Assalamualaikum wbt.
Padang Midin, Jumaat - Bakal Mak dan Pak Aji akan berlepas ke Tanah Suci pada hari Isnin ini, 9 Nov bersamaan 21 Zulkaedah dari KLIA. Mereka akan bertolak dari KT, Ahad ini, jam 8 pagi.
Disebabkan kesuntukan masa maka cek Eda melaporkan bagi pihak mereka yang kini sedang teramatlah sibuk menguruskan hal berkaitan pemergian mereka dan peninggalan anakanda2 mereka.
Yang berkesempatan berkunjung ke rumah cek nani, jom kita pakat pi, yang berkelapangan nak jumpa di Kelana Jaya, rancanglah perjalanan anda, yang berpeluang skodeng di alam maya, sampaikanlah kata-kata semangat dan doa moga-moga mereka selamat mencecah kaki ke Tanah Suci, selamat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan selamat kembali ke tanah air.
Sekian, cek eda dari rumah hijau melaporkan berita untuk blog ppcg.
Salam 1 benua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan