Ahad, 8 Jun 2008

Aduh bisanya...................

Assalamualaikum wmt wbt,

Akak baru balik dari Melaka/Segamat malam tadi, 11 lebih sampai. Ngantuk, penat, letih, segala2nya ade! Tapi rindu kat blog sebab lama sangat dah rasanya dok buka mengatasi segala2nya, hilang sekejap penat letih tu, pagi2 buta ni akak terus buka.

Aduh bisanya tikaman kata nun pendekar dari negeri di bawah bayu. Tapi mintak maaflah akak ni tak pandai bermain kata, bermadah seloka. Tapi bukan bermakna akak tak sayangkan bahasa........Arakian mengambil masa lah akan akak yang tidak berapa pandai berbahasa ni nak menyurati bahasa tuan pendekar yang terlalu tinggi kelasnya. Walau bagaimanapun selepas menukar cermin mata dengan power yang lebih tinggi dan dengan kamus Tun Seri lanang di sebelah, akak duduk mengertilah akan butir bicaranya... Bagus benarlah kalau apa yang dikatakan oleh tuan pendekar itu, amatlah gumbiralah akak mendengarnya yang tuan pendekar masih tidak lupa akan rebannya dan sahabat2 seCHICKENnya. Akan pendekar Muamalat dan pendekar BBB tu apa pulak madah bicaranya?

Chek Eda oi, nak hadiah jugak? Tak apa, dengo cerita surat panggilan kursus 44 dah ada kat meja pejabat tu. Soalannya pun akak dah tau, nanti bawaklah hati kuman sedulang dengan hati nyamuk setempayan datang berguru dengan akak yang dah dapat 4-4 ni.....Public speaking kalu nok mintak tr husna buatkan, tentu lebih kelas dan berabuk....

Akak pegi Melaka dan Segamat tu belumlah lagi dapat merasa asam pedas dan sambal gorengnya sari oi, yang dapat menyedut siputnya sahaja. Seronok tak terkira sampai break first kemarin pun menyedut. Begitulah ceritanya. Kotlah bulan 8 nanti kalau pegi ke kolompo hajat akak nak makan asam pedas dan sambal goreng tu tercapai....

Eh, mana ha pergi Mas Aji kita, menuntut ilmu kat gunung mana pulok ni, senyap je..

Okaylah, akak nak sambung tidurlah pulak sekejap sebelum anak2 bangun dan mintak makan. Selamat bersekolahlah semuanya cikgu2 anak beranak dan kalu bukan cikgupun, selamat menguruskan anak2 dan anak buah bersekolah semula.....

Wassalam.

Tiada ulasan: