Memaparkan catatan dengan label Sari dan keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sari dan keluarga. Papar semua catatan

Sabtu, 26 September 2009

SALAM AIDIL FITRI

Alhamdulillah, kita meraikan kemenangan Ramadan pada Syawal yang mulia. Seperti biasa, kami balik Johor. Syukur perjalanan pergi dan balik lancar.Sepanjang bercuti raya di kampung sempat menziarah saudara mara, pi kenduri kahwin, ziarah yang sakit juga diberi kesempatan ziarah sepupu yang pulang kerahmatullah khamis lalu. Apapun, segala yang dilalui adalah pengalaman berharga untuk direnung.

Terima kasih atas undangan open house Cik Eda. Mesti meriah dapat berkumpul dengan sanak-saudara dan rakan taulan. Bila pulak pakat nak beraya kat rumah saya? Raya Hajipun boleh kalu nak mai. InsyaAllah saya selalunya tak balik. Mak Daro , Pak Lah, Hanif dan Cik Jah mailah rumah. Datanglah bila ada kelapangan syawal ini. Yang jauh tu dialu-alukan, bukan tak jemput.

Syawal mulia ini, ampun dan maaf andai ada kesalahan dan mohon dihalalkan makan minum kami sekeluarga dunia dan akhirat. Sampai jumpa lagi..Wassallam.

Selasa, 30 Disember 2008

TERIMA KASIHHHHHHH.........

Syukur segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan selamat. Maaf terlewat nak ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian semua kekawan dan ahli keluarga bertamu ke KL. Tak lupa setinggi penghargaan dan terima kasih buat Hanif sekeluarga yang sudi menaja majlis perjumpaan CGs. Memang seronok dan saya makan sakan walaupun siangnya nasi kenduri tak cerna lagi.Juga buat Cik Jah kita yang berusaha sediakan goodies, juga Husna Jef yang sudi hadiahkan brooch cantik berkilau, Tn.Haji dengan ole-ole dari Ganu dan Bumi Anbia. Yang lain tu sudi hadir dari jauh sudah satu hadiah yang bermakna. Cumanya tak puas sembang sebab masa singkat...bukan makan buah langsat yea.

Baguih cadangan Tuan Haji....InsyaAllah kita reunion di Bumi Anbia pula memanjat kesyukuran di hadapan rumah Allah.

Terima kasihlah atas ucapan tahniah dan tahniah atas kejayaan anak-anak CG lain.Walaupun maknya agak terkilan sebab cempedak jadi nangka (BM dan BI score ....B he he) redha dengan apa yang dah tersurat.Moga anak-anak akan berusaha jadi muslim yang terbilang dunia akhirat.Amin.

Selamat kembali ke sekolah.....Jumpa lagi.Salam Maal Hijrah.

Sabtu, 13 Disember 2008

SELAMAT DATANG KITA SEMBANG-SEMBANG

Alhamdulillah,bos besaq dah bagi blog conference.Kami setuju aja.Sayapun dah caling-caling dengan Cik Jah kita.Kamipun excited buat persediaan nak menyambut kedatangan ahli keluarga yang lain ke KL.Tak pa, kami memahami situasi Hanif. Masanya saya rasa molek juga sebab hari tu saya ada dua majlis kenduri kahwin di rumah pak sedara, satunya di Selayang. Dan kebetulan kaum kerabat (maaf pinjam istilah ni walaupun bukan kerabat diraja) dari Johor pakat turun ramai-ramai ke KL.Rumah saya jadi guest housenya. Tak pa akak Nani kita pakat-pakat jadi baby sitter.InsyaAllah bawalah baby boleh gak kami kenai anak buah.Danish, good boykan?Alahai jangan dok risau, Hanif tau kita selesa....Cepatlah masa berlalu.Tak sabaq ngalahkan anak-anak.He he he.

Terima kasih bebanyak buat penganjur yang dalam sibuk masih sempat uruskan majlis. Lepas tu mailah rumah saya.Kita sambung sembang sambil kudap-kudapan (ada yang mengidam?)Jef Husna, Nani Imran, Angah, Azah, Tn.Haji ,Jah, Pak Lah, Hanif semuanya bersama ahli keluarga datanglah ...

Ahad, 12 Ogos 2007

Tahniah buat Jafri Husna dan Amal.

le="font-style:italic;">


Dapat berita gembira drpd depa.Amal bakal terbang ke UK dlm masa terdekat. Mudah-mudahan apa yang dicita bakal menjadi kenyataan. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak CG. Mereka pewaris generasi akan datang. InsyaAllah anak-anak kami bakal menyusul nanti.Tahniah!