Sabtu, 26 September 2009

SALAM AIDIL FITRI

Alhamdulillah, kita meraikan kemenangan Ramadan pada Syawal yang mulia. Seperti biasa, kami balik Johor. Syukur perjalanan pergi dan balik lancar.Sepanjang bercuti raya di kampung sempat menziarah saudara mara, pi kenduri kahwin, ziarah yang sakit juga diberi kesempatan ziarah sepupu yang pulang kerahmatullah khamis lalu. Apapun, segala yang dilalui adalah pengalaman berharga untuk direnung.

Terima kasih atas undangan open house Cik Eda. Mesti meriah dapat berkumpul dengan sanak-saudara dan rakan taulan. Bila pulak pakat nak beraya kat rumah saya? Raya Hajipun boleh kalu nak mai. InsyaAllah saya selalunya tak balik. Mak Daro , Pak Lah, Hanif dan Cik Jah mailah rumah. Datanglah bila ada kelapangan syawal ini. Yang jauh tu dialu-alukan, bukan tak jemput.

Syawal mulia ini, ampun dan maaf andai ada kesalahan dan mohon dihalalkan makan minum kami sekeluarga dunia dan akhirat. Sampai jumpa lagi..Wassallam.

Tiada ulasan: