Ahad, 19 Julai 2009

SEPI..SESEPI-SEPINYA...

Awat lama menyepi hangpa semua?Sibuk ka?Yang ada anak kecik katalah sibuk, yang anak dah besaq-besaq takkan tak dan mencatat apa yang patut. Tak patut sungguh. Demam musim buah ka?Apa habaq orang Sik.. durian kat sana sedap sungguh kat Balingpun sedap jugak. Tak tau bila nak bertandang kat utara lagi.Tokai, Simpang Empat, Bukit Raya saya sampai dah...Masih macam dulu ka atau ada apa-apa pembangunan atau tak bangun-bangun. Lagu tu jugak. Tapi Pn Jah kata Pekan Tokai dah membangun.Baguihlah no. Wakil Rakyat Kubang Bemban lama menghilang, tak kan sibuk kempen MU. Bukan MU hak jersi Merah nu.Saya tengok juga bola kemarin, saja nak tengok anak-anak Malaysia main. Ok not bad.Semangat patriotik tu sokong Team Malaysia.Sesekali melayan minat anak-anak bujang yang suka sangat MU.Hujung minggu yang santai bersama anak-anak setelah 6 minggu bekerja Sabtu tanpa cuti. Sudahnya demammmmm....MC.

Apa berita terkini CGs yea?selain rutin harian kerja dan urusan domestik. Saya mengikut arus. Buat apa yang ada hari ini, esok pikiaq lain.Selebihnya dalam proses nak bertanding dengan Mak Daro...siapa yang lebih slim melim nanti, boleh ke?Akak Nani weh, Pn.Eda... lama tinta tak berdakwat.Rindulah....Kok ya sibukpun tekan apa-apa butang asalkan ayam boleh baca.

Akhirulkalam, hujung minggu ini saya ke Kota Tinggi, merangkap ronda-ronda ke Kota Johor Lama, warisan kemasyhuran Johor zaman dulu kala.Bermalam di Teluk Sengat.. mancing kat Sungai Johor (kija org lelaki).Ada siapa yang berminat, bacalah web tentangnya.Nanti cerita lagi. Wassalam.

Tiada ulasan: