Assalamualaikum wbt.
1. Alhamdulillah cg USM dah kembali..meriah sungguh suasana apabila ayam2 pakat mematuk. Ni misi nak pesan kat Dr Aza, kerja2 juga na kesihatan kena jaga..berapa berat la ni? pastikan ada peningkatan..ha ha
2. Terima kasih atas ucapan tahniah hang pa semua buat anakanda luq..terharu sungguh kerana masih ramai yang dapat membezakan antara kaca dan permata..Syukran MA kerana susah payah muat turun berita dari akhbar tu..moga kisah seorang ibu tunggal yang terpaksa melawan arus perdana untuk pendidikan anak2nya menjadi teladan kepada masyarakat. Bukan gelaran yang dicari tapi itulah amanah Allah. Moga kita terlepas daripada soalan Allah di akhirat nanti tentang amanah yang diamanahkan kepada kita sebagai ibu bapa terhadap anak2. Hasil yang dituai ini adalah dari kurniaNYA jua..
3. Cek terhibur sungguh dengan gaya ultra mak Daro, maka tak heran la dapat ACP! Lebih seronok lagi pabila mak daro dah khatam al-Quran dengan tajwid yang betoi. Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah. Had lain2 jom kita pakat ramai2 buat master dalam ilmu agama pulak. Cek bersyukuq sungguh Allah hantaq mai dok di ganu, tiap2 malam boleh pi dengaq kuliah di masjid, tiap jumaat nadah kitab dengan tok guru, usrah dan tazkirah dok celah masa lek petang buat ngan kawan2 sejemaah, tiap sabtu pi kelas ngaji al-quran di IQ..pendek kata di negeri cantik budaya menarik ni, penuh dengan majlis ilmu, maka rasa kecewa kantoi nak buat master dulu terubat la jua adanya. Makanya, pakat jemput la belake2 mai ke negeri ambo yang come ni..dan bermukimlah barang sehari dua di rumah ambo dan cek nani ambo.
4. Bab kak nani pulak ni..cek heran sungguh, dok tukaq kerja sokmo..sat jadi penterjemah, sat jadi publisher..sat dapat gaji lumayan, sat tak dak gaji..kira adik beradik dengan si usop la juga, bikin macam2 kerja..kalu di UKM jawatan tu digelar perencam kot..betoi dak angah?
5. Nampaknya cek telan ayaq lioq ja la nak pekena soto mak cik sari..tak dan, masa singkat, program padat..so reunion ke-3, cek cadang menu soto cek sari mesti kena ada dalam senarai supaya Danish, mak Danish dan seluruh mak dan pak menakan Danish tak kempunan..gena? Danish sure setuju ni..
6. Cek..bab dok di dapuq ni memang tak leh dok lama2..elergik..he..
Selamat ke sekolah semula sama ada hantaq anak atau diri sendiri.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan