Memaparkan catatan dengan label ctkt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ctkt. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Januari 2010

apa ada dalam hati

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . .
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.

Isnin, 15 Jun 2009

ada badan penapis ke

- Awat coretan awal saya tak keluar. Ada badan penapis ke? Rasanya coretan tu tak la sensasi atau ada aksi melampau macam mak daro.
- geramnya tengok Danish. Mudah-mudahan saya dapat la sorang. Amin. Mak Danish hantar petua mai Penang na.

ok nak pi makan petang pulak. Nak tambah berat badan. Ok cau.

Isnin, 15 Disember 2008

best tu

Assalamualaikum,

- Macam best aje. Terima kasih kepada penaja.
- Ahli keluarga saya (1+1).
- Tapi malangnya kalau malam tak dapat la saya join sebab pagi esoknya (26hb) saya ada kelas. Kena balik Kedah petang atau lepas maghrib. Apa2 pun insyallah saya akan hadir pada 25hb nanti. Dapat berjumpa dan berkumpul dgn keluarga cg pun cukup la.
- Apa kata kita berkelah kat padang UKM atau mana-mana2 siangnya. Sari boleh minta kebenaran UKM kot. Lagi pun kalau UKM tu saya tau la nak pi kalau tempat lain tu blur banyak. Takut sesat barat timur la pulak. Lepas tu siapa nak pi rumah siapa (untuk Pak Aji, Akak Nani, Angah, Eda dan saya la) terpulang la, lepak2 sebelum berkumpul semula di restoran tu malamnya. Cadangan aje.
- Ok jumpa semua pada 25hb Dis 2008.

Isnin, 17 November 2008

Selamat cuti sekolah

Salam untuk semua ahli CG!

1) Akak Nani - Comelnya. Geram la. Akak bisik2 la tip. Mana la tau ada rezeki.
2) Gambar masih dalam kamera adik. Bila kurun nak dapat pun tak tau. Sabar ya Angah.
3) Untuk guru2 bahasa cuba bagi satu isu yang boleh kami buat projek untuk diguna pakai di sekolah. Tengah dok fikiq projek ni. Maklum USM dah dicalonkan jadi Universiti APEX.
4) Sari - jadi ke reunion kawasan tengah ni? Yang penting nak makan soto. Fulamak terkenang makan soto bulan enam hari tu.
5) Jah - dah dapat no tel tu jangan simpan saja ya.
6) Eda - semoga sihat dan dapat beribadat dengan sempurna di sana.
7) Yang lain2 - diam2 ubi la tu.

Ok. bye

Isnin, 3 November 2008

tahniah

- Tahniah untuk Akak Nani kerana dikurniakan seorang lagi waris.
- Tahniah untuk Eda kerana dapat menunaikan haji tahun ni. Selamat berangkat ke tanah suci dan semoga mendapat haji mabrur. Amin.

Ahad, 12 Oktober 2008

Salam balik raya

Macam biasa saya raya kat Kedah aje. Balik Sik, Pokok Sena, Simpang Empat, Kangar. Rumah sendiri tutup terus. Ahad baru balik rumah sendiri. Gitu la adat orang tak berkeluarga beraya. 
Usop! minta maaf banyak2 la ye tak blh balas sms dan jwb call. Lepas je hantar sms kat semua orang selamat hari raya hp buat perangai. Kong terus. Maklum hp zaman dulu kala. Dah balik sg. petani baru lah dapat baca semua sms. Apa2 pun terima kasih pada kawan-kawan yang sentiasa ingat saya. Saya sekodeng blog tiap hari. Hehe. Nak menulis tak ada ilham la pulak. 
Akak Nani! selamat melahirkan dan berehat panjang. 
Angah! Den belum jadi anak mumi lagi. Bahaya tu.
Sari! Raya saya buat soto tapi resepi reka sendiri. Tunggu resepi mu lambat bangat. Ok la dapat gred B la. Selamat hari lahir. Seronok la ye menyambut hari lahir di hari raya.
Eda! mesyuarat meja bulat saya dah selesai. Barula kepala ni tak serabut. 
Jah! Selamat hari lahir yang ke 43. Semoga panjang umur, murah rezeki dan mantain awet muda mcm gue. hehe
Kepada yang lain selamat hari raya dan balik beraya.

Isnin, 7 April 2008

Sepinya

Assalamualaikum,

Mana pi semua orang-orang cg ni. Menghairankan??????. Akak Nani, Pak Haji Cop Mat, Sari mana hampa pi. Yang lain lagi la tak dengar cerita. Saya pun tak da cerita jugak nak cerita. Sekadar nak tanya khabar berita. Sihat semua kah ahli keluarga cg? Rindu la nak baca cerita kawan-kawan kat blog ni. Weh tulis la apa-apa yang boleh saya baca no.
Ok. bye

Rabu, 19 Disember 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

maaf zahir dan batin

Khamis, 11 Oktober 2007

Isnin, 8 Oktober 2007

Salam Aidil Fitri

Maaf zahir dan batin

Khamis, 30 Ogos 2007

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 50 - MalaysiaKu Gemilang

Selasa, 28 Ogos 2007

zzzzz


Hari ni Penang hujan
Pagi ni sarapan pulak pulut
Gulai ayam sambal udang
Puding resepi Terangganu
Mata saya dah kuyu
Dah jadi mcm gambar tu
Buka cg blog
Baca coloteh Nani
Terang sikit mata
Baru boleh sambung kerja.
Jadi sesiapa yang rasa ngantuk
layarilah blog kita
pasti mata terbuka luas
tak caya cuba try test tengok.

Khamis, 23 Ogos 2007

saya dah sampai ke Ganu

Sampai jgk saya ke Tganu. Bermalam kat rumah Eda. Sempat jumpa eda dan Nani je. Usop sorry ya dok sempat g grumah mu. Plang tergempaq dang kena pakai drebar dok tetap nak buat mcm mana.Masa balik baru nampak cantiknya lebuh raya timur barat. Ada resort Royal Belum. Cantik sgt tasik dan pemandangannya. Bila2 kita berkumpul kat situ pulak na. Yg syoknya g Tganu balik makang nasik dagang dan nasi kerabu kat baling. he he. Akak Nani! tak pa baca post sendiri. Tu namanya syok sendiri. Insyaallah anak2 akan berjaya. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Tak gitu akak. Usop! doakan saya jgk supaya dapat drebar tetap. Kah! Kah!. Lawak je. Ok jumpa lagi. Ni pantun untuk orang2 yang malas nak masuk blog ni:

Puteraputeri cg blog diberi nama
Kenangan UKM 85/89 terpahat di sini
Wei Pak Lah, Aniff, Jeff, Jah, Angah
Tak aktif kat blog mana hampa sembunyi (ha).