Khamis, 3 Disember 2009

Salam dari Haram 4

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah akak dah sempurnakan semua rukun dan wajib. Baru hari ni dapat selesaikan. Balik dari Mina akak tak sihat.. badan tak bermaya, pening, loya, makan tak lalu. Ni baru ok sikit. Masjid tak dapat g tiap waktu. Hati gelisah dengan ujian ni. Takut tak dapat sempurnakan haji. Doa tak putus mohon dipermudahkan. Akhirnya pagi tadi ( 2.12.09) Allah beri kekuatan dan sempurnalah tawaf dan saei. Menitik air mata kesyukuran. Maha AGUNG kasih dan sayang-Mu pada hamba-Mu yang hina ini.
Buat sahabat yang belum jejak ke Haram ni rayulah segera, datanglah ketika badan masih kuat (nak kata muda, kita dah tak berapa nak muda). Mas aji dan che eda mesti masih terbayangkan cabaran 3 hari di Mina, 2 jam q untuk ke bilik air benar2 menguji kesabaran. Simpati pada makcik2 yang tak dapat tahan, belum sempat masuk dah terburai di depan tandas. Masa ni ada duit 1 juta pun tak dapat bantu.. yalah sapa yang boleh kita upah untuk wakilkan buang small dan big water kita?
Rabu depan kami akan ke Madinah. Selamat tinggal Haram. InsyaAllah salam dari Madinah akan menyusul.

Wassalam
Akak.

Tiada ulasan: