asalamualaikum
Sekadar mengubah cerita. Untuk menghidu deria rasa yang terbabit. Tapi belum ada aromanya. alkisah si afidah telah membuka cerita yang telah lama dia simpan. Hanya tunggu gerangan orangnya menyahut cerita. Nantilah suatu hari nanti. Sebab banyak kisah terungkai katanya.
Saspen je, tidak merapu.
Apa yang dilaporkan adalah persembahan kumpulan. Dan mendapat markah tertinggi kerana kreativiti. Itu saja. Tidak terjejas minda dan fizikal. Lawan tetap lawan.
Tinggalkan hal itu.
Moga cepat sembuh anakanda CG dan bersabar bondanya. Cubaan Allah adalah untuk mempahalakan hambanya. Dugaan, cubaan, ujian dan sewaktu dengannya jika redha besar pahala. Tapi manusia sering lupa dan alpa pada nikmatnya.
Bersabar dan berdoa wahai hamba Tuhan, Eda.
Minggu ini agak sibuk, meraikan persaraan Tuan Pengarah IPG. Dan rezeki hamba , APC terpilih jua bersama teman yang lain. Syukur alhamdulillah.
Dan mungkin juga sudah tertulis, KUP 48 menunggu nanti. Lulus PTK, hakiki gamaknya.
Tidak minta, datang terima.
ok, bersambung cerita....................SYARIFAH AFIDAH .................tunggu respon cg yang berkaitan. hehe eheheh hehheh
Wasalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan