Salam buat semua kekawan.
1. Tahniah dan syukur buat akak Nani dan suami tercinta dapat panggilan ke Tanah Suci Mekah. Doa kami agar semuanya berjalan lancar dan dapat beribadah dengan tenang. Doakan juga kami ke sana dalam waktu terdekat.
2. Saya sokong anugerah yang dicadang MakDaro buat Cik Eda...
3. Juga kalau dibukukan, dialah juga orangnya. Panjang-panjang tulisnya walau kecil comel orangnya.
Saya idak le. Tak masuk mana-mana kategori.
4. Baru balik dari Pulau Pangkor..kursus hujung tahun perancangan 2010 s/u Panitia Daerah (wakil je)Penat di lambung ombak. Kursus sekadar membelanjakan budget yang turun melimpah hujung tahun (kata penganjur le) syyy! Sambung mesyuarat pelarasan....seminggu. He..he..he anak murid tanya lama tak nampak cikgu?Ye ke. Sebenarnya dunia dan kecintaan saya di sekolah, pada anak-anak murid. Kesiankan.
5. Selebihnya di rumah dan sekolah, dengan keluarga dan anak-anak yang meriah tu..Ye ada masuk tv3. Alah Ahad baru ni pasal cipta rekod syiling 220,220 keping. Migrain berjemur tengah panas susun syiling dengan anak-anak Pra sekolah Hulu Langat. Tugas di luar sekolah. Itulah saya.Cikgu kecik berbadan besar...
6. Bilonyo reunion?
Jumpa lagi..wassallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan