Assalamualaikum dan salam hari lahir buat diriku sendiri
Jazakumullah khairan jaza' buat cek nani dan cek aza, hangpalah orang terawal memberi ucapan selamat..hadiah untukku ada dak? untuk semua rakyat jelata hamba, sempena hari lahirku, maka sekaliannya diberi cuti pada hari esok dan lusa adanya..
Hari ini umur bertambah..alhamdulillah sudah 43 tahun Allah izin mengecapi nikmat-Nya:
~ nikmat Islam Iman dan Ihsan..bernafas..menyedut udara-Nya..melihat alam..dan bersembang dengan kekawan..tak terucap rasa syukur..
dan hari ini ingin sekali ana berkongsi rasa bersama sahabat-sahabat yang dikasihi..
Hari ini, hasil muhasabah diri, maka inilah rumusannya:
~bertambah usia bermakna berkurangnya usia kehidupan di alam fana ini..
~bertambah usia bermakna semakin hampir menuju pintu kehidupan yang abadi..
~bertambah usia bermakna diri semakin tua bersama tuanya usia dunia ini..
~bertambah usia bermakna mesti bersiap-siap..siapkan bekal..bekal untuk kehidupan hakiki!
~bertambah usia bermakna bertambah ilmu, bertambah amal, bertambah iman,bertambah
ihsan..
MAKNANYA HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM DAN ESOK LEBIH
BAIK DARIPADA HARI INI.
sekian adanya coretan hamba. Salam ukhwah buat semua.
wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan