Memaparkan catatan dengan label Sari (santai-santai aja). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sari (santai-santai aja). Papar semua catatan

Selasa, 1 Mac 2011

MERIAHLAH SIKIT....

Tak kiralah sosek ke makan buah langsat ke, jengoklah. Kalau ada yang boleh dikongsi..kami dengar .Apapun tahniah buat cikgu-cikgu SMK Padang Midin, moga kejayaan anak murid berterusan. Juga cikgu-cikgu KGV Soromban, tahniah juga. Kejayaan murid kebahagiaan cikgu, kebanggaan mak ayah. Tak lama lagi SPM pulak, anak bujang saya masih di PLKN. Doakan ya, agar dapat meneruskan legasi CG'S dan anak-anak CG's lain.

Alahai, zaman ICT ni cepat je sampai berita. Sayale tu yang dimaksudkan. Tak ke mana, jauhnya. Sekadar menyeberang sempadan ke Betong, Yala. Ok. Jalan-jalan, tengok tempat orang tapi mesra pelancong. Cakap Melayu loghat Kedah atau Kelantan. Sekadar menjamu mata taklah menjamu selera..makan kat Pengkalan Hulu, Gerik. Cuaca panas, berdebu. Tak ada shoppingnya, sekadar beli beras siam pulut hitam.Jangan tidak je. Kawasan air panasnya luas, maka banyakle penjual telur.Rupanya masak dalam kolam makan dengan air kelapa. Tak berani buat takut perut tak kebal.Tak jauh terowong komunis, 7 km jauhnya, murah bayarannya 50 sen @ 5 baht , jengok aja. Nun atas bukit, kebun bunga tanah tinggi ala-ala Cameron Highlands. Bolehlah, tapi hebat lagi tempat kita.Masalah tanah runtuh dan baik pulih jalan di mana-mana. Masalah sejagat. Puncanya kita.Pembangunan tak seimbang, alam sekitar musnah. Bukan nak jadi Karam Singh Walia..sekadar berkongsi pengalaman. Kawalan tentera ketat, syukurnya kita rakyat Malaysia. Belum lagi di Libya, Tunisia, Mesir etc. Syukur, esoknya letupan di Betong dan Naratiwat kami dah selamat balik Malaysia.

InsyaAllah cuti sekolah, akan meneruskan Jalan-jalan Cari Makan Tambah Koleksi Pengalaman hidup.Jom ke Medan-Prapat-Brastagi-Samosir-Danau Toba. Ha..ha..ha..Ada siapa nak join?Buat semua..teruskan usaha, dan laa agak kalut siapkan bahan untuk jadi modal bercakap awal cuti sekolah nanti...Teknik Menjawab. Cikgu kecik semua nak buat, buatlah mana mampunya.

Wassallam.


Jumaat, 14 Januari 2011

STABIL DAN TENANG...

Jangan terkejut..nak cerita keadaan di tempat baru. Ok menyenangkan, dan jadi cikgu kecik ni segalanya nampak dan rasa relek. Satu sekolah dengan Ani, isteri Pak Lah. Info terkini...Pak Lah dan Ani terbang ke US ada seminar. Jadi dah alang kepalang, Pak Lah bawa isteri...honeymoon ke gamaknya. Ha...ha..haa

Bertambah usia moga segalanya dipermudah. Renungan buat kita yang diberikan peluang dan ruang untuk bernafas dengan percuma ni, syukur dengan apa yang ada. Tingkat amal, tingkat bakti.Itu adanya. Selebihnya mohon reda Allah agar molek-molek belaka. Kalu dok molek tu..terima apa adanya. Ujian untuk ditempuh agar kita jadi mukmin yang lebih kuat. Itu yang disukai Allah.

Akhirulkalam, ikhlas mendidik agar jiwa terdidik. Ganjarannya menanti di akhirat. Salam.

Rabu, 21 Julai 2010

Saya dah kembali....

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik juga sepanjang misi (aha not 'misi' as a doctor assistant) selamat. Yealah, dalam kehidupan kita yang itu itu, sesekali perlu ada ruang untuk sesuatu yang lain. Bermula dari Kluang kami meneruskan konvoi ke Masjid Felda Linggiu, Kota Tinggi sejauh 170 km diiringi hujan renyai. Banyak juga mat dan minah motor (isteri ) ambil bahagian 193 buah, macam-macam jenis dan kaler. Warga emas dengan vespanya, ada juga keluarga berkereta. Eh nanti saya up load gambarnya. Santai dan asyik dengan panorama. Sedikit ucapan, doa juga penyerahan sumbangan kutipan (tak kira lagi). Masyarakat setempat, punya kesedaran tinggi membantu sesama umat Islam. Meneruskan perjalanan ke Sedili Besar.. perkampungan nelayan tak jauh dari tempat kelahiran Usman Awang@ Tongkat Warrant. Solat dan majlis yang sama. Sempat beramah mesra dengan nelayan, tanya apa yang patut, masalah di mana-mana sama..hasil tak menentu demi sesuap nasi gagah ke laut mencari rezeki. Sambung perjalanan ke Bandar Mas dan Felda Papan Timur. Kagum dengan kepetahan pakcik juru acara, ilmu setara pensyarah. Lancar berbicara soal dunia, soal Palestin Gaza. Destinasi terakhir..Punggai dalam DUN Pengerang, tak jauh Ramunia (pengeluar boksit suatu masa dahulu). Alhamdulillah, jumlah kutipan RM11,000 dan malamnya majlis penyerahan sumbangan kepada wakil AMAN PALESTIN.


TRAVELOG SARI ...santai dan biasa-biasa aja. Hari kedua Projek Khidmat Masyarakat di Kg. Changi, bantuan bekalan air ke rumah PPRT ( dalam gembira, menitis air mata mak cik-mak cik tu) Yealah, bantuan bulanan kebajikan masyarakat tak selalunya dapat. Lat-lat, bantuan lain tak dapat, hujan rumah banjir...dan bagus wakil rakyatnya turun padang. Eh Gaza Gaza juga, tapi rakyat kitapun tak diabaikan. Selebihnya..bersyukur dengan apa yang kita nikmati hari ini. Dalam pada itu, ambil kesempatan meninjau tempat=tempat yang menarik, Sg. Rengit..ikan besar-besar,
Tg. Pengelih...eh canggih sekolah-sekolah guna istilah. Kat sekolah saya guna istilah Hari Bertemu Pelanggan (ambil keputusan pereksa..) tapi kat daerah kota Tinggi, SK Pt. Raja Laut contohnya Hari Konsultasi..Jalan-jalan cari pengalaman. Ha..ha..ha.


Alahai Mak Daro tak gi sekali ke Sweden? Ada rezeki teringin nak ke sana juga. Sekayu Waterfall..kami tak sampai lagi. Eh , macam kat Sg Congkak le pulak. Ala-ala...Apapun jangan jadikan kesibukan alasan dok rumah je. Jalan le mana-mana yang kita fikirkan selesa dan santai. Kamipun gitu, bawa bekal, kelah kat bukit Broga, Sg Congkak ..musim durian ni, moh ke sini.Ok jumpa lagi.. Ada cerita menarik? Kita kongsi kita hayati...Wassallam.

Ahad, 5 Julai 2009

MOLEK LE GITU

Salam.Lama juga sekodeng.Dah dapat title baru...Chief Sari mula le menyemak membelek menginta-intai majalah lama, buku-buku @kitab lama..dok mencari apa menu yang sesuai nak dijamu kepada kaum kerabat CGs masa reunion. Pada sayalah molek tarikh tu. Relek rasanya membayangkan kehijauan sekitar tempat yang dicanangkan. Kualo Pilah biaso buat se sekeluargo.Balik dari Rompin pun short cut ikut sinun.Kat mana yek? (loghat Johor le pulak).Apapun upon request ada beberapa menu yang dah tersenarai yang memang favourite kekawan anak kekawan (cucu tak ada lagilah).Tungguuuuuu... atau nak AFUNDI juga, chewah nak masuk bertanding juga ke?

2. Tahniah buat anak-anak, anak-anak menakan yang berjaya menapak dan akan hari-hari menapak sepanjang pengajian di IPTA. Terkenang sesi 85/89, kalau tak menapak, terkedek-kedek mengepit fail turun bukit naik bukit, turun tangga naik tangga idaakpun naik bas SUM bayar 2 kupang, idak le kita bergelar cikgu besar cikgu kecik, alahai nolstagianya. Biarpun ada dalam kalangan kita yang suka guna istilah.... cuba teka?pandai mak pak BETTER LATE THAN NEVER siapa tu?tergenyeh-genyeh mata, tersengih-sengih, tergaru-garu.Pendek kata macam-macam aksi yang ingin kita lihat. Itulah cerita kelas CG yang sentiasa hidup dengan pelbagai ragam.Raso macam mudo belio laei.

3. Sekali lagi AFUNDI MASUK.. saya sangat setuju tahun depan moh kito pakat-pakat ke kulo pilah. Wassallam.

Sabtu, 2 Mei 2009

EEE..sweet 40's

Iyolah dah dapat TITLE tu memang dalam zon berhati-hati. Sayapun sekarang ni dalam proses men'yelimkan' badan. Hilang satu nikmat makan, doktor nasihatkan jauhkan nasi waktu malam. Tengok je dan makan sayur lauk ajalah. Waduh! waduh! susah gak mulanya. La ni ok dah. Jangan terperanjat setahun akan datang(kalau saya maintain le) slim macam Mak Daro. He he he...

Membelek Buku Resipi (cuti hujung minggu ni) Hidangan Dessert apa kata kita cuba resepi mudah. Campak-campak je. Resepi Pisang Bersalut Tempura (baca dulu resepinya)
5 biji pisang raja/nangka - potong 2
sedikit tempung tempura untuk salut pisang (jenama Nona ke TESCO)
Minyak jagung untuk menggoreng
Sedikit madu (bukan bermadu)

Bahan telur
125 gm tepung serbaguna (agak pakai cawanpun boleh)
250 ml air sejuk
1 biji telur
1/2 sudu teh soda bikarbonat (tak ada stok beli yea..)

Cara
Campurkan telur, air sejuk, tepung dan soda. Kacau rata. Golekkan pisang dengan tepung jagung. Kemudian celupkan dalam adunan telur.

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan. Angkat.
Cairkan madu dalam ketuhan/oven dan tuangkan ke atas pisang panas.
Dah siap pisang goreng bermadu.....senangkan.Boleh tambah satu skop aiskrim atasnya. Cantik.
Saja gempak dengan tajuk ala-ala Jepun gitu. Amacam Tn Haji?.

2.Salam buat semua kekawan dan agar semuanya tabah hadapi dugaan mendatang. Kita tak tahu pula apa ujianNyakan. Mudah-mudahan ada hikmahnya untuk kita hayati dan renungkan bersama.

Akhirnya...
The beauty of friendship
Is that it is based on respect
The joy of friendship
Is that it is based on trust
The strength of friendship
Is that it is based on......LOVE

Selamat Hari Ibu.

Ahad, 7 September 2008

SALAM RAMADHAN

Salam buat semua cg"s.InsyaAllah moga kita semakin tawaduk menjelang hari-hari meniti Ramadan Al Mubarak.Mana-mana yang kurang kita sama-sama baiki.Yang baik semakin baik. Moga program tadarus di sekolah kita ambil peluang untuk baiki bacaan AlQuran. Tadarus di rumah bersama seisi keluargapun molek bebeno. Kalau ada yang turun ke KL singgahlah ke rumah. Caling-caling yea. Buat Angah, InsyaAllah silalah ke rumah saya, Jah, Hanif, CTKT,Eda, Pak Haji, Pak Lah, Jef, Akak Nani seisi keluarga jemputlah ke Kajang bila-bila terluang. Buat anak-anak yang akan menghadapi UPSR esok teruskan perjuangan, InsyaAlah usaha, doa dan tawakal. Sampai jumpa lagi. Akak Nani sonyap jo, sibuk buat persiapan sambut baby yea. Kalu saya dekat boleh tolong jadi bidan. Apapun moga selamat bersalin kami doakan.Jumpa lagi.

Khamis, 14 Ogos 2008

CUTI...CUTI...CUTI....

Salam buat kekawan. Yo lah kato Mak Daro semuo orang sibuk. Tak menjongah blog. Tapi se tahu sobab Akak Nani tak aktif laei menggodek komputer. Dah sarat dan tak larat. Itu yang dapat saya katakan. Cuti lagi kitakan. Dah penat memerah otak, sedia soalan ujian, menanda dan siapkan markah tiba masanya rehat cari ilham dan idea untuk sediakan soalan akhir tahun. Sambil-sambil tu jalan-jalan mana yang boleh dituju. Moh mai Kajang. Ada MAHA, ada kambing ada serba neka. Takpun tengok bunga api lip lap kat Putra Jaya macam saranan Sdr AK. Bersesak jugaklah. Atau tempah pakej cuti kat MITM PWTC. Ramadan hampir tiba, Syaaban dah hampir pertengahan, rebutlah peluang yang datangnya setahun sekali. Berpuasa dalam cuaca panas betul-betul menguji iman.Cik Jah kalu ada biskut yang sedap boleh pos gambaq dalam blog. Bulih saya dan mak-mak lain oder saja.Tulung kawan na.Pak-pak jangan gelak no.Akhirulkalam, selamat bercuti, kalu datang Kajang, KL caling-caling yea. Insya Allah saya ada di rumah.

Sabtu, 9 Ogos 2008

SYUKUR, SERONOK KONGSI CERITA KONGSI RASA

Salam. Sekadar menjengah sekejap. Dan tengok gambar dan kongsi cerita Mak Daro di bumi Anbia.Juga buat En.Tahir sekeluarga dapek APC laei.Kali bapo tu?Takpolah rezeki dah depan mata terima ajalah. Buat Akak Nani senyap je?Jadi ke datang Kajang cuti ni? MakCik balik Johor 16 Ogos -18.08.08 (ada gak angka 8nya tu--katanya ong, ong, ong) Tapi dah oder telur pindang, agak-agak cukup stok seminggu duo. Kalutak pun dikurier. Jangan jelous, buat yang ngidam.Kalau ada yang lain dan sewaktu dengannya mengidam gak, saya boleh tolong buatkan dan kurier.Bagi alamat lengkapnya.Buat semua-semua selamat bercuti yang cikgu-cikgi dan bukan cikgupun, isteri atau suami cikgu ok, takpun anak-anak yang jadi anak murid cikgu pasti mak paknya cuti. Jumpa lagi.Wassallam.

Ahad, 3 Ogos 2008

Mari Kita Berbahasa

Salam, tadi tu testing tajuk. Suspen ke? Sebelum tu minta maaf bebanyak buat Munsyi Dewan, Jefri. Tak bermaksud nak ambil alih jawatan Jef. Cuma kongsi sedikit ilmu yang ada. Bila dah baca-baca dan baca tulisan kawan-kawan ada satu coretan Tn. Haji yang buat saya tersedak! Pandai gak Tn. Haji Yusof guna bahasa Jawa yang jarang digunakan sekarang. Perkataannya "goblog' atau ejaan sebenar dalam bahasa Jawa ialah "goblok". Maksudnya ialah bodoh yang amat. Ada lagi joke perkataan tersebut "goblok songo" maksudya bodoh darjah yang penghabisan, kiranya tak pandai sangat-sangat. Ada lagi peribahasa yang sampai sekarang jadi mainan tapi tak dihalusi sepenuhnya. Juga dalam bahasa Jawa, seperti melepaskan batuk di tangga. Bila tanya anak murid ramai yang tahu maksudnya. Tepat. Bila di minta melakonkan aksinya, batuk-batuk di tangga. Kenalah terangkan kat mereka bahawa "batuk" @ "batok" dalam bahasa Jawa ialah tempurung kelapa. Pada zaman dahulu, penyedok air dibuat daripada tempurung, alahai yang dipaku pada sebatang kayu. Letaknya di tepi tempayan @ guri dan duduknya di tepi tangga. Bila nak masuk atau naik ke atas rumah kenalah cuci kaki dulu. Lepas cuci kaki gunakan "batok', maka batok tu pun disangkut je tepi tangga. Itulah timbulnya peribahasa bagai melepaskan batuk @ batok di tangga adanya. Demikian adanya, jadi kena hati-hati bila berbahasa..... Maaf yea Tuan Haji sekadar menjelaskan apa yang saya tahu sebab sayakan orang Jawa berbangsa Melayu.

Setakat ini dulu. Selamat menyambut kedatangan Syaaban yang mulia. Isikan dengan amalan sunat yang disunahkan. Sama-sama saling mengingatkan moga kebaikan berterusan..adanya. Buat Dr. Ctkt InsyaAllah resepi soto akan menyusul nanti. Janji tetap janji, tunai tetap saya tunaikan.

Isnin, 21 Julai 2008

SIAPAPUN MM PEDULIKAN SANTAI TETAP SANTAI.

Salam buat semua. Tahniah buat Jef dan keluarga. Kami tumpang syukur dan bangga. Itulah CG. Tak perlu sembang intelektual sangat sebab di luar sana dah banyak sangat jadi pemikir.Blog CG sekadar penghubung silaturrahim cerita-ceriti itu ini. Alahai yang santai-santai dan giler-giler (masih dalam batasan minda normal).Tok sah dok sedih lah Akak Nani weh!Kita teruskan dengan apa yang ada. Untuk kita-kita aja. Nak serius masuk blog CikDet.com ke, Malaysiakita ke, takpun nak kaya tupperware.com boleh gak. Tak gitu?Jangan melenting Mak Cik sekadar beri pendapat peribadi tak ada kena mengena sama ada dengan yang hidup atau yang mati. Macam mana Pak Haji? Macam mana Cik Eda?Orait ke?

Cerita pasal durian Tangkak, yang best RM24.00/kg. Isi merah gitu. Takpun durian Segamat.Balik Pulau not bad sebab saya pernah dok Pulau Pinang. Nak best lagi durian Hulu Tembeling, makan bawah pokok! Bawa balik Kajang alamat seminggu bau kereta pasti pewangi durian. MM jangan sinikal bila saya tulis cerita tak ilmiah ni. Yang tersirat kayanya negara kita dengan buah nadir yang sekali hadir pasti orang kampung, tauke durian senyum ke telinga sebab rm bertambah rezeki murah. Yang best dan penyayang malah dermawan, singgah Bukit Gantang, jemaah masjid surau dijamu dengan durian. Terima kasih YOP! Apapun durian tembaga , durian payung dusun arwah Tuk saya di King Road(Jalan Raja, Jorak is the best sebab free dan sentiasa di hati walau dia dah tiada).

Cukup lalut nanti cerita lagi.Buat semua santai-santai dan saya memikirkan tulisan Cik Eda di luar blog.