Memaparkan catatan dengan label Sari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sari. Papar semua catatan

Isnin, 27 Februari 2012

TAHNIAH....TAHNIAH

Tahniah buat Tn Haji sekeluarga.Moga bertambah keberkatan selepas balik umrah nanti. Rezeki yang Allah beri datang dengan pelbagai cara pelbagai rupa.Begitu juga dengan ujian-Nya.Moga kita akan lebih bersyukur dalam limpahan rahmat-Nya juga reda dengan ujian-Nya.

Tak lupa tahniah buat Mak Hjh Daro sekeluarga.Den tumpang suko.

Juga yang lain-lain. Cik Eda dan yang lain-lain apa khabarnya?

Wassallam.

Ahad, 29 Januari 2012

Lama Tak Bersua @Berblog

Salam, kabare, ni hao ma..apa-apa sahaja ucapan yang sewaktu dengannya.Cuti Gong Xi Fa Chai dah ke penghujungnya.Betul-betul cuti 1 Malaysia, sayalah tu.Tapi bagi cikgu kat Ganu tabik sebab ke sekolah melaksanakan ujian TOV demi Ganu Cemerlang, Terbilang Gemilang.Teruskan apa yang terbaik. Natijahnya tetap sama...melahirkan insan seimbang dunia dan akhirat.Cemerlang dunia cemerlang akhirat.Puaslah juga guling-guling sambil selesaikan tugasan sekolah.

Juga ambil peluang kenduri kendara saudara mara, jiran tetangga dan rakan taulan. Cuma taklah sampai hadir Rumah Terbuka 1 Malaysia bersama PM di mana-mana. Bagusnya puas makan limau sampai sakit tekak.Murah maa...mana nak dapat suasana macam kat Malaysia ni.Bezanya di sekolah lama, anak murid beri sebab 70% kaum Tionghua.Penuh beg.Begitulah cikgu ...Selebihnya bercuti bersama-sama keluarga besar suami..Cherating jadi pilihan dan sempat ke Chukai dan Kuala Kemaman mencari kepok, sata, nganang..nasi dagang.Semua sedap belaka.Maaflah tak sempat ke KT dek hambatan masa.Roommate keja.

Selamat kembali ke sekolah.Jalankan tugas dengan penuh dedikasi.Jangan lupa SGM...Wassalam.

Ahad, 1 Mei 2011

Syukur...tahniah

Se pun tumpang suko.

Doakan kami di sana yea moga tahun akan datang dapek juo jadi tetamunyo.

Sabtu, 19 Mac 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...

Lip lap lip lap dah ke sekolah...ha kalut siapkan markah ujian.

2. Apapun, dah balik Kajang. Cerita-ceriti cuti-cuti sekolah akan menyusul nanti.

3. Jumpa lagi...

Jumaat, 11 Februari 2011

MASIH EPISOD SENYAP SEPI...

Mana Mak Daro, CTKT, Cik Jah...sopi yo..sibuk juga awal tahun.


Cikgu gitulah mana-mana sama je. Apapun buat Tn Haji ada ura-ura hijrah ke KL ke?Selamat datang ke KL. Atau sedang sibuk buat PhD?Baguslah.Kami doakan kejayaan kekawan.Buat Akak Nani selagi ada hayat dikandung badan berbaktilah.Moga Allah memberkati segala kebaikan dan budi yang ditabur.


Jumpa lagi.Jangan biarkan sepi...

Rabu, 22 Disember 2010

Meneruskan Kembara .....

Salam.Masih dalam mood cuti lagi?Saya dah mula kembali ke sekolah..sekolah lama, sebab sekolah baru tak tau lagi. Mesyuarat dan esok PMR diumumkan, guru kelas RK dan Penyelaras RK juga, berdebar-debar. Juga buat analisa BM. Dah dah habis..dan sepanjang cuti kena pi sekolah, murid pulang SPBT.Itulah cikgu kecikkan, buat dan ikut arahan. Bukan mengarah atau marah-marah.

Dalam pada tu, seminggu bercuti yang memang betul-betul bercuti, makan angin bawa anak-anak. Pengembaraan sejauh 2,600km merentasi ratusan kampung (BAN), sekolah, gua, air terjun, puluhan bandar kecil, pekan dan pantai. Semuanya indah. Yang bestnya, hiway tanpa tol. Kami bermula dari Padang Besar, ke Klian, Wang Prachan, Satun melalui Sikao, Trang, Krabi, Phuket, Patthalung, Hatyai, Danok, Sadao dan masuk Ke Bukit Kayu Hitam. Good food lovely people..betul slogannya.Memandu di hiway Thailand memang selesa dan relek...tak berlumba dengan bas ekspres walaupun ada yang dari Bangkok ke Phuket. Tengok apa dah jadi dengan Tragedi Simpang Pulai..biasa lalu sana.Salah siapa. Eh kami bawa kereta sendiri..tak perlu GPS(bawa juga-capaian internet 6mbps). Cukup dengan peta setiap daerah yang lengkap. Senang dan InsyaAllah tak sesat.Landskapnya sepanjang pantai lautan Andaman memang subhanallah..cantik. Sempat melawat kawasan kampung dilanda tsunami eg Kamala Beach, Phuket dan Krabi. Yang lucu, macam ayam dengan itik, Inggeris tak ramai tahu, kita pulak Siam tak tau..tapi ada yang boleh cakap Melayu..lega. Makanan halal tak susah, hotel halalpun ada. Tapi kamus poket banyak membantu...tak tau sebut tunjuk aje tulisan siam...cepat dan mudah. he he he.Gula mahal 1 kg RM 4 tapi airnya manis betul semanis orangnya. Minyak mahal...beras dan pulut siam murah..Kalau nak makan nanas manis, singgah di Ban Kam Ping, Krabi. InsyaAllah akan diupload gambarnya. Sempat kerja sambilan jual nanas cari pengalaman. Dan terindah... saudara seislam cukup mesra hingga tauke restoren bekalkan makanan ..sambil berpesan Mai tein ni..maksudnya kalau datang lagi makan di sini. InsyaAllah. Bentuk muka bumi ..banyak laluan berbukit, tanah datar getah, sawit, tanaman kontan nanas dan ke Songkhla sawah padi. Seni bina di kampung rumahnya bumbung gajah menyusu mesti ada dua tebar layar. Masjid dalam tulisan jawi atau rumi bahasa melayu;Masjid Nurul Iman di Pathong, Phuket. Sekolah seadanya tapi slogan towards world education membuatkan saya kagum dan tabik. Gambar Raja Bhumipol ada di mana-mana.rakyat menyanjung raja bukan mempersoalkan hak raja-raja. Apapun hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri..sekadar menambah koleksi pengalaman hidup.

Sampai jumpa lagi..Wassallam.

Ahad, 5 Disember 2010

UBI KAYU KOPI O...MMM..NGAM

Salam buat semua.

Memang sedap tapi kat Johor makan dengan sambal tumis dan ikan kering kapak atau sewaktu dengannya. Takpun buat getuk...pelik bunyi. Kena tumbuk ubi rebus dengan kelapa dan gula Lepas tu kepal-kepal. Uh..mentua lalu maafle, tak perasan. Sorry mak.Kisah ubi kayu musim hujan

Yang panas, harga naik. ha..ha syukur tahun depan dapat pindah sekolah. Harapnya depan rumah. Tak pening jalan sesak, tak payah bayar tol (rm40 sebulan), dan jimat minyak.Juga jimat masa. Alahai dah 14 tahun patutpun pindah.Moga motivasi capai KPI...apa tah ya.

Anak bujang periksa.Mak seram sejuk. Mudah-mudahan dia buat apa yang terbaik untuk dirinya.
Mudah-mudahan.

Alahai Cik Eda, sayapun tak pi MAHA tahun ni...hujan dan tak dan.Dekat je...Akak Nani dah pi Cameron ke?Sejuk ni....

Nanti..jumpa lagi..







Sabtu, 16 Oktober 2010

LAMA TAK MENYEMBANG......

Salam mak pak anak-anak.... dah selesai periksa PMR... ada lagi periksa menunggu..si bujang saya juga anak dara Tn Haji dan yang lain-lain bakal menyusul SPM. UPSR dengarnya diumumkan awal sebab cuti raya haji ,diawalkan. Yang tak cutinya dapur kat rumah. Tak berasap (pasang penyedut dengar bunyinya juga) alamat tak senang duduk chef cook.

Kita ni tak boleh relek memanjang, ada je kerja nak dibuat, dah solosai percubaan SPM, periksa akhir tahun pulak. Baru dapat bernafas lega, soalan selesai hantar. Siap semua bercuti lagi....

Buat Mak Daro ado hikmahnyo, InsyaAllah panggilan tanah suci akan datang lagi, doa-doalah. Mana tau kita dapat pergi ke sana-sana samo-samo. Amin.

Sampai jumpa lagi, selamat bertugas, RM500 bakal menyusul lagi, Syukur.

Isnin, 20 September 2010

RAYA SAKANG LE SAYE...

Alkisahnya...bagai diseru nak gi raya sampa Ganu. Alhamdulillah... sampa gak. Terima kasih banyok kat oran Ganu, sesuai dengang slogang negeri cantek....lupo lak.Roun-roun kuala dengan bas bandaran, masjid kristal, kepok seberang takir..jangang lupo kepok Pak Embong bin Muda, sata market cabang tiga, bubur ayam, nasi dagang Mak Teh/Pok Zah kat Kg Tok Jamal, nasi lemak Cik Eda, Udang sweet sour Akak Nani, eh pendek kata macam-macam ada. Sayang Tuan Haji sibuk kija raya ni, tak dan kami ke Besut. InsyaAllah panjang umur jumpa lagi. Orang Kajang raya KT. Orang KT raya sampai Penang woi..cerita raya.

REU3...tak pasti anak habis periksa spm bila. Gewe pun tak tau cuti bila. Gantung tak bertali..hati nak pergi ...

Caling-caling kalu ke Kajang. Moh kita beraya di Saujana Impian. Mak Daro , Cik Jah ,Hanif, Pak Lah,Azah, Cik Eda, Jef, Akak Nani, Tn Haji sila ke rumah.Wassallam.

Rabu, 28 Julai 2010

PENULIS BLOG PERLU ADA KOD ETIKA...

Salam, tajuk berita yang menarik untuk direnungkan. Secara dasarnya saya setuju dengan saranan mantan PM Tun Dr. Mahathir. Elok gak tak melalut atau loklak tapi kita ni kes terpencil. Bloggers? Saya tak sampai tahap tu, sekadar suka-suka berkongsi rasa dengan kekawan. Jumpa lagi..wassallam.

Isnin, 12 Julai 2010

InsyaAllah jalan-jalan cari pahala...

Benar bagai dikata Tuan Haji, InsyaAllah tiada aralnya 17 dan 18 Julai 2010 akan ke Kota Tinggi, sempena Program Amal Aman Palestine anjuran badan kebajikan SAJH. Doakan misi kami berjaya dan selamat sepanjang perjalanan. Kecil aja sumbangannya moga dapat membantu saudara seIslam di sana.

Sibuk? Macam-macam. Apapun harap punya masa untuk diri sendiri.Jumpa lagi.

Jumaat, 2 Julai 2010

EPISOD SENYAP SEPI....SYYY

Yealahkan, Tuan Haji...sepinya. Taulah kita-kita ni sibuk dengan Hari Bertemu Pelanggan. Guru kelas banyak nak dibuatnya..sayale tu.Tapi dalam pada tu dah sampai merata belajar sambil melawat (ke Lawatan Sambil Belajar). Baru balik dari Kedah Perlis...lawatan PSS/Guru Media ke PSS Johan Kebangsaan Luar Bandar..SMK Tunku Bendahara Kodiang dan SK Santan, Repoh. Sambil tu singgah Nat Rabu dan Padang Besar..aktiviti santai. Jumpa kawan-kawan lama kat sana. Laa, sayakan pernah dok dan kerja kat utara suatu masa dahulu...Amacam Tuan Haji ada lagi beras kampung ka? Sempat singgah ke Muzium Padi di Gunung Keriang, bagus bawa anak-anak murid dan anak-anak sendiri ke sana. Bermanfaat. Cuma sayangnya, banyak bendang, padang (kata orang Siam/kedah) dah luak sebab nak buat bangunan-bangunan, rumah-rumah. Eh jangan gelaran jelapang padi tinggal kenangan suatu hari nanti.

ReU3..harap jadi, kebetulan kami ada plan ke utara lajak ke Krabi dan Phuket lepas anak habis SPM. Boleh serampang dua mata. InsyaAllah. Pihak penganjur macam mana?

Kakak-kakak, mak-mak jengoklah blog, dan catatlah apa-apa yang patut.OK.


Khamis, 17 Jun 2010

Sayapun dah balik....

Dah balik dari Johor, misi GAZA tunda bulan depan.Ziarah kaum kerabat ..bukan kerabat diraja. Sempat rehlah di Tanjung Leman Tenggaroh. Tepi laut, ada resort dan pantai cantik. Sesuai buat hari keluarga. Tapi bagi yang tak berapa suka lalu pokok kelapa sawit kiri kanan, tak enjoy. Kami biasa sebab kocik-kocik membesar di kelilingi kelapa sawit.

Sila ke Kajang..boleh kita ronda-ronda Bangi lagi yea Aza.

Sat ni baru balik jalan-jalan dari Banting, Tg. sepat, Bagan Lalang. Saja buat perabis minyak kereta..ha ...ha. Nak jalan tak kira planning. GPS pun tak dak. Baca papan tanda..InsyaAllah tak sesat.

Selamat kembali ke sekolah....

Sabtu, 5 Jun 2010

CUTI...CUTI...SAYA NAK CUTI

Salam.Gempak je tajuknya. Padahal memerap kat rumah ni, siapkan tanda kertas periksa.Lepas tu study PTK untuk kertas Generik yang dapat B je tahun lepas.Susah juga nak dapat dua-dua A macam Akak Nani.Doakan dapat naik TK4, dah maleh baca buku(opps sori)Rendam buku tu minum air dia boleh pas A kot(syirik ni ...lawak). Selebihnya...jalan-jalan dengan anak-anak dan kawan-kawan cari makan kat Kuala Selangor, cadangan. Lagi hujung minggu depan, ke Mersing dan Kluang adik ipar kahwin...Jangan terkejut kalau kami muncul di Kuala Terengganu, lama tak ke sana,boleh ziarah Akak Nani , Cik Eda, Tuan Haji sekeluarga ke. Dan yang lain tu bila nak datang rumah saya?

RE-3, OK kat CSGR Sg Petani.Buat anggaran tarikh dan budgetnya, InsyaAllah lepas anak bujang SPM tak ada apa plan lagi. Boleh pekena mee udang Sg Petani.Cik Azza weh, pasai jalan-jalan ni suka sangatle saya.Habaq pi lah kat mana, InsyaAllah kami cuba mai. Betui kata Cik Jah kita, buat Angah...pujuk abang misai join kita sekali no.

Jumpa lagi, selamat bercuti, tahniah buat semua mak pak. Cik Eda bila nak sampai rumah saya?

Ahad, 11 April 2010

CUCI MATA


Rombongan Wak Roslee......Rumah Gadang


Part time...jual telur penyu Rp4,000 sebiji

Istana Pagaruyung dalam proses baik pulih..


Hari pertama kerja kilang kopi KINIKU..
Tabek Patah..Batu Sangkar,

Gaji Rp20,000 (rm7.00) sebelah tu supervisor
saya, gini Bu..isi satu sudu aja..yea

Rabu, 31 Mac 2010

Sonyap jo....

Mano poinyo suku-sakat CG's? Mengeram ko.

Nak kongsi cerita....

Bacalah SKOR Berita Harian Rabu 31 Mac 2010.. Ado cerito Anak daro Mak Daro, gambo Mak Daro yang cun melecun pun ado. Tahniah dari kami sekeluargo.

Teruskan usaha.

Rabu, 24 Mac 2010

Salam Sejahtera dari Ranah Minang...

Alhamdulillah selamat kembali dari bumi adat. Mak Daro kalu ke Ranah Minang sure seronok sebab buleh jumpo suku sakat sinun. Saya tak berapa nak faham cakap minang sana pokat sangat macam jus adpokatnya. Orangnya ramah dan menyenangkan, buminya indah, makanannya sedap tapi shopping tak best.Apa taknya pemandu pelancong bawa tempat mahal, murah lagi di Jakarta atau Bandung. Apapun dapat melihat tempat urang dah seronok.

Berkesempatan meninjau bangunan runtuh (sebuah je) dek gempa bumi, lainnya retak tapi takle menunggu belah. Tak seperti digambarkan di media. Cuma di Padang Pariaman je yang terjejas, kawasan lain ok. Ada kesempatan saya up load gambonya. tungguuuu....

Yang bestnya, dapat melawat rumah kelahiran idola saya Pak Hamka dan Hatta. Nampak jubah UKM tergantung dlm almarinya. Ingat kekawan cg lain. Betullah bagai dikata, mereka pegang pada kata-kata

Adat basandi syarak, syarak basandi Kitabullah,
Adat menurun, syarak mandaki,
Adat nan kewi, syarak nan lazim,
Syarak mengato, adat mamakai,
Tuhan bersifat qadim, manusia bersifat kilaf.

Mak Daro boleh terjemahkan.

Kalau dipanjek batang tinggi-tinggi,
Basuo pucuak jo silaronyo,
Kalau dikali dalam-dalam,
Basuolah urek tungang jo isinyo.

Menjawab kekhuatiran yang berlaku kini, kes anak tak sah taraf atau si manis yang seksa kita melihat dressingnya, kembalilah kepada agama dan adat budaya kita.

Alahai Mak Daro se tak sempat cari anak angkat kat sana sebab sibuk urus anak sendiri. Ok jumpa lagi akan disambung pada episod akan datang.

Isnin, 15 Mac 2010

Tahniah dan selamat bercuti....

Salam..sebelum tu selamat bercuti kepada warga pendidik dan anak-anak murid pendidik. Mak pak kepada anak-anak murid pun dah apply cuti nak bawa anak-anak bercuti. Yang ada kelas tambahan dan kursus khususnya buat akak Nani, teruskan khidmat bakti. Saya, InsyaAllah esok (16.3.2010) dengan Program 3K (kembara ke Padang Bukit Tinggi dengan anak-anak/keluarga)Ada apa nak kirim?

Sekalung tahniah buat Mak Daro atas kejayaan si kembar dalam SPM baru-baru ni, juga tahniah buat Danial yang juga berjaya score A dalam SPM. Teruskan perjuangan dalam kembara ilmu. Sekurang-kurangnya jadi idola buat anak saya juga yang bakal menempuh SPM tahun ni. Masih pada tahap gear 2 lagi tu...apa-apalah yang patut.

Selamat bercuti dan jumpa lagi....nak buat kerja amal cuti-cuti panjang ni...

Khamis, 11 Mac 2010

NAK TAU GAK..

2 / 2/ 1965. Nak bagi hadiah belated ka? Atau mcm idea yg buat MLM jawapannya 7. Betui ka gitu.Apapun suka-suka ajalah.

Sabtu, 27 Februari 2010

Sekadar menjengah..

Lama sekodeng.Alhamdulillah baru sembuh dari demam yang panjang. Hampir sebulan. Masa untuk muhasabah diri sebenarnya.. Ingat waktu sihat sebelum datangnya sakit. Laa, masa untuk bertenang.
Moga kita sentiasa ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.