Selasa, 24 November 2009

Salam dari tanah halal

Assalamualaikum wbt.

1. Wahai ayam-ayam sekalian, hangpa mogok lapaq ka..
Tak pa, biaq ayam dari tanah halal ganu mengimarahkan blog hari ini.

2. Apa yang bermain-main di fikiran hamba la ni? Tak lain daripada mengenang saat2 indah tatkala menjadi tetamu tanah Haram setahun lalu..
terbayang saat2 indah mengerjakan tawaf,
terimbau saat2 manis di Mina, Mudzalifah, Arafah, Madinah dan Makkah.
terlalu rindu ingin dijemput lagi menjadi tetamu
rindu akan keampunan-Nya
rindu akan kasih sayang dan rahmat-Nya.
terbawa roh dan jasad seolah-olah berada di samping tetamu-tetamu itu.
Salam dari Haram amat mengesankan..
membangkitkan rindu, menyemarakkan kalbu ingin kembali menjadi tetamu,
walaupun itu hanya mainan fikiran pada saat ini
namun salam dari Haram menguatkan azam untuk merealisasikan apa yang bermain2 di fikiran itu. InsyaAllah tanah Haram ialah destinasiku!

3. Ayam2 di Ganu kesejukang kerana hujang mmanjang. Cuti2 pun dok di reban saja. Kot hari cerah sikit mau jugak terbang ke tanah halal yang lain.

4. Ayam rumah hijau sudah kenyang mematuk..la nak p cari lembu buat korban pulak.

wassalam.
Salam aidil adha

Tiada ulasan: