and parents will. Stay in touch.
5. Pay off your credit cards every month.
6. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
7. Cry with someone. It's more healing than crying alone.
8. It's OK to get angry with God. He can take it.
9. Save for retirement starting with your first paycheck.
10. When it comes to chocolate, resistance is futile.
11. Make peace with your past so it won't screw up the present.
12. It' OK to let your children see you cry.
13. Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about.
14. If a relationship has to be a secret, you shouldn't be in it.
15 Everything can change in the blink of an eye. But don't worry; God never blinks.
16. Take a deep breath. It calms the mind
17. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
18. Whatever doesn't kill you really does make you stronger.
19. t's never too late to have a happy childhood. But the second one is up to you and no one else.
20. When it comes to going after what you love in life, don't take no for an answer.
21. Burn the candles, use the nice sheets, wear the fancy lingerie. Don't save it for a special occasion. Today is special.
22. Over prepare, then go with the flow.
23. Be eccentric now. Don't wait for old age to wear purple.
24. The most important sex organ is the brain.
25. No one is in charge of your happiness but you.
26. Frame every so-called disaster with these words 'In five years, will this matter?'
27. Always choose life.
28. Forgive everyone everything.
29. What other people think of you is none of your business.
30. Time heals almost everything. Give time.
31. However good or bad a situation is, it will change.
32. Don't take yourself so seriously. No one else does.
33. Believe in miracles.
34. God loves you because of who God is, not because of anything you did or didn't do.
35. Don't audit life. Show up and make the most of it now.
36. Growing old beats the alternative - dying young.
37. Your children get only one childhood.
38. All that truly matters in the end is that you loved.
39. Get outside every day. Miracles are waiting everywhere.
40. If we all threw our problems in a pile and saw everyone else's,we'd grab ours back.
41. Envy is a waste of time. You already have all you need.
42. The best is yet to come.
43. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
44. Yield.
45. Life isn't tied with a bow, but it's still a gift."

Its estimated 93% won't forward this. If you are one of the 7% who will, forward this with the title '7%'. I'm in the 7%. Remember that will always share my spoon with you! Friends are the family that we choose for ourselves.

Khamis, 15 Oktober 2009

Jamu Mata





ada di mana-mana
rupa sahaja tak sama
kiblat sama
ibadat yang sama
aqidah yg sama




Sekadar menjamu mata
jamulah dengan mata hati
mata lendir biasa
jamuan rohani


( banyak hal, di jepun wanita sahaja, ok jer
sejadah berdiri, solat dia, kita?
polis mare anak muda, bahayakan? sendiri buat ?
seorang presiden solat di tepi jalan, VIP kita?)






ps

Selamat untuk pejuang peperiksaan
Moga berjaya.

Dan yg nk berjalan jamu jiwa dan lara
selamat berangkat

Untuk yg berjalan jauh, Insyaalah berjaya
selamat menjadi tetamu
tidak dapat tertulis dengan tinta
hanya iman dan taqwa berbicara

wasalam

Ahad, 11 Oktober 2009

Bertanya khabar...

Seronok lepas raya masing-masing bertalu-talu kongsi idea.Yealah dalam kita gembira masih ada
yang berduka. Apapun semuanya kita jadikan iktibar dalam hidup. Tak ada aralnya Mac cuti sekolah tahun depan memang kami nak ke Padang Bukit Tinggi.Dah booking hotel dan flight Og os lalu.Jadi musibah tak dijangka.Hotelnya (Ambacang) dah lebur.Apapun boleh gi juga tengok kesan gempa, insaf sikit kata suami.

Anak-anak periksa, mak pak seriau.Kamipun ada dua orang yang ambil periksa. Aina (UPSR dan PSRA) dan Anis PMR.Doakan yang terbaik buat anak-anak kita. Berapa A atau tak ada A terima seadanya.Bak kata Pak Lah,(anak dia adagak PMR) yang penting akhlak dan akidah A.Anak Jef pun UPSR (Anis).Kira ramai anak-anak CG'S periksa tahun ni.Biarlah.......Hujung tahun kami nak ke Sabah (8 Dis - 12 Dis 2009)Bawa anak-anak.Ada rezeki boleh ke Mekah pulak. Kepada Mek n Mie, kami doakan urusan ke Mekah berjalan lancar.Doakan kami dapat ke sana lebih awal, nak tunggu tarikh yang TH beri lama sangat rasanya.Ada tidaknya buat rayuan, merayupun merayulah.Dah ingat sangat nak ikut jejak kekawan ke sana.

Angah nak ke rumah saya 16 Okt ni. Yang lain-lain jemputlah sama.Saya cuti panjang 4 hari.17 Okt balik Kluang sat sepupu suami nikah. 18 Okt gi Merlimau pulak, cikgu sekolah nikah, 19 Okt. tak ke mana-mana.Mungkin ke pasar...he..he..

Rabu, 7 Oktober 2009

SAMA BERDOA HASIL KERJA MEREKA

ASALAMUALIKUM
dOA UNTUK pmr'IANS, TAMBAH SATU SENARAI , ADAM....MY.

ANAK-ANAK KITA,
HARI INI BERJUANG MACAM KITA-KITA DULU
SERUPA TAPI TAK SAMA
CABARAN BANYAK
APA YG DEPA ADA
BANYAK KITA TAK ADA DULU
APA YG DEPA BUAT
KITA TAL BUAT DULU
JADI, KITA DAN DEPA TAK SAMA

bUAT PUTERI PUTERI NANI, EDAH, MAK DARO....TAHNIAH UNTUK APA YG DAPAT NANTI
MAK PAK DIA JGN DOK MARE PULA BILA RESLUT TAK COMEL....COMEL KE APA KE ...COOL

WASALAM

ADA SATU NIEE...BAIK UNTUK DIFIKIRKAN
Gempa Bumi : Waktu dan Nombor Surah , Kuasa Allah yg saja Mengetahui
Salam w.b.t

"subhanallahh. . waktu2 gempa di indonesia :

di Tasik 15:04 ,

(Surah Al Hijr,surah ke 15,ayat keempat)

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri,melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya"

di Padang(gempa pertama) 17:16 ,

(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat ke 16)

"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri,maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu(agar mentaati Allah) tetapi bila mereka melakukan kederhakaan di dalam negeri itu,maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan(hukuman kami) kemudian Kami binasakan sama sekali(negeri itu)"

di Padang(gempa kedua) 17:58 ,

(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat 58)

"Dan tidak ada suatu negeri pun(yang derhaka penduduknya),melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa(penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab Luh Mahfuz"

gempa di Jampi (ke esokkannya dr padang) 08:52...

(Surah Al-Anfal,surah ke 8 ayat 52)

"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka.Mereka mengingkari ayat-ayat Allah,maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.Sungguh Allah Maha Kuat lagi keras siksaNya"

Wallahua'lam

Selasa, 6 Oktober 2009

Pejam

Assalamualaikum wbt
buat semua cg dan putera puteri cg.

1. Pejam celik dah pmr...
Iman, Nor amira, Ummi Ayuni (anak no. 3 cek ) dan lain2 yang segeng ngan depa akan berjuang mulai esok...
Yang moleknya, para mak ayah pakat ngaji masa anak2 dok menjawab...
Moga depa diberikan ketenangan kerahmatan dan keberkatan...
InsyaAllah...Amin.

2. Celik pejam dah nak habih syawal...
Posa nam dan posa ganti jangan kantoi na...buleh teruih ngan posa isnin kamis lagi come...maklumlah dah nak masuk zon standby, buleh buat bekai masa dah pejam yang tak celik2 nanti.

3. Pejam celik, celik pejam...tak lama lagi zulkaedah pulak mai..
cerita lambaian kaabah la pulak..panggilan untuk cek nani n roomatenya semakin hampir...10 & 11 ni dipanggil untuk kursus perdana..yang penting, pengisian ilmu dan iman mesti dimantapkan ya cek nani
Semoga hajat yang menggunung untuk jadi tetamu Allah termakbul..Amin.

4. Angah, berapa juta depa bagi kat bagan pinang ha...kaya hangpa no..dapat bandaq lagi..selagi celik (celik mata dan hati) lawan tetap lawan sehingga Islam tertegak di bumi Malaya ini..tak gitu pak aji?
11.10 ni akan teruji ISA releven atau tidak..kita tunggu dan lihat.

5. Relax la...nak bye bye dah ni.

Kabar dari Nogori.....

Assalamualaikum,

1. Se pun tumpang sekaki nak mengucapkan selamat menduduki PMR... Anak se pun pekso jugak. Anak ke 5....Nor Amira. Anak bongsu lah katokan.....manjo....Bueklah yang termampu.

2. Buat anak-anak CG yang lain, tompoh jo...jawab memang totap jawab. Botul ko salah ko, lain kiro.

Wassalam. Bagan Pinang kirim duit.....nak share?

PMR datang lagi

Assalamualaikum wmt wbt,

Esok PMR datang lagi, anak akak yang nombor dua, Iman, akan mendudukinya.
Rasanya ramai lagi anak-anak CG kita yang lain yang akan periksa tahun ni kan.
Maaflah tak dapat menyebut nama satu persatu tapi untuk semua anak-anak sekelian,
Makcik ucapkan

SELAMAT BERJUANG,
HADAPILAH PMR DENGAN PENUH KETENANGAN,
MUDAHAN SEGALA USAHA SELAMA INI AKAN DIRAHMATI DAN DIBERKKATI
INSYAALAH BERKAT USAHA DAN KERAJINAN ANAK-ANAK SEMUA,
KEJAYAAN CEMERLANG AKAN MENYUSUL

Wassalam

Isnin, 28 September 2009

PUASA JGN TAK PUASA

ASSLAMUALIKUM WTH
selamat Berpuasa enam selepas raya sakan. Tak g raya Bagan Piang ke demo-demo tu?
Ambo biasalah tak dapat cas ligat sangat.
Tapi syukurlah dapek den rayo, sedara sepupu sepapat mai raya umah, 13 sekor ayam beb langsai, tulang pun tak tau p mana.....

Dan apa pun kena banyak bersabar.....dan berdoa....

tak raya pun umah sentiasa open anytime.........
Wasalam

aidilfitri yang penuh bermakna

Salam aidilfitri,
1. Rayo yang seronok tahun ni, lamo di Rantau. Maklumlah rumah mak sendiri.....habih segalo sedaro maro se kunjungi berbondong-bondong dengan anak-anak. Bilo Ahad jo....paneh badan, macam nak ambik mc je....Tapi se laratkan badan untuk ke sekolah.

2. Daripado waktu pertamo ado kelas, kul 12.40 baru free.....

3. Apo-apo pun.....maap zahir batin....

Wassalam......

Sabtu, 26 September 2009

SALAM AIDIL FITRI

Alhamdulillah, kita meraikan kemenangan Ramadan pada Syawal yang mulia. Seperti biasa, kami balik Johor. Syukur perjalanan pergi dan balik lancar.Sepanjang bercuti raya di kampung sempat menziarah saudara mara, pi kenduri kahwin, ziarah yang sakit juga diberi kesempatan ziarah sepupu yang pulang kerahmatullah khamis lalu. Apapun, segala yang dilalui adalah pengalaman berharga untuk direnung.

Terima kasih atas undangan open house Cik Eda. Mesti meriah dapat berkumpul dengan sanak-saudara dan rakan taulan. Bila pulak pakat nak beraya kat rumah saya? Raya Hajipun boleh kalu nak mai. InsyaAllah saya selalunya tak balik. Mak Daro , Pak Lah, Hanif dan Cik Jah mailah rumah. Datanglah bila ada kelapangan syawal ini. Yang jauh tu dialu-alukan, bukan tak jemput.

Syawal mulia ini, ampun dan maaf andai ada kesalahan dan mohon dihalalkan makan minum kami sekeluarga dunia dan akhirat. Sampai jumpa lagi..Wassallam.

SALAM AIDIL FITRI

Ahad, 20 September 2009

Raya Oh Raya

Salam Hari Raya buat semua cg

Melawak tak selalu tapi mesra
Kasih tak dalam tapi kekal
Senyuman tak manis tapi ikhlas
Hati tak rindu tapi sayang
Mulut tak peramah tapi hati baik
Mesej tak kerap tapi ingat selalu
Patuk tak rajin tapi sekodeng sokmo
Raya di rantauan tapi meriah

Bahasa raya:
Biar kulit segelap almond london
asalkan hati seputih kuih bangkit
Biar iman sekental dodol, jangan senipis rempeyek
Biar jiwa selmbutbaulu dan akhlak secantik biskut dahlia
Senyumlah semanis wajik
Moga raya taun ni melokek dalam hati

Selamat beraya selamat bergumbira
Raya ke-3 cek buat open house, pakat mai la na, yang dekat (cek nani Tn Hj Usop) dan yang jauh (cek aza cek sari, mak daro, cek jah, Tn Hanif Tn Jef n Pak Lah & famili)
lepaih tu kita posa nam pulak na.

Salam kemaafan daripada Aeis 2luq 2ummi
buat cg2 dan puteraputericg semua.

Khamis, 17 September 2009

ALHAMDULILLAH

assalammuaikum wbth

Dengan izin Allah jua, dan keberkatan doa-doa hambanya yang diangkat Nya, bedmate sudah keluar hospital dan kembali ke rumah dan semakin sihat.

Dan apapun selamat hari raya maaf zahir batin.

Tempat raya tahun nie masih belum diputuskan ikit keadaan.

Wasalam

Selasa, 15 September 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Maaf zahir dan batin kepada semua ahli CG dan keluarga.
Jaga kesihatan. Jangan lupa bawa kit H1N1 kalau pergi beraya.
Kalau ada yang balik Kedah boleh singgah rumah saya. Insyaallah tahun ni ada di rumah.

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum wmt wbt

Buat

Mas Aji sekeluarga,
Hanif sekeluarga
Jafri sekeluarga
Pak Lah sekeluarga
Sari sekeluarga
Mak Daro sekeluarga
Jah sekeluarga
Eda sekeluarga
Azah sekeluarga.

Sempena Syawal yang bakal bertandang, akak sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua CG dan keluarga. Mohon maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan yang akak lakukan, samada secara sedar atau tidak, sengaja atau tidak.
Mudahan sinar kebahagiaan yang dinanti-nantikan itu bakal menjelma Syawal ini. InsyaAllah.
Jemputlah semua datang ke rumah, hari raya pertama maaflah, balik KL macam biasa.
Hari kedua dan seterusnya akan adalah kat rumah. InsyaAllah.

Akak setuju benar dengan Mak Daro, mudah-mudahan Mas Aji sekeluarga akan terus tabah dan sabar dan dikurniakan kebahagian dan kegembiraan oleh Allah swt sempena ketibaan Syawal yang mulia ini. Marilah kita semua panjatkan doa seikhlas hati, mudahan dimakbulkan Allah.

Wassalam

Isnin, 14 September 2009

Salam eid-fitri

Assalamualaikum,

1. Dugaan Allah mesti mempunyai kenikmatan. Penerimanya pasti pilihanNya.....Dari kejauhan, hanya doa yang dapat dititipkan. Moga aidil fitri yang bakal menjelma memberikan sinar bahagia . InsaAllah.

2. Buat semua teman blogger... Ampun dan Maaf se pohon andaikata tulisan se ada yang mengguris hati dan perasaan. Maklumlah tulisan boleh menghiris bak sembilu....Maaf Dzahir dan Batin.

3. Raya ni datanglah rumah tapi duit raya ciput je....al maklumlah kito tak dapek bonus cumo ado 1 R Malaysia.........

Daripado.....Mak Daro (Yahoooo....tahun ni se rayo Rantau......)

Ahad, 13 September 2009

selamat hari raya maaf zahir batin



Biarpun tahun ini tidak sepertinya, moga ada bahagia di sinar syawal.

buat semua, maaf zahir batin
wasalam

Rabu, 26 Ogos 2009

Salam Ramadahan a Mubarak

Assalamualaikum wmt. wbt.

Salam Ramadahan al Mubaraq buat semua.
Mudahan Allah kurniakan kepada kita semua
Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas

Buat Mas Aji sekeluarga,
semoga tabah dan sabar menghadapi
ujian dari Allah
terutamanya di bulan Ramadhan ini
Berat bahu memandang, berat lagi bahu memikul,
namun di sebalik segala ujian itu
pasti menjelma sinar bahagia di akhirnya

Buat semua CG,
marilah kita pakat buat solat hajat,
kita doakan semoga sahabat kita ,Mi,
isteri Mas Aji,
kembali sihat seperti sediakala.
Semoga doa kita semua di Ramadhan al Mubaraq ini
dimakbulkan Allah
semoga Mas Aji sekeluarga ceria semula

Salam Ramadhan al Mubaraq buat semua,
semoga Allah merahmati dan memberkati
hidup kita semua

Wassalam

Selasa, 25 Ogos 2009

Selamat berpuasa dan ...

sebagai juadah untuk semua yang berpuasa. Sedapnya!!!!!!!!!!!



Isnin, 24 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN...

Syukur sedara sedari ayam dah bangunnnnn...Mudah-mudahan dengan kedatangan Ramadhan semua sukusakat CGs dapat menjalani ibadah dengan penuh tawaduk. Apatah lagi kita yang cikgu cikgi tengah cuti sekolah, banyak masa terluang untuk diisi.Apapun moga Ramadhan kali ini lebih bererti berbanding yang lalu, Amin.

Seperti biasa, dok memantau anak-anak di rumah. Tapi tak perlu borang pencerapan. Tak ada apa markah nak diberi.Sekadar penambahbaikan apa yang kurang. Selebihnya projek menjahit, belek resipi dan baca buku nak PTK 44 esok (25/8/09). Ada hati gak nak challenge Akak Nani. Format senang sikit, tibai dan tenyeh ABCD. Tak dak dah public speaking, esei.Amacam, rasa-rasa Mak Cik Sari boleh pas ke Danish?Buat Tn Haji moga sabar dan redha engan ujian yang ditempuh. Selamat hadapi PTK 48, moga lulus bergaya...

Buat Cik Jah kita kalau ada katalog Raya (kuih ka, baju ka, tudung ka, kerepek ka) post kat blog, Boleh oder on-line, bayaq bank-in. Moga rezeki Ramadhan melimpah ruah.

































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Khamis, 20 Ogos 2009

Ku kembali lagi....

Salam semua CGs

Hi...hi...hi...Di kesepian blog kita ini di samping kesibukan masing2 dengan tugas dan tanggungjawab, chek kembali mencoretkan sepatah dua ayat, bukan ayat-ayat cinta no...Hilang tu bukannya ke mana, ada..sekodeng tu tetap sekodeng. Lagipun tak dak berita menarik untuk dipaparkan
Saya la ni sibuk sikit sebab tak dak maid...dah balik Indon..Since anak2 dah besaq, tak le ambil maid baru..Cik abang kata tengok dulu maid baru (saya le tu) boleh tahan ke tak...
Kenkawan, saya sekarang ada keluarkan baju muslimah, so sesiapa yang berminat boleh le contact no...
Akhir kalam, "Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak serta mohon ampun dan maaf..."

Selasa, 18 Ogos 2009

2 dalam 1

Assalamualaikum,
Lamo se tak jongok (jenguk).....Sekarang kat CC, sebolah kodai fotostat. Tulah sobabnyo tajuk dinamokan 2 dalam 1. Sementaro menunggu siap fotostat, mematuk kojap.

HINI dah meragut nyawo sorang cikgu di Seri Pagi, Senawang (dokek dongan rumah se). InnaLillah....Umur sebayo dongan kito! Amaran dari Allah....

Hidayah dah cuti seminggu sobab perebakan HINI. Kuarantin kat rumah. Alhamdullillah, dah balik ke Universiti. Anak-anak yang lain termasuk abang misai takdo apo-apo....Alhamdulillah.

Buat Akak Nani, kalau dapek berito pasal pemergian ke Mokah, sebar-sebarkanlah.

Salam buat semua........Mak Daro.

Isnin, 17 Ogos 2009

KESENGAJAAN DAN KETAKSENGAJAAN

Assalamualaikum wbt

Lama tak mematuk...saja dan sengaja
hari ni tak sengaja...tiba2 jari dengan sendiri
terpatuk dan mematuk...kerana ukhwah islamiah
perasaan ingin tahu dan ingin memberitahu tetap membara...perkhabaranku dan perkembangan saudara2ku sekalian.

Simpati ngan MA..moga sabar dengan ujian...syukur dengan nikmat.
Cek pun diuji..van peninggalan arwah terbakar hangus, jadi arwah jugak dah.
Apa pun, cek terima dan reda..hidup ibarat roda..sat dok di atas, sat dok di bawah...
sat rajin sat malaih...

Nak posa dah ni.. kena posa betui2, posa luaq dalam, posa7 anggota...
moga kita semua sama ada ayam hpa, ayam pencen, ayam bandaq, ayam bandaqraya, dapat markah penuh posa taun ni..insyaAllah.

Akhir kalam, buat semua ayam, selamat menetas dan selamat mematuk, jangan dok mengeram lama2 sangat, kot obes nanti.

wassalam.

kesenyapan

Rabu, 12 Ogos 2009

KEBERADAAN YANG MENJAUH

ASALAMUALIKUM
1. tetap berada dalam sistem, tapi agak kejauahan mematuk.
2. Ada keuzuran personaliti, merawan jiwa tenteram.
3. Minda terapung dek penangan bakal berkursus PTK 48 (ayam kerajaan gitulah), banyak juga mentadak mentadunya yang perlu beres.
4. HINI terbias juga di sektor kerja, cuti maa, dan masih ada tanda-tanda menyelimuti, walaupun masih belum disahkan positif. Cegah sebelum parah.
5. Cerita ceriti sensasi mengkalutkan mayapada, menjentik akal minda , renunglah ke dalam diri, apa terjadi, mengapa dan kenapa. Responsiflah pada salah seorg rakan kita...dr redhuan tee, tahniahlah masih upaya bertahan sambil menyerang.
6. Selamat beramadan nanti, pahala hendaklah dicari....berniagalah dngn Ilahi untungnya tak terperi.

Wasalam

Ahad, 9 Ogos 2009

Assalamualaikum wmt wbt,

1. Alhamdulillah, hari ini Allah memberi kelapangan untuk mencatuk di blog ayam ni.
2. Lama rupanya akak menyepi dari blog, sebulan lebih, nak dekat dua bulan. Dalam tempoh tu ada gak sekali sekala sekodeng...aktiviti wajib, walau dok dan nok menulis.
3. Hebat rupanya penangan H1N1 ni, betul-betul pandemik, sampai ke blog terkena tempias. Baik ayam-ayam masih sempat menyelamatkan diri, maka wujudlah jua ayam kajang, ayam USM dan Tok Ketua Ayam yang masih bertenaga untuk masuk blog. Alhamdulillah...
4. Akak anak beranak dok kena H1N1 tu, syukur Alhamdulillah tapi virus-virus lain yang menyerang, yang agak-agak tidak kurang hebatnya, ala-ala macam H1N1 le jugak. tu yang dok menyepi tu...
5. Mak daro...mano menghilang, macam akak juo ko?
6. Chek Eda ada ni ha, biasalah, chek eda kata, sekodeng tetap sekodeng.......................
Tak sampai dua minggu lagi nak puasa dah kita ni. pas tu raya. Dah nak masuk Ramadhan ni, akak lagi berdebar, dijemput ke tidak akak dan room-mate tahun ni? Mohon doakan ya kengkawan..
7. Sekian, selamat menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak, semoga Ramadhan tahun Ramadhan yang terbaik buat kita semua.

Wassalam

Rabu, 5 Ogos 2009

Bukan lupa

Alhamdulillah. Saya pun masih wujud dan sihat. Bukan lupa kawan. Cuma agak sibuk sikit. Dan tak sedar pun seminggu seminggu cepatnya berlalu. Macam-macam nak kejar, KPI dunia lebih-lebih lagi KPI akhirat. Sampai tak terkejar. Sedar2 dah sampai masa.

Apa pun doa saya kawan2 semua sihat dan jaga kesihatan na.

Ok jengah lagi nanti. Bye

Selasa, 4 Ogos 2009

BANGUN....BANGUN..WAHAI KEKAWAN

Salam.Apa dah jadi..ni. sonyap iyo.Nampaknya sibuk sangat tak dan menulih. Aduhai....Saya macam hangpa gak. Ramai yang nak dirawat. Musim demam virus bukan virus macam akak Nani dulu. Ni virus selsema batuk. Eh, boleh tak isytihar darurat. Cikgupun ada dah jadi arwah. Kesianlah kat kami rakyat marhaen ni. Gi klinik kesihatan punyalah ramai bak lautan manusia. Merasa jugalah bahangnya bila setiap hari dok bawa Hakim ambil darah sebab suspek denggi, masuk unit kecemasan lagi. Inilah dugaan Allah yang balanya manusia gak puncanya. Dah tau tak pa.

Apapun buat semua sabar ajalah. Pesanan penaja jangan lupa jaga kesihatan dan jangan lupa jengah blok ayam. Wassallam.

Khamis, 23 Julai 2009

KESEPIAN ATAS KEUZURAN

Asalamualaikum wbth

Tiada bukan menyepi
Bertahan untuk terus maujud
Bukan apa
sekadar sedikit musibah
penghapus dosa dunia...

bukan sakit melarat
hanya perlu perhatian
untuk merawat

Dan aktiviti rutin memang berjalan. Atas kadar yang termampu.
apapun tetap skodeng. Dari jauh dari dekat.

Dan kisah bicara tetap tidak alpa
Dan terkini....sibok pulak dgn PTK 4....
apa khabar org gomen. PTK.

Reunion..harap jadilah tahun depan
boleh dah bersedia laa nii

Tahniah juga untuk cucu cicit CG yang berjaya semua bidanglah
Dunia masih muda untuk mereka, tua untuk mak bapaknyer....sodar tak per!!!

wassalam

Ahad, 19 Julai 2009

SEPI..SESEPI-SEPINYA...

Awat lama menyepi hangpa semua?Sibuk ka?Yang ada anak kecik katalah sibuk, yang anak dah besaq-besaq takkan tak dan mencatat apa yang patut. Tak patut sungguh. Demam musim buah ka?Apa habaq orang Sik.. durian kat sana sedap sungguh kat Balingpun sedap jugak. Tak tau bila nak bertandang kat utara lagi.Tokai, Simpang Empat, Bukit Raya saya sampai dah...Masih macam dulu ka atau ada apa-apa pembangunan atau tak bangun-bangun. Lagu tu jugak. Tapi Pn Jah kata Pekan Tokai dah membangun.Baguihlah no. Wakil Rakyat Kubang Bemban lama menghilang, tak kan sibuk kempen MU. Bukan MU hak jersi Merah nu.Saya tengok juga bola kemarin, saja nak tengok anak-anak Malaysia main. Ok not bad.Semangat patriotik tu sokong Team Malaysia.Sesekali melayan minat anak-anak bujang yang suka sangat MU.Hujung minggu yang santai bersama anak-anak setelah 6 minggu bekerja Sabtu tanpa cuti. Sudahnya demammmmm....MC.

Apa berita terkini CGs yea?selain rutin harian kerja dan urusan domestik. Saya mengikut arus. Buat apa yang ada hari ini, esok pikiaq lain.Selebihnya dalam proses nak bertanding dengan Mak Daro...siapa yang lebih slim melim nanti, boleh ke?Akak Nani weh, Pn.Eda... lama tinta tak berdakwat.Rindulah....Kok ya sibukpun tekan apa-apa butang asalkan ayam boleh baca.

Akhirulkalam, hujung minggu ini saya ke Kota Tinggi, merangkap ronda-ronda ke Kota Johor Lama, warisan kemasyhuran Johor zaman dulu kala.Bermalam di Teluk Sengat.. mancing kat Sungai Johor (kija org lelaki).Ada siapa yang berminat, bacalah web tentangnya.Nanti cerita lagi. Wassalam.

Ahad, 5 Julai 2009

MOLEK LE GITU

Salam.Lama juga sekodeng.Dah dapat title baru...Chief Sari mula le menyemak membelek menginta-intai majalah lama, buku-buku @kitab lama..dok mencari apa menu yang sesuai nak dijamu kepada kaum kerabat CGs masa reunion. Pada sayalah molek tarikh tu. Relek rasanya membayangkan kehijauan sekitar tempat yang dicanangkan. Kualo Pilah biaso buat se sekeluargo.Balik dari Rompin pun short cut ikut sinun.Kat mana yek? (loghat Johor le pulak).Apapun upon request ada beberapa menu yang dah tersenarai yang memang favourite kekawan anak kekawan (cucu tak ada lagilah).Tungguuuuuu... atau nak AFUNDI juga, chewah nak masuk bertanding juga ke?

2. Tahniah buat anak-anak, anak-anak menakan yang berjaya menapak dan akan hari-hari menapak sepanjang pengajian di IPTA. Terkenang sesi 85/89, kalau tak menapak, terkedek-kedek mengepit fail turun bukit naik bukit, turun tangga naik tangga idaakpun naik bas SUM bayar 2 kupang, idak le kita bergelar cikgu besar cikgu kecik, alahai nolstagianya. Biarpun ada dalam kalangan kita yang suka guna istilah.... cuba teka?pandai mak pak BETTER LATE THAN NEVER siapa tu?tergenyeh-genyeh mata, tersengih-sengih, tergaru-garu.Pendek kata macam-macam aksi yang ingin kita lihat. Itulah cerita kelas CG yang sentiasa hidup dengan pelbagai ragam.Raso macam mudo belio laei.

3. Sekali lagi AFUNDI MASUK.. saya sangat setuju tahun depan moh kito pakat-pakat ke kulo pilah. Wassallam.

Khamis, 2 Julai 2009

Siaran ulangan....daripado bakal tuan rumah

Assalamualaikum,

1. 2 @ 3 hari lopeh se ado tulih, tapi tak dapek capai blog mako hanyut lah deh.....Tulah sobab eh tajuknyo "Siaran ulangan".

2. Semalat Datang ko Nogori Beradat, Orang eh Berzakat......Gambaran Homestay D' Kok, Kualo Pilah, Nogori Sembilan :

* 7 chalet berhadapan dengan kolam (tompek berkayak)
* Dopan chalet jugo ado Dewan terbuko untuk makan
* Tompek memasak longkap.....dapur, poti ais, blender, losong batu, kuali....Chef Sari jangan risau
* Pasar awam lobih kurang 3 km jo (je)
* Latar belakang hutan.....ado rebung, pucuk ubi dan sayur-sayur kampung
* Pokok manggis, durian, langsat... mengelilingi kawasan Homestay

3. Pembetulan gosip Akak Nani....rumah se bukan rumah banglo. Dopan rumah se memang rumah banglo.

4. Khabar terbaru....Ridhwan dah masuk UTM, Ukur Bahan 28.06.09. Songeh 24 jam sobab....memang kursus yang diminati dan geng Alam Shah, Martiks semuo sebolah-sebolah bilik....Se dah jadi "wal asal balik hasil" ......Mira jo yang tinggal kat rumah di samping abang misai se....

Wasslam......

Rabu, 1 Julai 2009

UNDI DAN RESULT LER PULAK

asalamualikum

Semalat ler kita..tak yah p/ g hostipal....sebab le nie..babi tak kacau kita..yer ker..

ayam pun kena jaga juga...biar semalat...

Al Kisahnya...bila nak buek..tarikh? Biar ditentukan oleh penganjur....dan sisemak oleh ayam-ayam liar.....susah nak igat...hahahha cam ner org rumah tiang betui...hancuq jadi rojak bahasa...rojak ayam menjilat jari...

2. Apa gmaknyer si skodeng....tak muncul-muncul bertanya habaq...orng duit, org bawah bayu dll.

3. So lepaih nie...kena patuk-patuk sikit baru berkokok kok...ke apa...?

So tyunggu kata putus dari rumah tepi stadiummmmmmmmmmm tepi golf club....kita pun tengah bina padang golf tau....nanti siap mai ler main....tepi laut lagi u...


wasalam

Selasa, 30 Jun 2009

ok. satu lagi undi

Saya baru selesai menghantar anak2 saudara masuk IPTA. Yang utara kena ke selatan hari Sabtu, yang selatan kena ke utara hari Ahad. Yang penat mak tehnya la. Dua2 nak mak teh hantar. Apa2 pun semuanya dah selamat.

Tak sangka pula ada pengundian kat blog. Ok. Saya undi banglo tepi stadium. Masih dikira ke undi ni? Kalau tak boleh pun kira la jugak. Rumah hijau saya dah sampai dah. Yang terkini belum. Lepas pi banglo apa kata kita korner pi sana ramai-ramai? Pakat pi ukur badan, tgk muat ke tak untuk reunion 4.

Ok. cau dulu. Ada perjumpaan dengan pelajar baru.

Isnin, 29 Jun 2009

come la tu

Assalamualaikum wbt.

Pada cek, tarikh terserah pada tuan rumah.
Come pada tuan rumah come la pada cek
yang penting semua happy
dapat berjumpa
dan bercanda.

sekian, terima kasih.

Apo-apo jo.....makno eh samo...

Assalamualaikum,

Orang Nogori memang cakap SEMALAT untuk SELAMAT dan HOSTIPAL untuk HOSPITAL.

Datanglah ke Nogori se, omak-omak eh, anak-anak eh... anggun, lomah lombut, .... bagi yang lelaki pemalu ala-ala sopan gitu.

Sebagai Juara Afundi yang mendapat undi rosak dan skodeng......permohonan se satu yo....Bueklah Reunion pado bulan Februari 2010......tontu meriah, glamour, meninggalkan kosan mendalam, melokek (lekat) di hati dan perasaan dan takkan hilang dari memori .....

Itik mengajak bersungguh-sungguh bukan macam ayam.........kono ingat tu.....

Sabtu, 27 Jun 2009

Selamat ke semalat ke welcome ke ahlan wasahlan?

Mak Daro nampaka sangat ajak-ajak itik angsa, ucapan tu,
SEMALAT DATANG,
ado ko patut?

Ucapan daripada Juara Afundi.....

Assamualaikum,

Terimo kasih, kerana mengundi membuto tuli se yang come lote. Se tompah tompek eh.....di Homestay yang menarik di Negori Beradat, Orang-orang eh Berzakat.........

...SEMALAT DATANG....

Mak Daro....

Jumaat, 26 Jun 2009

Jom Afundi Reunion 3

Assalamualaikum wmt wbt

Keputusan Afundi setakat 26.6.2007

Banglo Pinggiran Stadium 99.99%, hampir semua ayam Afundi Banglo nih!
Rumah Hijau 0.01% - hanya ayam dan anak ayam kat stadium je afundi rumah hijau,

Undi rosak - tak de satu pun. Seme ayam gi sekolah belake, tau yang mana satu nak afundi dan kat mana nak pangkah.

Walau bagaimanapun keputusan afundi di atas tidak termasuk yang sekodeng, yang sibuk dengan tugas ajar mengajar kat universiti tu, yang sibuk membesarkan anak-anak ayam dengan menu terkini, yang sibuk dok mengira duit, yang dok di bawah bayu dan yang di atas angin.

Harap yang belum afundi tu cepat2lah afundi, akak cadangkan kita pakat afundi banglolah untuk reunion 3.

2010..rumah hijau sedia menanti

Assalamualaikum wbt.

Sampai masa untuk sembang2 bab reunion 3
pakat2 bagi idea la na
izin Allah dapat kumpui belake ayam dan anak2 ayam
eratkan ukhuwah dan silaturrahim
yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan, yang rapat disatukan..ha ha

Reunion 4 insyaallah
rumah hijau bisa diatur
siap promote gambaq lagi cek naniku
kali ni jadi jurufoto la pulak

satu2nya ayam yang miss 2 reunion sebelum ni (sapa lagi kalau bukan mrs. yang come lote tu), reunion 3 sure la kena ada, tidak boleh tidak, kalu tidak, tak do maknonyo yo..
had lain2, selamat bagi cadangan, terutama yang dok sekodeng ja tu..bawak2 la habaq, sihat ka, apa ka..biaq gempaq sokmo blog kita ni.

Menanti di MU
wassalam.

Khamis, 25 Jun 2009

Sah.....reunion kat rumah hijau

Assalamualaikum,

1. Rumah Che Eda muek untuk badan se yang come lote. Sanggup jo lah Che Eda.....

2. Akak Nani, terimo kasihlah memuat turunkan gambar-gambar rumah Che Eda tu.....boleh masuk Impiana tu.....

3. Lokasi yang baik sobab bulih jugak se ke rumah Akak Nani dan Mas Aji. Tapi ontahlah, dapek poei ko tidak...............

Wassalam....Mak Daro

Rumah Bertangga Baru..

Pandangan hadapan...(maaf, kereta tukang lapor lak blocking)

Pagar baru, tiang yang bengkok dah dicantikkan Sudut basuh tangan yang telah dihias cantk....


Setiap sudut berbunga-bunga, seperti hati tuan rumah yang sedang berbunga

Ruang tamu chek eda....

Assalamualaikum wmt wbt.,

1. Kemarin 24.06.2009, akak membuat kunjungan hormat ke rumah bertangga baru Chek Eda umah baru selepas mengunjungi anakanda husna di Bilik 41.

2. Come lote rumah baru chek eda kita ni. Untuk makluman, renovation dibuat semuanya bertitik tolak daripada sebatang tiang yang tanpa sengaja telah dibengkokkan (MA, sendiri mau ingat ye!). Besarnya hikmah daripada Allah, Alhamdulillah, dek kerana sebatang tiang nak dibetulkan kembali, seluruh rumah telah dicantikkan, sampai ke pagarnya sekalipun dah jadi baru.

3. Maka akak perturunkanlah gambar-gambar di atas yang akak sempat rakamkan untuk tatapan ayam-ayam sekelian. Akak boleh siarkan banyak tu je le gambar. Tumpang seronok tengok rumah baru chek eda...
4. Reunion tahun 2010 bolehlah dibuat di Rumah baru ni ya...Reunion 2009 di taman sebelah stadium di Paroi tu kan? Tuan rumah dah siap sedia ke?
Wassalam




Selasa, 16 Jun 2009

Menyudu yo...

Assalamualaikum,

1. Bagus respon daripada Dr. Azah. Copek-copek gomok samo ado badan yang gomok atau porut yo yang gomok. Dr. Aza paling sesuai, masih cun lagi.....se dah pencen. Itik pencen......

2. Memang ado Lembago Penapih.......losap yo, ontah ke mano. Akak Nani jangan lah teraso. Awak memang tak diberi gaji untuk publish kan tulisan-tulisan yang tersangkut. So...jangan lak kocik hati ayam .......

3. Jah....takkan skodeng lagi......Bawak-bawaklah mematuk ko, menyudu ko....

Mak Daro......8.20 mlm, 16.06.09

Patuklah, Sudulah..

Assalamualaikum wmt wbt

1. Perihal patuk mematuk, sudu memadu..
Patuklah, sudulah, kat rumah, kat sekolah, kat laut,
tepi pantai, dalam air...terkini, berlatar belakangkan runtuhan lagi gempaq..
kat mana-mana sahaja,
dunia canggih hari ini, kat bilik temenung pun boleh patuk atau sudu,
apalagi kalau kat tepi pantai Merang yang aman damai,
lagilah syok nyer..jangan tersalah atau terlebih patuk sudahlah,,,

2. Perihal tapis menapis.....
Bak kata MA, tiada berlaku tapis menapis, edit mengedit...
Ni akak nak kabokan,
Kerja Akak tukang tolong publishkan aje,
yang asal, yang ori, yang tulen,
seperti yang ditulis oleh tuannya,
dijamin oleh Lever Brothers,
tak ditambah sebarang serbuk lada hitam atau cili padi
supaya lebih podeh bedaha
tidak juga dikurangkan garam dan gula ,
supaya tawo hebe atau lecah berah,
mungkin betul kata MA, salah tekan ke salah klik kot...

3. Perihal beradik lagi,
Anak Nabi kita ada 7 orang,
Akak pun rasa dah cukup dengan 7 yang ada,
Alhamdulillah, sihat sempurna,
come lote, hensem-hensem belake-lake,
Jadi pakat-pakatlah doakan,
tak beradik dah akak nih,
nak sangat dah jadi tetamu Allah tahun ni...

Wassalam

Isnin, 15 Jun 2009

SEMUA BEBAS PATUK

SAMBUNG lagi....

apa yang ditulis tak pula ditapis....kot tak ikut cara...tapi tak tau ler kot anak ayam lain yang cakar...hah haha hahha

....ada sapa nak join danish....hahahahha larat lagi ker?

masih tunggu patukan ke suduan ker beberapa ayam lain.....nak juga dengar...apa storynyer....

stop dulu....angin cina selatan semakin menyapa
wasalam

PATUK JGN TAK PATUK

ASALAMUALAIKUM
Syok tatap dan baca. Patuk mematuk.
Birlah di tepi laut merang, boleh sudah menatap ayam berbicara.
Dunia sudah canggih. Mana-mana ada. Boleh akses talian. Celcom bantu.

Dari Pantai Merang
baca banyak cerita bukan temberang
tapi sambung lepas ni, nak kelih budak budak tua sat no

wasalam

ada badan penapis ke

- Awat coretan awal saya tak keluar. Ada badan penapis ke? Rasanya coretan tu tak la sensasi atau ada aksi melampau macam mak daro.
- geramnya tengok Danish. Mudah-mudahan saya dapat la sorang. Amin. Mak Danish hantar petua mai Penang na.

ok nak pi makan petang pulak. Nak tambah berat badan. Ok cau.

hensemnyo......

Assalamualaikum,

1. Bilo lak se terleleh nak beradik? Se cumo menyabarkan Akak Nani....soba-soba...Danish tu kocik lagi.

2. CG yang berpotensi sekarang ni untuk beradik-adik ialah Che Jah dan Dr. Aza. Tapi kalau Che Sari pun nak join.....no hal .....

Selamat mengajar.....

lupa la pulak

Tengok! lupa nak sign out pun

Sabtu, 13 Jun 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah







Assalamualaikum wmt wbt
1. Tahniah kepada Mak Daro yang dianugerahkan APC. Mudahan bertambah rajin kerja tahun ni.
2. Selamat kembali ke sekolah kepada semua mak-mak , pak-pak dan anak-anak ayam. Akak dan Che Eda dah start sekolah semula Ari ni (Sabtu 13/6) Kerja berat menanti bila dah masuk Sem 2 ni, maklum Oktober dan November makin dekat jadi kerja keraslah kita untuk PMR, SPM dan STPM.
3. Tok Ketua Ayam@MA dah balik ke darat ke? Hai, ke sana sini terbangnya ya. Jangan lomeh (dengan izin) udah ler...
4. Akak uploadkan gambar-gambar Danish tu buat poenghilang rindu Mak Teh Azah dan buek Mak Daro meleleh air liur nak beradik lagi...
5. Pasal akak yang jadi perencam tu, tu jer ler sedikit sebanyak bakti yang boleh dicurahkan, nak kata kerja lain yang hebat-hebat akak tak pandai...Tolong publishkan mana-mana catatan yang LOMEH kira ok per...
Wassalam












































1.

Meriahnya!

Assalamualaikum wbt.

1. Alhamdulillah cg USM dah kembali..meriah sungguh suasana apabila ayam2 pakat mematuk. Ni misi nak pesan kat Dr Aza, kerja2 juga na kesihatan kena jaga..berapa berat la ni? pastikan ada peningkatan..ha ha
2. Terima kasih atas ucapan tahniah hang pa semua buat anakanda luq..terharu sungguh kerana masih ramai yang dapat membezakan antara kaca dan permata..Syukran MA kerana susah payah muat turun berita dari akhbar tu..moga kisah seorang ibu tunggal yang terpaksa melawan arus perdana untuk pendidikan anak2nya menjadi teladan kepada masyarakat. Bukan gelaran yang dicari tapi itulah amanah Allah. Moga kita terlepas daripada soalan Allah di akhirat nanti tentang amanah yang diamanahkan kepada kita sebagai ibu bapa terhadap anak2. Hasil yang dituai ini adalah dari kurniaNYA jua..
3. Cek terhibur sungguh dengan gaya ultra mak Daro, maka tak heran la dapat ACP! Lebih seronok lagi pabila mak daro dah khatam al-Quran dengan tajwid yang betoi. Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah. Had lain2 jom kita pakat ramai2 buat master dalam ilmu agama pulak. Cek bersyukuq sungguh Allah hantaq mai dok di ganu, tiap2 malam boleh pi dengaq kuliah di masjid, tiap jumaat nadah kitab dengan tok guru, usrah dan tazkirah dok celah masa lek petang buat ngan kawan2 sejemaah, tiap sabtu pi kelas ngaji al-quran di IQ..pendek kata di negeri cantik budaya menarik ni, penuh dengan majlis ilmu, maka rasa kecewa kantoi nak buat master dulu terubat la jua adanya. Makanya, pakat jemput la belake2 mai ke negeri ambo yang come ni..dan bermukimlah barang sehari dua di rumah ambo dan cek nani ambo.
4. Bab kak nani pulak ni..cek heran sungguh, dok tukaq kerja sokmo..sat jadi penterjemah, sat jadi publisher..sat dapat gaji lumayan, sat tak dak gaji..kira adik beradik dengan si usop la juga, bikin macam2 kerja..kalu di UKM jawatan tu digelar perencam kot..betoi dak angah?
5. Nampaknya cek telan ayaq lioq ja la nak pekena soto mak cik sari..tak dan, masa singkat, program padat..so reunion ke-3, cek cadang menu soto cek sari mesti kena ada dalam senarai supaya Danish, mak Danish dan seluruh mak dan pak menakan Danish tak kempunan..gena? Danish sure setuju ni..
6. Cek..bab dok di dapuq ni memang tak leh dok lama2..elergik..he..

Selamat ke sekolah semula sama ada hantaq anak atau diri sendiri.
Wassalam.

Jumaat, 12 Jun 2009

Ralat.....catatan gambar

Assalamualaikum,

1. Bilo upload gambar, terlupo.....gambar pertamo jadi terakhir. Mako sepatutnyo gambar terlampau 1 muncul dulu....tapi takpolah yo biaso-biasokanlah dengan bahaso itik.

2. Raso eh bolum terlambek untuk se ucapkan Selamat Hari Jadi buat Che Eda. Hari jadi kali ni nampaknyo lobih maniss sobab samo dengan Agong dan anak lak dah diiktiraf sebagai Hafiz. Tahniah bergando.......

3. Bilo baco berito anak-anak CG Terengganu, se tumpang tuah. Anak-anak se tak berpeluang mengaji tu semua sobab di sini Sekolah Agamo ditenggelami dek sekolah-sekolah sekular. Tak malu se mengaku.... tahun 2000, bilo se baco soalan Pendidikan Islam SPM, tak dapek jawab.....kanoi.....baru se sodar, betapo dengkelnyo ilmu akhirat se...Anak-anak lak lobih pandai.

4. Maso tulah (baru habis Master) se cari guru agamo yang bulih mengajar se. Alhamdulillah, sampai hari ni se masih mencari ilmu-ilmu yang tak dapek se cari maso-maso lampau. Betapo maso berlalu penuh dengan kerugian....Nasib baik sodar!

5. Bak kato Ibrahim Ali (ADUN Bebas Kelantan) ....ayam mati dikepuk. itik mati kehausan....Se lah tu.......hampir mati kehausan....wallahualam...

6. Tuhan masih sayangkan se, sompek khatam al Quran dengan tajwid sebolum ke Mokah.....Satu lagi....balik dari Johor, dapek panggilan telefon dari sekolah... se dianugerah APC ......Alhamdulillah........

Wassalam. daripado Mak Daro.. 12.6.09..11.05 mlm

Inilah pelakon sebonar.....


Jangan pandang belakang.....


Zoom Johor 8.6.09 till 11.6.09


Khamis, 11 Jun 2009

Dah sampai ke penghujungnya.....cuti kita

Salam dan syukur cgs dapat melahirkan hafiz ulung. InsyaAllah moga ada lagi anak-anak kita bakal bergelar Hafiz dan hafizah. Anak saya namanya Hafiz, setakat ini masih dalam perancangan ke arah itu, doakan, amin.

Hai dr.Azah, hang gi makan kat mana?JB memanglah mahal. cuba sarapan atau makan mee bandung kat Kg. Sagil ke atau makan sate Bkt. Gambir, atau rojak Tangkak. Harganya murahlah kalau nak banding dengan Kajang.

Dapat bercakap dengan Eda, tapi sayangnya dia tak sempat ke rumah saya. Awatlah Angah tak singgah, malam ada di Kajang. Siangnya masih di Sagil lagi.Esok baru nak berjalan makan angin, cari durian kat Hulu Tembeling ke, atau Ke Sg. Lembing ronda-ronda tengok pekan bekas lombong yang gah suatu masa dulu.

Takkpun, menyusuri Sg.Pahang singgah Temerloh pekena nasi ayam hainan (makan time).Itupun cuti juga namanyakan.Ada kalanya perlu juga kita kembali ke akar umbi, hayati keindahan yang ada di sebalik rimbunan hutan atau rimba. Tak ada aralnya bulan depan ke Telok Sengat, Kota Tinggi tak jauh dari tempat kelahiran Tun Si Lanang,

Oleh
Makcik Sari
(Mintak maaf, tolong publishkan tanpa izin)

Macam-macam ado...syukur.....

Assalamualaikum,

1. Balik dari ZOOM JOHOR....se terus bukak blog. Gumbiranya...macam-macam cerito se baco. Cumo Jah jo yang tunggu dan lihat.....Abang dah balik umrah?

2. Dr. Aza, se nyo bahaso tu kiro jalang tu (nipis)...Yang pokat eh bahaso Nogori Jepri. Dah tak menulih lagi si Jep....sibuk agak eh...atau macam Jah gak? Sekojap ado... lamo tak ado? Jawab, jangan tak jawab.

3. Cikgu Sari, masih maintain...chef yang tak boleh ditandingi. Kalau setakat Akak Nani dengan Che Eda, memang k.o. lah.....ado ko jamu se makan nasi ayam kat Pasar Payang. Orang merai tetamu yang jelita dan gobu ni dengan itik Peking.......??

4. Mas Aji kono jawab...apo kojo yang hang buek....?

Oleh Mak Daro

Jemput Datang Sekali Lagi

Assalamualaikum wmt wbt

1. Jemput datang sekali lagi,
malah berkali-kali pun tak per..
Tak tahan telinga dan mato se ini
Tajam bak sembilu

2. Mak Daro, cerito zaman Tok Derih tu
Janganlah disobut dikonang laei,
Sedih se dan cek Eda,
La ni dah zaman Tok Mat,

3. Marilah, se tunggu kat Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
Sebelum se bawak ke rumah,
Kita singgah dulu melihat runtuhan
Kat rumah nanti, usahkan nasi ayam, nasi itik, nasi kobau, nasi ikan,
semua se hidangkan

4. Tak caya?
Marilah, bawak semua anak menantu
Bapaknya jangan lupolak idungnya,
se takut baru sampai kat Pahang,
terus je nak balik Soromban

5. Ayam-ayam yang lain,
Harap jangan keliru yo,
Ni cerito ayam ganu dengan ayam nogori
Mintak mahap sebab onlinekan kat blog...

6. Mak daroooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo, mari jangan dok mari
sekali lagi malah berkali-kali
ke NEGERI CHANTEQ, BUDAYA MENARIQ, ORANG BAIQ...
se tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

tahniah

1. Alhamdulillah. Tahniah Aidil dan tahniah juga untuk Eda.
2. Momentum kerja kita dah ok dah. La ni tengah semangat membuat slide untuk mengajar semester ni. Kalau ada anak2 CG yang dapat masuk USM boleh saya tolong tengok2kan.
3. Ya la Sari. Saya pun teringin soto Sari dan sate kajang. Sama la mcm Danish si comel tu. Makan soto kat Segamat hari tu tak sesedap soto Sari. Betul ni. Cari juga rempah soto basah kat Muar. Dua kali pi kedai tu tutup. Tutup cuti atau tutup terus pun tak tau la.
4. Pak Aji Ucop! Saya tak faham la kerja Pak Aji. Tak kena mengajar ke? Kejap masuk hutan, kejap turun laut, kejap nak gunung. Cuba cerita sikit. Kalau ada modul boleh jugak saya cuba aplikasikan kat sini.
5. Angah! Jangan la pekat sangat bahasa Ng 9 tu. Kesian saya. Kadang faham kadang tak faham.
6. Jah! Biasa la tu. Macam chips more. Kejap ada lama tak ada.

Ok. Cau dulu. Dah pukul 12. Nak pi kantin beli makanan.

Rabu, 10 Jun 2009

Tahniah!Tahniah!Tahniah!

Assalamualaikum wmt wbt

1. Tahniah buat anakanda Aidil Al-Hafiz, beroleh hadiah termahal akhirnya di atas segala kesabaran selama ini. Semoga dimakbulkan Allah impian untuk bergelar Ulama Professional satu hari nanti. Amin ya Rabbal alamin
2. Tahniah buat Cek Eda anak beranak, tak lupa jua kepada tok dan tok ki dan semua pak dan mak menakan Aidil yang akak tahu tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan padu sehingga terlahirnya sebutir permata yang begitu indah.
3. Tahniah berganda buat Cek Eda yang tahun ni harijadinya disambut se Malaya, cuti rasmi lagi.
4. Tahniah jua buat Dr kita yang dah sihat wal afiat dan dah kembali semula ke pejabat. Cepat-cepatlah kejar dan tangkap balik momentum yang nak hilang tu.
5. Seterusnya tahniahlah juga kepada yang baru beroleh adik ipar, dan jenis-jenis ipar yang lain. Akak cuti ni memang hari-hari makan kenduri...
6. Cik Jah kita, terlena kenyang makan kenduri kot...............
7. Mak Daro, kunci tu simpan elok-elok, nanti susah kalu dok hilang je. Hidung pun jaga jugak, kot nanti hidung uang tertinggal tu pun terus menghilangkan diri...
8. Mak cik Sari oii, masak jangan tak masak...Danish teringin nak makan soto dan sate Kajanglah pulak, telur pindang dah tak meleleh air liur.

Wassalam

INI DIA SI LUQ AL HAFIZ

tahniah


Berikut adalah Fadhail Hifzhul Qur'an (Keutamaan menghafal Qur'an) yang dijelaskan Allah dan Rasul-Nya, agar kita lebih terangsang dan bergairah dalam berinteraksi dengan Al Qur'an khususnya menghafal.

Fadhail Dunia

1. Hifzhul Qur'an merupakan nikmat rabbani yang datang dari Allah

Bahkan Allah membolehkan seseorang memiliki rasa iri terhadap para ahlul Qur'an,
"Tidak boleh seseorang berkeinginan kecuali dalam dua perkara, menginginkan seseorang yang diajarkan oleh Allah kepadanya Al Qur'an kemudian ia membacanya sepanjang malam dan siang, sehingga tetangganya mendengar bacaannya, kemudian ia berkata, 'Andaikan aku diberi sebagaimana si fulan diberi, sehingga aku dapat berbuat sebagaimana si fulan berbuat'" (HR. Bukhari)

Bahkan nikmat mampu menghafal Al Qur'an sama dengan nikmat kenabian, bedanya ia tidak mendapatkan wahyu,
"Barangsiapa yang membaca (hafal) Al Qur'an, maka sungguh dirinya telah menaiki derajat kenabian, hanya saja tidak diwahyukan kepadanya." (HR. Hakim)

2. Al Qur'an menjanjikan kebaikan, berkah, dan kenikmatan bagi penghafalnya

"Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al Qur'an dan mengajarkannya" (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Seorang hafizh Al Qur'an adalah orang yang mendapatkan Tasyrif nabawi (penghargaan khusus dari Nabi SAW)

Di antara penghargaan yang pernah diberikan Nabi SAW kepada para sahabat penghafal Al Qur'an adalah perhatian yang khusus kepada para syuhada Uhud yang hafizh Al Qur'an. Rasul mendahulukan pemakamannya.

"Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, "Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal Al Qur'an, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat." (HR. Bukhari)

Pada kesempatan lain, Nabi SAW memberikan amanat pada para hafizh dengan mengangkatnya sebagai pemimpin delegasi.

Dari Abu Hurairah ia berkata, "Telah mengutus Rasulullah SAW sebuah delegasi yang banyak jumlahnya, kemudian Rasul mengetes hafalan mereka, kemudian satu per satu disuruh membaca apa yang sudah dihafal, maka sampailah pada Shahabi yang paling muda usianya, beliau bertanya, "Surat apa yang kau hafal? Ia menjawab,"Aku hafal surat ini.. surat ini.. dan surat Al Baqarah." Benarkah kamu hafal surat Al Baqarah?" Tanya Nabi lagi. Shahabi menjawab, "Benar." Nabi bersabda, "Berangkatlah kamu dan kamulah pemimpin delegasi." (HR. At-Turmudzi dan An-Nasa'i)

Kepada hafizh Al Qur'an, Rasul SAW menetapkan berhak menjadi imam shalat berjama'ah. Rasulullah SAW bersabda,
"Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya." (HR. Muslim)

4. Hifzhul Qur'an merupakan ciri orang yang diberi ilmu

"Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim." (QS Al-Ankabuut 29:49)

5. Hafizh Qur'an adalah keluarga Allah yang berada di atas bumi

"Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga di antara manusia, para sahabat bertanya, "Siapakah mereka ya Rasulullah?" Rasul menjawab, "Para ahli Al Qur'an. Merekalah keluarga Allah dan pilihan-pilihan-Nya." (HR. Ahmad)

6. Menghormati seorang hafizh Al Qur'an berarti mengagungkan Allah

"Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah menghormati orang tua yang muslim, penghafal Al Qur'an yang tidak melampaui batas (di dalam mengamalkan dan memahaminya) dan tidak menjauhinya (enggan membaca dan mengamalkannya) dan Penguasa yang adil." (HR. Abu Daud)


Fadhail Akhirat

1. Al Qur'an akan menjadi penolong (syafa'at) bagi penghafal

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bacalah olehmu Al Qur'an, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafa'at pada hari kiamat bagi para pembacanya (penghafalnya)."" (HR. Muslim)

2. Hifzhul Qur'an akan meninggikan derajat manusia di surga

Dari Abdillah bin Amr bin 'Ash dari Nabi SAW, beliau bersabda, "Akan dikatakan kepada shahib Al Qur'an, "Bacalah dan naiklah serta tartilkan sebagaimana engkau dulu mentartilkan Al Qur'an di dunia, sesungguhnya kedudukanmu di akhir ayat yang kau baca." (HR. Abu Daud dan Turmudzi)

Para ulama menjelaskan arti shahib Al Qur'an adalah orang yang hafal semuanya atau sebagiannya, selalu membaca dan mentadabur serta mengamalkan isinya dan berakhlak sesuai dengan tuntunannya.

3. Para penghafal Al Qur'an bersama para malaikat yang mulia dan taat

"Dan perumpamaan orang yang membaca Al Qur'an sedangkan ia hafal ayat-ayatnya bersama para malaikat yang mulia dan taat." (Muttafaqun ?alaih)

4. Bagi para penghafal kehormatan berupa tajul karamah (mahkota kemuliaan)

Mereka akan dipanggil, "Di mana orang-orang yang tidak terlena oleh menggembala kambing dari membaca kitabku?" Maka berdirilah mereka dan dipakaikan kepada salah seorang mereka mahkota kemuliaan, diberikan kepadanya kesuksesan dengan tangan kanan dan kekekalan dengan tangan kirinya. (HR. At-Tabrani)

5. Kedua orang tua penghafal Al Qur'an mendapat kemuliaan

Siapa yang membaca Al Qur'an, mempelajarinya, dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari kiamat. Cahayanya seperti cahaya matahari dan kedua orang tuanya dipakaiakan dua jubah (kemuliaan) yang tidak pernah didapatkan di dunia. Keduanya bertanya, "Mengapa kami dipakaikan jubah ini?" Dijawab,"Karena kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al Qur'an." (HR. Al-Hakim)

6. Penghafal Al Qur'an adalah orang yang paling banyak mendapatkan pahala dari Al Qur'an

Untuk sampai tingkat hafal terus menerus tanpa ada yang lupa, seseorang memerlukan pengulangan yang banyak, baik ketika sedang atau selesai menghafal. Dan begitulah sepanjang hayatnya sampai bertemu dengan Allah. Sedangkan pahala yang dijanjikan Allah adalah dari setiap hurufnya.

"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Qur'an maka baginya satu hasanah, dan hasanah itu akan dilipatgandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, namun Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (HR. At-Turmudzi)

7. Penghafal Al Qur'an adalah orang yang akan mendapatkan untung dalam perdagangannya dan tidak akan merugi

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri." (QS Faathir 35:29-30)

Adapun fadilah-fadilah lain seperti penghafal Al Qur'an tidak akan pikun, akalnya selalu sehat, akan dapat memberi syafa'at kepada sepuluh orang dari keluarganya, serta orang yang paling kaya, do'anya selalu dikabulkan dan pembawa panji-panji Islam, semuanya tersebut dalam hadits yang dhaif.

"Ya Allah, jadikan kami, anak-anak kami, dan keluarga kami sebagai penghafal Al Qur'an, jadikan kami orang-orang yang mampu mengambil manfaat dari Al Qur'an dan kelezatan mendengar ucapan-Nya, tunduk kepada perintah-perintah dan larangan-larangan yang ada di dalamnya, dan jadikan kami orang-orang yang beruntung ketika selesai khatam Al Qur'an.