Saya pun seronok jumpa Sari dan keluarga. Rosli ramah orangnya. Memang boleh masuk group CG. Anak2 come2 belaka. Terkejut beruk saya tengok Kajang dan Bangi dah pesat mcm tu. Maklum dah dekat 20 tahun tinggalkan UKM. Mula2 ingat nak bawa kawan2 USM ronda Bangi dan Kajang, kononnya mcm pandai. Sekali tengok, mak oi tak berani la saya. Kempunan la nak makan sate kajang. Nak makan kat hotel mahal sangat. Sedozen RM38. Tapi dapat makan soto Sari lupa sate kajang. Fulamak memang sedap gila. Akak Nani dan yang seangkatan dgnnya jangan la meleleh air liur pulak. Kesedapannya terbukti sampai kawan2 minta resepi. Boleh ke kami dapatkan resepinya puan Sari?
Jeff dan Husna! Geng USM saya ada la dok merancang (lama dah merancang tapi tak jadi2) nak pi KK cuti sekolah bulan 12. Kalau jadi insyaallah boleh la saya pi berkunjung ke banglo puan ya.
Geng2 cikgu oi! Apa la yang dok pulun PTK tu lagi. Tahun depan dah tak pakai dah PTK tu. Kementerian dah setuju nak pakai CPD model USM. Kalau nak skor point bayar je pengkeras kat saya. Jamin dapat aras 4. he he
Hanif! No halnya. Boleh je nak tolong. Tapi bidang tu lari la dari bidang saya. Hanif Komunikasi, saya Linguistik Berkomputer. Apa2 pun tahniah kerana meneruskan pengajian hingga PHD.
Ok. Jumpa lagi. Kalau mai Penang atau Kedah, calling calling la (pinjam verse Sari). Boleh makan mee mamak dan mee udang (order kat kedai la), laksa Kedah (rasanya ingat lagi kot resepinya kalau nak masak sendiri).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan