Salam buat semua. Salam sayang, salam rindu salam nak bertamu juga mungkin nak bertemu. Bila?Mak cikpun nak masuk geng sekodeng gak ni.Tak da cerita. Tuan-tuan puan-puan cerita dahsyat weh! APC (dah rasa dapat sekali cukup dan syukur), KUP tak le, rasa macam tak layak nak isi borang GC. PTK rasa sekali gak anjakan. Le ning tunggu offer letter 44 je. Cikgu baru jadi cikgukan. Mana nak kejar 48. Apapun kalu dapat arrears 44, moh Kajang pekena sate Kajang. Amacam Tuan Haji boleh join ka?Jah tak usah pening, cakap orang gomen gitule. Memang tugas satu ibadah seperti kata Imam Al Ghazali atau ikut Mazhab Shafie. Tapi imbuhannya anggap sebagai hasil untuk sara hidup. InsyaAllah berkat gitu. Tambah-tambah zaman serba serbi yang mencanak naik ni. Berhemah dan berjimat bukankah sunnah rasul.
Cerita pasal berhemah dan berjimat ni ada hikmahnya. Sesekali tersedak buat kita tersedar. Dunia pantas bergerak. Segalanya jadikan kita peka (maaf bukan pekak buah pelaga). Tambah yang punya rakyat ramai macam kita-kita ni yea. Tapi dapur maintain berasap. Keperluan isi perut tak boleh catu. Lain tak pa. Tak gitu Akak Nani?
Pasal reunion, Mak Cik seronok juga. Memang nak join. Cuma masalahnya pada tarikh termaktub dah termaktub dalam Takwim sekolah mesyuarat. Apa kata kita tunda tahun depan Jun 08 ke. Masa tu anak buah dah besar sikit, so boleh mai dari Ganu. Mak cik - mak cik yang dah lama tak ada anak kecil ni boleh gilir jadi nanny.Meriahnya!
Panjang celoteh, janji nak coret sikit je. Sekadar menyibuk gitu. Buat Amal kalau ke Bangi singgahle rumah Mak Ngah Sari. Nak juga dengar cerita-ceriti buat azimat adik-adik sini.Yealah asyik main dan leka manjang. Ok jaga kesihatan semua baik maknya, paknya tambah lagi anak-anak. Buat CTKT resipi Soto InsyaAllah akan menyusul nanti. Basicnya campak-campak dan rasa sesedap rasa. Jangan marah... wassallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan