Assalamualaikum wmt wbt.
Semoga semuanya sihat walafiat dan ceria bahagia nersama keluarga masing-masing.
Maaflah, nampak gayanya akak terpaksa terus menyibuk dan melaser untuk memastikan blog ni terus hidup. Nak buat camno, jangan marah ye...
Pertamanya akak banggalah jugak dengan diri akak ni (taklah sampai riak). Apa taknya pendekar Muamalat akhirnya muncul di gelanggang kerana kelaseran akak . Bukankah ini menjadi bukti yang kelaseran akak ni ada faedahnya, sekurang-kurangnya kepedasannya membuatkan sang pendekar tidak mampu lagi menyembunyikan diri di pertapaan. Muncul jua akhirnya di gelanggang! Tapi sedihnya dihujung tinta pendekar terselit kata "jumpa lagi di lain siaran tahun depan". Hai nampak gayanya 2009 lah pulak baru jumpa. Tak pelah, nak buat camana, SUKMA pun 2 tahun sekali kan? Okaylah tu...
Akak agaknya masih tidak cukup laser untuk mengeluarkan pendekar BBB dari pertapaannnya. tak apa, kita tunggu, jika muncul nanti akak buatkan pulut kuning telur merah maya untuk meraikannya. Tak taulah kot nak ikut pusingan piala dunia kot, kalau tak salah akak, 4 tahun sekali kan? Tunggu........................
Rupanya Mas Aji kita sibuk menyediakan esei PTKnya, maka lama dia tidak muncul di blog. Baru ketahuan. Mas Aji kita akan berkursus mulai Sabtu ni di Melaka katanya. Selamat berjuang dan semoga dapat meruntuhkan tembok kejuaraan akak....Akak tak jeles malahan mendoakan Mas Aji akan dapat 4-4 nanti. Che Eda pun tengah pening dok nak menyiapkan eseinya untuk dipersembahkan pada 5 Julai nanti. Semoga Che Eda jua selamat berjuang dan memperolehi keputusan yang cemerlang. Amin Ya Rabbal Alamin. (Maaf ye Jah, cite pasal gomen lagi, apo nak di kato, kalu dah gomen tu, gomen jugaklah...)
Bakal Hajjah kita, Mak Daro Anak Limo dah selamat sampai ke tanahair dari Tanah Suci. Berita gumbira yang di bawa balik ialah Mak Daro kata dia nak join kelab akak, dia tak nak bagi baby akak ni the last of the CG's 2nd generation. Dia kata baby dia akan jadi the last. Akak no hal, mari le join. Akak lagi gumbira, (Ampunkan nenek kebayan Tuanku Permaisuri. Akan Nenek ini hanyalah bercanda dengan tuanku, harap nenek ,tiadalah akan murka tuanku akan nenek!) Dah bila mak daro nak share kisah bonar mak daro kat blog ni? Nak jugak nengok gambar-gambar kat Tanah Suci tu. Kalu nak suruh akak buatkan Photo Story, emailkan gambar2 tu pada akak....InsyaAllah, video tu nanti akan muncul di blog ni. Sapa yang kembang hidung? Mak Daro jugak kan?
Okaylah, buat yang suka sekodeng tu, teruskanlah aktiviti anda! Sekodeng pun sekodenglah, janji bahagia. Maklum kalu akak tulis berabuk pun, tak ada siapa nak baca tak galamor jugak kan?
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan