Assalamualaikum,
Thanks to CMR, Nani and Sari for the latest postings. Memang seronok membaca celoteh engkorang.
Yup, saya rasa blog spot ni semakin 'happening'. Kalau hujung minggu ni ada lagi warga CG yang lain turun untuk blogging, lagi best.
Wow, BBB dah ada 'down memory lane' tour by Pn Sari S. Of course, it's always fun and nostalgic to go and visit all the old fav spots. Kami pun suka bawa anak-anak merayau di kampus dan tempat-tempat yang biasa kami lepak dulu. Kalau kita tak bawa langsung, next time dah tua-tua kita sendiri pun dah tak larat nak jalan (arthritis/rheumatism/gout etc semua dah keluar by then + mata kabur n pendengaran yang merosot...).
Elok sangat ada orang kuat CG di Semenanjung. Senang warga CG nak singgah di rumah kawan-kawan kalau bergerak out-station. Agaknya kalau ada jambatan ke Pulau Birneo, ramailah sikit tetamu kami. Setakat ini, baru Hanif, Pak Lah, Ani, Mariam, Roslee dan Yusof yang sudah berpeluang bertandang ke KK. Yang lain tu, cari-carilah peluang. Yang buat 'spoil' sikit, surcharge minyak dah nak naik lagi pula dalam masa terdekat. Untuk family besar, kos jadi semakin tinggi pulak.
Pengalaman PTK tu kami berdua tumpang dengar ajalah cos Jafri mungkin tahun depan baru berkursus. Sampai masa nanti, bolehlah minta tips.
Oklah , ini sekadar 'filling you people up on the not so-exciting things happening in our lives'. Kepada semua, have a fun-filled and enjoyable time with your family this weekend.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan