Ahad, 9 Ogos 2009

Assalamualaikum wmt wbt,

1. Alhamdulillah, hari ini Allah memberi kelapangan untuk mencatuk di blog ayam ni.
2. Lama rupanya akak menyepi dari blog, sebulan lebih, nak dekat dua bulan. Dalam tempoh tu ada gak sekali sekala sekodeng...aktiviti wajib, walau dok dan nok menulis.
3. Hebat rupanya penangan H1N1 ni, betul-betul pandemik, sampai ke blog terkena tempias. Baik ayam-ayam masih sempat menyelamatkan diri, maka wujudlah jua ayam kajang, ayam USM dan Tok Ketua Ayam yang masih bertenaga untuk masuk blog. Alhamdulillah...
4. Akak anak beranak dok kena H1N1 tu, syukur Alhamdulillah tapi virus-virus lain yang menyerang, yang agak-agak tidak kurang hebatnya, ala-ala macam H1N1 le jugak. tu yang dok menyepi tu...
5. Mak daro...mano menghilang, macam akak juo ko?
6. Chek Eda ada ni ha, biasalah, chek eda kata, sekodeng tetap sekodeng.......................
Tak sampai dua minggu lagi nak puasa dah kita ni. pas tu raya. Dah nak masuk Ramadhan ni, akak lagi berdebar, dijemput ke tidak akak dan room-mate tahun ni? Mohon doakan ya kengkawan..
7. Sekian, selamat menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak, semoga Ramadhan tahun Ramadhan yang terbaik buat kita semua.

Wassalam

Tiada ulasan: