Assalamualaikum,
Eeeh, terliurlah dengar cerita CTKT makan soto di Kajang. Nak berpantun memang saya tak reti tapi nak jugaklah kami merasa satu lagi resepi dari air tangan Sari bila berkesempatan nanti. Bukannya apa, makan di kedai tu lain, ni makanan yang disediakan dengan penuh kasih sayang seorang rakan yang sentiasa bersungguh-sungguh meraikan tetamu yang berpeluang mengunjungi mereka sekeluarga. Tabikkk kat Sari.
To CTKT, no problem kalau nakke KK. Bagitau aja bila, boleh saya usahakan booking tempat tinggal yang sesuai, cari kereta sewa, bawa shopping kat syurga kaum wanita - Pasar Kraf tangan KK dsb, Insya Allah! Cuma, jenis kediaman kami hanyalah rumah teres 2-tingkat yang dah boleh mengundi!! Apapun, tetamu sentiasa dialu-alukan. Kami dijadualkan terbang ke KL pada 10 Disember nanti so kalau dapat aturkan, datanglah sebelum kami berlepas.
Nani, turns out I'm not the only one with eye sight problems... sign of maturity. Yalah, kita kena terima yang kita ni dah mula merasai the effects of physical ageing! Tentang minda tu, boleh tahan juga masih so sementara masih kuat, kenalah menikmati kehidupan bersama-sama mereka yang tersayang... keluarga dan sahabat-handai.
Buat Sari, seronok bukan main apabila saya dapat melihat gambar-gambar Anis bersama Alia, Aisyah dan Aina di rumah Saujana Impian. Zaman kanak-kanak memang seronok... seems so long ago!
So, I guess that's all from me for now. Selamat bertugas!
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan