Assalamualaikum wmt wbt.
1. Untuk makluman semua kerabat CG, anakanda Che Eda, Aina kini berada di HSNZ. Telah selamat menjalani pembedahan appendix. Che eda telah mengambil cuti 1 minggu untuk menjaga puterinya. Semoga cepat sembuh dan banyakkan bersabar di atas ujian yang menimpa. Sama-samalah kita doakan kesejahteraan kedua beranak ini.
2. Response sikit pasal re-union tu. Akak ni tak tahulah nak kata boleh join ke tidak sebab tak tahu dalam tarikh yang diberi tu masih habis berpantang atau tidak. Satu lagi halangan, mungkin pada tarikh 26/12 ke atas akan diadakan mesyuarat guru pertama tahun 2009, pendaftaran pelajar, mesyuarat itu, mesyuarat inilah. Untuk makluman non-gomen members, kami cg2 di Ganu ni, begitulah keadaannya selepas cuti Krismas. Jadi tarikh tu kuranglah sedikit sesuainya.
3. Ulasan sambil berlari di atas catatan putera Adam di atas. Hai, akak tak tahulah bro kita ni, 8 hari je kena PTK, itupun dengar cerita sempat balik , bukannya berkurung terus di hotel penginapan 8 hari berturut-turut (macam akak dulu, mak daro pun samo!), terus dah kepeningan, cakap pun merapu-rapu. Apahal ni? Mengalahkan orang kena tahanan ISA pulak. Jadi oleh yang demikian, moral daripada cerita ini, PTL patut dihapuskan sebelum golongan yang sewaktu dengan Mas Aji kita tu terus kepeningan bukan lagi lalat bahkan nyamuk adanya! Siapakah gerangan agaknya Syarifah Afidah tu? Bermimpi ke apa Mas Aji ni?
4. Mak daro bila nak cerita kisah benar di bumi Anbia tu? Hai, sibuknya cikgu kita sorang ni, mengalahkan tuan Meneja dan Tuan dan Puan Executive lak ya!
5. Sekian sahaja, bertemu lagi di lain siaran ( tapi doklah tahun depan macam Tuan Meneja kita !)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan