Sabtu, 14 Jun 2008

JUMPA SEMUA CG MEMBERS

Salam buat semua cg bloggers.Bagus betul laser Akak Nani kita.Arakian turunlah segala mambang kayangan menjengah maya.Maka segala dayang bloggers suka akannya. Sori, akak nani yea dah pinjam kitab TSL akak.Tapi apa nak heran cikgu BM macam saya itulah diajarnya dalam KOMSAS.B ertih goreng cikgu mengajar, anak murid sepatah apa tak kisahnya.Apa cikgu cakap lo, wa pu cher tau.Ama, na terile sambut yang lain.Sudahnya cikgupun mengajar le dalam pelbagai versi bahasa dan kena belajar dan tahu bahasa-bahasa yang lain adanya. Gunalah Kamus Elektronik SASBADI.Ia berbaloi.Bukan kempen tapi cara tambah ilmu berbahasa.Cikgu glokalkan.

Maafkan saya Hanif, bukan undang Jef aja .Kan saya kata jemputlah datang ,rumah saya terbuka bila-bila masa.Sekali lagi dengan rendah hati saya menyusun sepuluh jari mohon maaf.Saya tak pandai bermadah tapi itulah saya.Kawan-kawan CG umpama sebahagian daripada kehidupan. Dan suami kagum dengan setiakawan kita.Syukur dia memahami dan seronok sepertimana Husna.

Buat Angah, bila nak kongsi pengalaman di bumi Anbia?Sejuk buka web, mengenit-ngenit lambaian Kaabah.Insya-Allah.

PTK buat calon-calon, usaha dan tawakal, ada rezeki InsyaAllah. Cik Jah jangan bosan dengan cerita-cerita kami .Bak kata akak Nani, cerita orang gomen.

Rujuk tajuk, kunjungan Dr.CTKT melelapkan lena saya. Maaf yea saya bawa Azah ronda-ronda BBB.Sudahnya dia jadi co pilot saya.Sempat imbau, kenangan UKM, lalu sebelah rumah Jef tempat kita lepak-lepak dulu dengan Amal.Itulah padahnya lesen rumah sekolah. Tapi tak sesatkan Azah. Gelak besar kami.Banyak dibualkan dan dia sememangnya hebat. Penuh berilmu tapi lawaknya masih macam dulu. Dalam kelelahan menganjur Seminar, bukan calang-calang International tapi masih sudi turun menjengah saya yang kerdil (walaupun badan besaq).
InsyaAllah kalau kami ke USM atau utara kami cuba singgah Sg Petani. Masih ada lagi tak gerai mee udang kat stesen SP?
Kredit buat Pak Lah, kueh teow hang goreng mmemang best. Makan lagi.Jumpa lagi semua-semua.Asam pedas sambal goreng, kalau nak datang calling-calling.


Tiada ulasan: