Yang senyap sepi, mohlah join. Meriah!
Memaparkan catatan dengan label Sari (setia dgn blog ayam). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sari (setia dgn blog ayam). Papar semua catatan
Isnin, 2 April 2012
CAPAI BINTANG DI LANGIT...
Macam lagu Yuna gamaknya. Buat semua cg bloggers, tahniah. Tak kiralah berapa ketul capai bintang. Yang tinggi kalau dapat dijolok syukur takpun terimalah seadanya. Anak kita takkan sama anak orang.Masa depan masih jauh, SPM hanya permulaan, ingat kata sifu @ teacher Mrs Harriet Wong dulu; its not the end of the world. Apapun bak pepatah Mak Hajah Daro, anak eh lobih pandai orang putih dari omak eh. Anak dara saya pun buatlah TESL. Mana-mana yang sudi menerimanya UITM , UIAM ke.Apa yang penting dapat sambung IPTA dah syukur sangat.
Ahad, 8 Januari 2012
Seronoknya...dan teruja
Salam. Tambah seri Mak Hjh Daro.Yang se seronok dan teruja tu, Mak Daro slim walaupun selero makan.Tambah teruja se nak poi Mekah tengah tahun ni.Tahniah buat Mak Daro dan Haji Misai sebab anak-anak dah hampir tamat belajar .Bosa dah yo.Anak-anak se masih kocik lai.Juga baru pagi tadi hantar Hakim balik kampus UIA PJ sambung semester 3 (exempted sem 2)Dok Marhallah mana atau kat Gombak/Kuantan?Manalah tau kot kalau kita ngantor, boleh sembang panjang mak dengan mak.Lain-lain dok sekolah.Pendek kata masih bersidai baju putih sekolah tiap-tiap hari.
Selamat jalankan tugas masing-masing tak kira di bank, sekolah, pejabat, IPG. Jumpa lagi.
Selasa, 27 Disember 2011
MESYUARAT AKHIR DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...
Salam. Cuti dah sampai ke penghujungnya. Lip lap lip lap dah ke sekolah semula. Sibuk meting dan perancangan serta tugasan tahun 2012 sedia menanti. Sambil sain opsyen SBPA.Baca-baca dah faham sain je. Lepas tu kalau rasa tak larat , opsyen awal. Masa depan boleh dirancang tetapi tidak boleh dijangka diduga.Allah yang berkuasa kita tiada daya.
Tahun depan beralih angin ke sesi pagi.Jadi orang baru di sekolah baru tahun kedua jadi warganya gitulah.Akur dengan keperluan sekolah.Tugas lebih utama dan tiada halangan.Lagipun cikgu kecik tak ada masalahnya.Buat semampu dan sebaik boleh.core bisnes ngajo.Tambah berada di zon selesa.Maksudnya, tugas-tugas biasa dibuat tak ada luar biasanya. Eh berapa markah nak diberi terpulang.Pangkat gelaran pandangan duniawi, moga hasilnya akhirat menanti.
Travelog hujung tahun Alhamdulillah berjalan seperti dirancang. Refresh sebelum balik menghadap rutin. Cuaca sejuk di puncak Cameron dan hujan sepanjang hari membuatkan saya terkenang situasi banjir di negara kita. Di Pulau Pinang, suasananya agak berbeza seperti tempat-tempat lain di Malaysia. Macam berada di Singapura atau seumpama dengannya. Tambah suasana malam di Batu Feringgi, ala-ala suasana di Phuket gitu. Sempat menziarahi pengasuh Hakim di Sungai Ara..Kawasan perumahan Melayu tapi dah di kelilingi bangunan-bangunan tinggi.Antara kawasan @tanah Melayu yang tak tergadai dek pembangunan.Nolstagia.
Selamat kembali ke sekolah..harap semua mak pak dah siapkan apa yang patut. Saya masih lagi bersengkang mata menjahit baju sekolah anak-anak. Last minute baru ada feel..haa..haa.Belanja besar ya Tuan Haji.Akak Nani dah kurang sikit rasanya.Tunggu 2012 bila anak-anak bujang dah mula melangkah ke IPTA atau matrikulasi baru lebih belanjanya.Mak Daro dan Cik Eda apa kisahnya, Cik Jah oiiii...jengok-jengok lah.Pak Lah dan famili ok, baru balik bercuti sakan ke Langkawi. lainnya tak dengar khabar.Harap baik-baik no.
Kirim khabar dan berita..jangan sepi tanpa berita.
Khamis, 10 Mac 2011
Moga panggilan Baitullah sampai jua...
Ahad, 19 Julai 2009
SEPI..SESEPI-SEPINYA...
Awat lama menyepi hangpa semua?Sibuk ka?Yang ada anak kecik katalah sibuk, yang anak dah besaq-besaq takkan tak dan mencatat apa yang patut. Tak patut sungguh. Demam musim buah ka?Apa habaq orang Sik.. durian kat sana sedap sungguh kat Balingpun sedap jugak. Tak tau bila nak bertandang kat utara lagi.Tokai, Simpang Empat, Bukit Raya saya sampai dah...Masih macam dulu ka atau ada apa-apa pembangunan atau tak bangun-bangun. Lagu tu jugak. Tapi Pn Jah kata Pekan Tokai dah membangun.Baguihlah no. Wakil Rakyat Kubang Bemban lama menghilang, tak kan sibuk kempen MU. Bukan MU hak jersi Merah nu.Saya tengok juga bola kemarin, saja nak tengok anak-anak Malaysia main. Ok not bad.Semangat patriotik tu sokong Team Malaysia.Sesekali melayan minat anak-anak bujang yang suka sangat MU.Hujung minggu yang santai bersama anak-anak setelah 6 minggu bekerja Sabtu tanpa cuti. Sudahnya demammmmm....MC.
Apa berita terkini CGs yea?selain rutin harian kerja dan urusan domestik. Saya mengikut arus. Buat apa yang ada hari ini, esok pikiaq lain.Selebihnya dalam proses nak bertanding dengan Mak Daro...siapa yang lebih slim melim nanti, boleh ke?Akak Nani weh, Pn.Eda... lama tinta tak berdakwat.Rindulah....Kok ya sibukpun tekan apa-apa butang asalkan ayam boleh baca.
Akhirulkalam, hujung minggu ini saya ke Kota Tinggi, merangkap ronda-ronda ke Kota Johor Lama, warisan kemasyhuran Johor zaman dulu kala.Bermalam di Teluk Sengat.. mancing kat Sungai Johor (kija org lelaki).Ada siapa yang berminat, bacalah web tentangnya.Nanti cerita lagi. Wassalam.
Apa berita terkini CGs yea?selain rutin harian kerja dan urusan domestik. Saya mengikut arus. Buat apa yang ada hari ini, esok pikiaq lain.Selebihnya dalam proses nak bertanding dengan Mak Daro...siapa yang lebih slim melim nanti, boleh ke?Akak Nani weh, Pn.Eda... lama tinta tak berdakwat.Rindulah....Kok ya sibukpun tekan apa-apa butang asalkan ayam boleh baca.
Akhirulkalam, hujung minggu ini saya ke Kota Tinggi, merangkap ronda-ronda ke Kota Johor Lama, warisan kemasyhuran Johor zaman dulu kala.Bermalam di Teluk Sengat.. mancing kat Sungai Johor (kija org lelaki).Ada siapa yang berminat, bacalah web tentangnya.Nanti cerita lagi. Wassalam.
Langgan:
Ulasan (Atom)