Kota Bahru, Satu demonstrasi membantah PTK telah diadakan dengan puluhan pegawai kerajaan terlibat. Menurut kenyataan jurucakap pihak penunjuk perasaan, satu perbincangan dengan kerajaan diadakan selepas itu bagi membantah PTK.
Pihak KPM akur dengan kehendak pihak yang menuntut dan akhirnya kursus PTK selama 8 hari di hotel dimansuhkan dan diganti dengan sistem yang lebih adil menilai kompetensi para pegawai kerajaan terutamanya DG 44.
Dalam perbincangan selama 20 minit antara wakil pegawai Dg 44 dengan pihak kerajaan, beberapa kata putus telah diambil. Antaranya kos kewangan antara RM 7 hingga RM10 juta ringgit yang dibelanjakan semasa kursus 8 hari disalurkan dalam bentuk latihan kompetensi kepada pegawai terlibat. Antaranya kursus ICT, perancangan dan kemahiran tertentu termasuklah public speaking. Kelemahan ketara yang dikesani semsa kursus 8 hari adalah public reading menggantikan public speaking.
Rundingan tersebut berjaya ditamatkan mengikut masa dan keputusannya adalah membangggakan.
Dalam masa yang sama, satu kejadian yang tidak dijangka telah berlaku, dengan nama Sharifah Afidah muncul di tengah-tengah kemeriahan blog CG. Menurut sumber yang namanya dirahsiakan, terdapat beberapa ahli CG yang terlibat dengan nama tersebut. Siasatan lanjut sedang dijalankan.
Mengikut berita kaki dari tempat kejadian, di Hotel Pacific, semua kes PTK telah ditamatkan dengan jayanya dengan pegawai lelaki siap-siap balik dan wanitanya balik-balik siap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan