Rabu, 22 Januari 2014

SESEKALI MENJENGAH


Sukar mentafsir ,maklum dah hampir di ambang setengah dekad.
Apapun masih boleh dimengerti .
Lumrah..kalau tak, tak ada cerita tak ada berita
Guna akal dengan bijak agar harga diri, maruah bangsa, ketinggian Islam  tidak diinjak.
Jangan bagi muka nanti mua.Benarlah kata rang tua; baik biar berpada.

Apapun sesekali mengasah minda ada baiknya.
Sekadar melepas lelah dek hambatan tugas.

Salam, jangan terus menyepi.
Cuti lagi yang senantiasa dinanti.Haaa....

sari

Selasa, 21 Januari 2014

BERBEZA BUKAN BERERTI BERMUSUHAN

Salam,

Berbeza adalah lumrah, janggal sekali hanya mahu persamaan. Sampai kiamat pun tak pernah ada persamaan dalam semua hal.
Nah, apa perlunya berbeza. Itulah remcam dunia. Namun menolak perbezaan adalah kejahatan paling merosakkan.
Kita boleh berbeza tapi bukan untuk bermusuhan. Persamaan mana yang perlu dan menerima perbezaan di mana wajar.

Waduh, tertikam lubuk jantung apabila perbezaan menjadi tombak berbisa.....menikam dan mendarah.
Sekadar sekelumit catatan

Wassalam

Khamis, 19 Disember 2013

Sesekali menulis

Assalamualaikum wmt wbt

1.  Alahai, jari jemari  ni macam kaku je nak mancatuk bila tiap kali buka blog. kebuntuan, dok tau apa nok share dek tiada apa yang luar biasa melainkan yang biasa-biasa sahaja.
2.  Cuti kali ni, belum pergi mana-mana.  November berakhir dengan 5 hari berturut ProElt. Disember pulak disambut dengan menjadi pengiring anak no 2 berumah di hospital selama 5 hari...lps tu dgn taklimat PBS dan ulang alik ke hospital untuk sesi follow up. Start 15hb - 22hb bermulalah mesyuarat untuk 2014.
3. In shaa Allah,  cadang nak jenguk orang KL 22@23 moga ada rezeki...,.ziarah mertua yang akan ke Haramain awal januari dan jemput si no 5 yang dah hampir sebulan menemani si no 6 balik.  Juga jenguk2 si sulong di setapak dan otw balik singgah di kajang sebelum ke Kolo Pilah menjenguk si no 3.  Soromban? Kot sibuk dengan meeting...
4.  Itu sahajalah perancangannya...moga diizinkan Allah
5. Bertemu lagi di tahun depan
6. Wassalam wmt wbt

Ahad, 8 Disember 2013

Salam
Baru bercuti

Banjir bah!
Bala kah?
Biar berpada bahasa bahasi
Banjir bawa bala?
biasakah
banjir bawa bahagia?

biar banjir berbicara
bandar banjir
bantuan basi-basi
berteriak bangsa bala banjir
bawa bantuan bersengkita
beri bantuan bersahaja
bangsa banjir berduka

banyaklah berikhtifar
bawa bahagia
bawa jauh bencana

biar banjir berbicara
bantuan belum beres
bukan beras berkilo
bukan, bukan bukan

bantuan biar berkat
biar beres
baru bangsa banjir bahagia
baru boleh berdoa

bayi berteriak
badan basah
bonda berendam
bapa bermasam

biar banjir berbicara
balakah?
bawa bahagia kah?

baru berasa besarnya berkuasa
baru berasa berdoa berkat
 

Sabtu, 7 Disember 2013

Apa cerita?...

Episod senyap sepi.
Yang banjir berhati-hati, bencana alam ujian-Nya jua.Reda dan sentiasa siaga.
Saya sedang mencari peluang dan ruang jadi sukarelawan banjir, dapat sumbang tenaga jadilah.
Nak jadi tukang masak ataupun mengajar  anak-anak di pusat pemindahan.Tengok kat tv nampak macam boring je bebudak sebab pengisian kurang, tak kiralah buat kelas melukis ke mewarna ke, tulis jawi baca sekali.Cik Eda boleh ngajo Arab, Akak Nani boleh ngajo simple English atau ngaji.Adake orang nak terima sumbangan tenaga saya yang  dah nak masuk 5 series 2 tahun lagi?

Cerita seterusnya, cuti Jumaat di Johor.Saya memang terasa seronoknya seperti mengimbau zaman
persekolahan dulu. Hari Jumaat macam hari ghaya.Kaum bapa bawa anak-anak lelaki ke masjid solat Jumaat berbaju kurung telok belanga berkain gombang.Masa dok asrama, hari tak ada prep, Jumaat.Memang guling2 sambil kemas dorm atau tak buat apa2.Menu dari pagi ke malam special terutama lunch nasi biryani Muo dan sirap bandung soda.Boleh sarapan roti canai.Petang2, tahan aya putu mayam berbasikal dengan tong hijaunya.Takpun apek rojak petis yang ber t-shirt pagoda.Pendek kata hari untuk jamu selera.Itu belum lagi Kak Pah jual cucur udang datang atau Mak Timah tembosa(karipap sayur bulat) cicah sos.Nikmat. Sabtu outing gi  bando Muo sebab nak makan mee bandung atau satay.Tapi tak selalu dapat, itupun tak putus2 baca "summumbukmum" minta warden lembut hati.Tapi tak cerita kat anak-anak pasal ni.

Selebihnya balik kampung  rumah mak di Sagil, kumpul anak beranak.Orang Jawa tak tinggal nasi ambengnya.Menu utama makan ramai-ramai.Sempat ke Taman Lagenda Gunung Ledang bawa anak-anak
mandi-manda.Cuti bajet.Balik rumah mentua di Kluang juga jumpa sanak-saudara di sana.

Juga berkesempatan jalan-jalan ke Cameron.Lengang, nyaman dan tak sibuk.Cuaca sejuk , malamnya
suhu 15 C, siang 24 C.Sayang banyak bukit ditarah dan cuak andai tiba-tiba tanah longsor.Di Lembah Bertam, meninjau kawasan yang dilanda banjir lumpur.Mana taknya, rizab sungai dah dibuat kebun, rumah bagai. Agak2 saya kalau rizab sungai 20 kaki tak jadi tragedi tu.Jadi fikirlah sendiri, jangan seperti bangau oh bangau.Satu lagi, rasa dok kat Bandung atau Bangladesh pulak sebab banyak peniaga orang depa. Tak beli makanan masak sebarangan sebab tak pasti mana sumbernya.Sedihpun ada. Yang seronok sepanjang jalan naik dan turun, meriah dengan gerai durian dan buahan lain. Memang murah.Pendek kata jalan-jalan cari makan cuti kali ini.Bertuah dan bersyukurnya tinggal di Malaysia.

Selebihnya, kenduri-kendara dan meraikan saudara mara yang bertandang.Kekawan bila nak mai?Jom gebang-gebang di Kajang (pondok kecil saya).Dan ada kesempatan memboking rumah peranginan gomen untuk cuti Mac 2014 akan datang.InsyaAllah ke Morib dan Fraser Hill le pulak.Dah  siap tempah dan bayar.
Bila lagi? baloi memang berbaloi, banglo 3 bilik di Morib Rm60 sahaja.Cadangan nak ke Tasik Kenyir Mei 2014, tapi tempahan atas talian (skema je ayat) belum dibuka.

Apapun, caling2 dan teruskan rutin harian.


Sabtu, 16 November 2013

CUTI HUJUNG TAHUN...

Sendu le pula baca sajak Tn Chop Mat
Terima kasih saling mengingatkan.
Begitulah, ada kalaa yang tak siapnya kita alpa.Kena cuit-cuit biar kita sentiasa sedar.
Dunia hanya pinjaman, abadi kekal akhirat jua.

Hujung tahun dinanti-nanti bukan sekadar cuti tapi menyiapkan kerja orang atasan
yang datangnya macam ribut, semua nak segera.Siaga kita.
Seperti luahan rasa sahabat kita di pantai Timur, dek atasan mengejar kecemerlangan
yang jadi rumput pemangsanya.Huh, saya yang diperintah bukan saya yang menurut perintah.
Apapun ikhlaskan diri ,Insya-Allah ada ganjaran menanti di akhirat, saham kita bakal jutawan akhirat kelak. Seperti biasa saya yang kerdil tak terkecuali.Masih ada tugasan di gelanggang dengan urusan klinik bola jaring daerah.Juga urusan mengawas STPM di sekolah minggu hadapan.Sekadar membantu rakan-rakan yang memerlukan khidmat tak seberapa.

Anak-anak sibuk bertanya , cuti ni mana destinasi seterusnya. Ha.. ha mak pak mengira bajet nak bawa anak-anak. Balik kampung satu kemestian, mesti dibudayakan.Masih ada tok nenek, paman, bibik (mak cik), mbah (nenek) yang nak dikabari berita.Keluar negara tidaknya.
Kampung mengimbau anak rantau. Selebihnya, masih dalam perancangan. Yang pasti perlu rehat minda setahun bekerja sambil cari bahan p d p (hi...hi) untuk dimuatkan dalam dashboard Cikgu Sarimah Surip. 

Berkesempatan ke Kajang, moh ke rumah.Caling-caling.


SELAMAT BERCUTI, REHAT MINDA TENANGKAN HATI.

Sari..cuti-cuti sokmo

Rabu, 6 November 2013

Sepiak Sepatah

Salam,
Jelos wa, tengok gambau hangpa melilau rata reti.....
Baguih juga....
masih ada cerita untuk dikongsi

teruskan dan kekadang buat sibok tu pasat ta tak tulis

sajak sepi sejak semalam

salam sejahtera
sapa suruh sepi
siap siagalah
sepi itu sunyi
sendu senda
semua sudah siap sedia
sedia semua
solat, sedekah, senyum
suruh semua solat
solat subuh sering-sering
solatlah selamat
sedekahlah selamat
senyumlah sunnah
suruh selami sunnah
semua selamat
surga sedia sentiasa
selamat sejahtera salamnya
salah siapa
salah silap
surga semakin sepi
sekian seadanya

saya sihat
sihatlah semua
segeralah serlah seribu sejarah
sepiak sepatah

salam semua
salam sayang
sekian

Ahad, 13 Oktober 2013

Aktiviti hujung tahunnnnnn....




ITULAH KITA YANG BERNAMA GURU

SALAM DARI SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEGRASI)


KENAL YANG BERTUDUNG PUTIH? 

ANAK-ANAK BERSEMANGAT WIRA
CIKGUNYA MAINTAIN MELAWA

KEKALKAN KECEMERLANGAN DUNIAWI DAN UKHRAWI

JUMPA LAGI..SARI

Khamis, 3 Oktober 2013

CUCI MATA....KUCHING

 SERIKIN

 TASIK BIRU, BAU

 WAKIL POS

 MAKAN ANGIN

 KUIH CELOROT


LAKSA SARAWAK....MINUM PETANG, SARAPAN PAGI, MAKAN MALAM PUN BOLEH


 GUNUNG SANTUBONG
KUIH LAPIS COLOR-COLOR TAPI RASA SERUPA.SEBAB DAH BANYAK
RASA TAK TAU APA RASA



MEE KOLOK ...OK MACAM MEE SUP DAGING

SUNGAI SARAWAK DAN MASJID NEGERI

MIAU MIAU....

Semalam berlalu

Macam suspens?
Bukan tajuk lagu atau filem, bukan bukan bukan.
Sebenarnya kenangan indah dapat jumpa Cik Eda di UKM minggu lalu.
Masing-masing sibuk tapi sempat luangkan masa bertanya khabar.
Tak jauh, sekadar 15 km dari rumah.

Harap yang lain kalau ke Kajang caling-caling
Jumpa lagi