Ahad, 29 November 2009

SALAM BUAT SEMUA...

Alhamdulillah dah hampir sampai ke penghujungnya perjalanan akak Nani kita di bumi Mekah.Tentunya sambil menghabiskan sisa waktu yang ada dengan ibadah umrah sebelum pulang.Mudah-mudahan apa dihajat, dipohon semuanya dalam keredhaan-Nya. Tentunya kami yang menanti giliran tak sabar untuk ke sana tiba saat dan waktunya. Nampak gayo mak Daro akan sampai dulu giliran. Saya masih menanti dan tak henti berharap dan mengharap agar dijemput sebagai tetamu-Nya jua dalam masa terdekat.

Cuti yang tak cuti sebenarnya. Sejak hujung Oktober hingga 16 Disember 09 masih dengan urusan sekolah. Dah veteran (umur) masih lagi mengawas SPM...alahai terima tanpa soal.Kalut menanda dan kerja-kerja lain di sekolah buatkan saya tak sabar bercuti panjang-panjang-panjang...Ada gap mula sibuk menjahit baju sekolah anak-anak, beli keperluan sekolah mana yang perlu, sambil memantau anak-anak jangan dok leka main tapi tak leka pulak baca buku.

Alhamdulillah, UPSR lalu Aina Farhanah capai 5A. Syukur dan terima kasih atas doa semua. Tahniah juga buat Anis Jafri tentunya 7A. Juga buat anak-anak CG'S lain dan sedang menanti debaran juga yang bakal menerima keputusan PMR, apapun moga kejayaan akademik seimbang dunia dan akhirat.

Tak ada aralnya, 8 Disember nanti kami akan ke negeri di bawah bayu. Cuti panjang buat saya sebelum sambung jaga SPM. Moga dapat bertamu ke rumah Jef Husna, gebang-gebang kotlah nak buat 3rd reunion bilanya. Semalam di Kundasang ke Sandakan pula, bermalam di sana dan meneruskan perjalanan ke KK untuk dua malam lagi. InsyaAllah akan ziarah kawan di Papar juga Kota Belud. Lepas tu entah bila akan sampai pula ke sana.

Mak Daro, agak-agaknyo bilo reunion?

Sampai jumpa lagi..Wassallam.

Tiada ulasan: