Sabtu, 7 Jun 2008

Hilang Bukan Ghaib, Muncul Tak Semestinya Ada!!!

Assalamualaikum!
Pendekar terbilang tidak menguji sebarang gelanggang.
Pendeta tersohor tidak bermadah sebarang bicara.
Tinta emas tidak terpercik dan jatuh mengukir makna pada sebarang coret.
Biar sarat dan ranum buah fikir, barulah bicara muncul dan menjelma.
Perkasa, kukuh dan matangnya jalinan persahabatan tidak diukur dan disukat dengan coretan semata-mata.
Hati budi, ramah mesra, pahit manis yang kukuh teranyam lebih dua dekad menjadi bukti dan saksi bahawa ukhwah persahabatan tahan diuji,tak luntur dek hujan semusim dan tak lekang dek kemarau sezaman.
Jika jauhari bisa mengenal manikam berkilauan tentulah tohmahan bahawa nakhoda terlupa daratan tidak bercambah menjadi tohmahan.
Pendekar bertiga bukan mabuk dan leka dilambung ombak jawatan dan lautan keduniaan sehingga memudarkan nostalgia dan keluhuran persahabatan, cuma sebagai pendekar kami lebih bijak bermain senjata daripada bermain kata-kata seperti yang lainnya.
Percayalah hilang bukannya ghaib, muncul tak semestinya ada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tiada ulasan: