Assalamualaikum wmt wbt
1. Perihal patuk mematuk, sudu memadu..
Patuklah, sudulah, kat rumah, kat sekolah, kat laut,
tepi pantai, dalam air...terkini, berlatar belakangkan runtuhan lagi gempaq..
kat mana-mana sahaja,
dunia canggih hari ini, kat bilik temenung pun boleh patuk atau sudu,
apalagi kalau kat tepi pantai Merang yang aman damai,
lagilah syok nyer..jangan tersalah atau terlebih patuk sudahlah,,,
2. Perihal tapis menapis.....
Bak kata MA, tiada berlaku tapis menapis, edit mengedit...
Ni akak nak kabokan,
Kerja Akak tukang tolong publishkan aje,
yang asal, yang ori, yang tulen,
seperti yang ditulis oleh tuannya,
dijamin oleh Lever Brothers,
tak ditambah sebarang serbuk lada hitam atau cili padi
supaya lebih podeh bedaha
tidak juga dikurangkan garam dan gula ,
supaya tawo hebe atau lecah berah,
mungkin betul kata MA, salah tekan ke salah klik kot...
3. Perihal beradik lagi,
Anak Nabi kita ada 7 orang,
Akak pun rasa dah cukup dengan 7 yang ada,
Alhamdulillah, sihat sempurna,
come lote, hensem-hensem belake-lake,
Jadi pakat-pakatlah doakan,
tak beradik dah akak nih,
nak sangat dah jadi tetamu Allah tahun ni...
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan