Memaparkan catatan dengan label Akak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akak. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mac 2009

Penyajak ,Bersajak, Menyajak

Assalamualaikum wmt, wbt

Maaflah, akak berprosa saja, tidak pandai berpuisi
Takut silap berpuisi dan berbasa basi,
Yang tersirat silap disuratkan
Yang terang menjadi gelap
Yang gelap bertambah kelam

Tahniah buat anakanda Fahim dan anakanda Aiman
di atas keputusan SPM yang bakal melayakkan anakanda bergelar
mahasiswa tidak lama lagi
Alhamdulillah, segala penat lelah telaah berhasil
namun, perjuangan belum selesai,
teruskan kecemerlanganmu di universiti nanti
Tahniah jua buat mak-mak dan paknya.
Kalau tak silap anakanda Pak Lah pun ada yang ambik SPM tahun ni kan?
Apakhabar resultnya?

Dr Azah sedang dilambung ombak ke? Senyap sunyi je! Orang Ganu kata, morning sickness tu mabuk darat!

Cik Jah kita camana? skodeng Jah jangan tak skodeng..

Wassalam

Isnin, 5 Januari 2009

Better Late Than Never

Assalamualaikum wmt.wbt

*****Better late than never - frasa yang cukup popular sekitar tahun 1985 , Julai - November, kelas Mrs Harriet Wong > Siapa yang cukup suka menggunakannya? Sendiri mau ingat lah....

*****Akak saja meminjam frasa hikmat itu untuk tulisan akak kali ini untuk mengucapkan TRIILION-an terima kasih kepada penganjur zon tengah (walaupun dah sangat terlambat tapi lebih baik klan daripada tak ucap langsung) yang telah berjaya menganjurkan majlis reunion kali ini dengan penuh jayanya...., makanan dan layanannya fantastik, bombastik dan chopstik... siap dengan cenderahatinya sekali..

*****Akak setuju juga dengan Sari, tak puas sembang, terasa masa terlalu singkat. lagi pulak malam, anak-anak mengantuk dan nak cepat balik. Kalaub siang mungkin lebih panjang boleh sembang. So 3rd reunion nati, kalau zon utara pulak seronok tu...harap-harap siang hari dan ada aktiviti untuk anak2 supaya mak-mak dan pak2 boleh sembang panjang..Satu hal, akak tengok janji Pak Lah, Jaf dan hanif masa 1st RU dulu nak cuba rampingkan pinggang ke 32 inci sahaja tidak tertunai....masih membesar bagai JOHAN

*****Selamat berangkat buat Tn Hanif sekeluarga, tentu kunjungan ke Bumi Anbia kali ini akan lebih bermakna dengan kehadiran semua anak-anak bersama.

*****Kepada anak-anak buah yang sudah mendapat result baik UPSR mahupun PMR, Tahniah diucapkan ...teruskan perjuangan di T4 atau T1 ......Perjuangan belum selesai..

*****Mas Aji tentunya sangat sibuk hingga belum sempat upload gambar2 sekitar Reunion.......tak dapeklah akak nak menjelouskan Mak Daro...

*****Akak mungkin tak dapat menulis sekerap dulu...harap-harap yang lain teruskan blogging untuk meriahkan blog kita...

*****Wassalam

Jumaat, 12 Disember 2008

Tak Sampai Hajat...

Assalamualaikum wmt. wbt

1. Terima kasih banyak-banyak kepada penganjur reunion kerana akhirnya dapat memilih tempat untuk majlis reunion kita . Tapi tak sampai hajatlah nampaknya nak berkunjung ke villa Tn.Hanif yang dah masuk majalah tu kali ni. Tak pe, lain kali insyaallah pasti sampai. Tapi akak tak kisahlah sebab yang penting kita seme dapat berkumpul ramai-ramai. Kat mana tempatnya tak kisahlah. Restoren pun restorenlah.

2. Cuma satu je, boleh ke kita sembang lama-lama kat situ,tak mengganggu ke orang lain? Maklumlah,. suku-sakat kita kan ramai, akak saja dah satu kapal (bil : 2+6+1) Riuh rendah rasanya nanti. Silap2 pecah restoren tu nanti..

3. Akak cadangkan kita jumpa sianglah, tengahari ke, petang ke. Tak kisahlah, janji bukan malam. Maklum, ada baby dan anak-anak kecik ni susah sikit nak keluar malam-malam..

4. Sekali lagi, besarlah harapan akak agar semua dapat hadir...

Wassalam...

Khamis, 11 Disember 2008

Apa lagi, reunionlah...

Assalamualaikum wmt wbt

1. Akak memang sangat tertunggu-tunggu dengan ketibaan tarikh keramat 25.12.2008. Akak doakan semoga akak sekeluarga diberi Allah kesihatan dan kelapangan pada tarikh itu. Memang excited sangat nak join reunion tu.

2. So akak doakan jugak untuk kengkawan semua dan keluarga masing2 diberi kesihatan dan kelapangan supaya dapat join reunion tu jugak.

3. Jadi akak harap sangat semuanya akan dapat datang masa reunion nanti walaupun sedih jugak che Eda dan anak-anak tak dapat join.

4. Tak kiralah tempatnya di mana, tapi confirmlah awal sikit. Akak akan ke Gua Musang dulu pada 18.12.08 dan 20.12.08 akan bertolak ke KL dari sana.

5. InsyaAllah kita jumpa nanti. Wassalam

Ahad, 2 November 2008

Sidang Blog Rasmi Kelahiran Putera Bongsu

Assalamualaikum wmt. wbt.





1. Dengan rasminya Akak ingin mengumumkan kelahiran putera terakhir generasi ke dua CG. (Terima kasih kepada wartawan tidak rasmi TVCG yang bersusah payah mendahului untuk mengumumkan. Akak tahu, tiada lain di fikirannya melainkan terlalu gumbira dengan berita ini dan mahu dikongsi dengan seluruh pak-pak dan mak-mak menakan)





2. Inilah orangnya...



3. Butiran lanjut kelahirannya : Tarikh : 30Oktober (Khamis) , tepat jam 11.02 malam. Berat : 4.27kg. Panjang 51cm. Rekod hospital kelahiran paling berat pada hari tersebut. Ni menurun daripada pak-pak menakan yang se'SLIM' dengannyalah tu. Idak pun ikut mak-mak menakan yang sewaktu dengannyalah tu...paling sah ialah mak menakan yang satu sekolah dengan mamanya....Ya Ampun...Alhamdulillah bersalin normal dan sakit pun sekejap je. terima kasih atas doa kalian semua.

4. So macam mana? Ada yang nak sponsor majlis potong jambulnya? Tidak pun ada yang jeles dan nak cabar supaya baby akak ni tak jadi yang last? Akak alu-alukan...sahutlah cabaran ini..

5. Nama? Yang pastinya Muhammad....sambungannya masih akak dan ayohnya serta abang2 kakak2nya dok fikirkan. Ada cadangan daripada pak2 dan mak2 menakan?

6. Sehubungan itu, akak mohon maaflah kepada yang sms tanya (esp.Mak Daro) , akak tak kabo awal-awal , sebab akak pegang pada kata Chek Eda,apa-apa berita rujuk pada blog....

7. Sekarang ni akak dah selamat balik ke rumah, alhamdulillah kami berdua sihat.

8. Sekian adanya....

9. Wassalam


Jumaat, 24 Oktober 2008

Assalamualaikumwmt.wbt.

1. Makluman pertama: Bagi yang dah tau tapi terlupa atau tak perasan makluman yang telah dihantar, dan yang memang masih tak tau, no hotline akak sekarang ialah 0139432934. No lama tu dah tinggal kenangan. So bagi sesiapa yang nak tahniah pada akak nanti, silalah maklum dengan no baru tu.

2. Jawapan kepada soalan mak daro, tempat shopping murah di negeri cantik, budaya menarik dan orang baik ni, sebeno-benonya akak sebagai salah seorang orang baik itu pun kuranglah sangat arifnya tentang hal yang berkenaan. Iyolah mak daro oi, dek kerana baik itulah, akak jarang bershopping kerana shopping mopping ni hanya membazirkan duit sajo. Tapi akak dengo-dengo kalu nak tudung tu di Desa Murni, kedainya di Batu Enam dan di Pengasdang Baru (jalan nak gi rumah akak). Tapi ada pulak kata kualitinya tak bagus sangat. Barang-barang lain di Pasar Payanglah dan di bazar di sekitarnya. Sebenornya,kalu di PP atau di bazar tu, kenalah ada kemahiran 4 4 dalam urusan tawar menawar,kalu dok, mahallah harganya....

3. Soalan akak, beria tanya tu, bila nak mari? Rombongan Mak cik Kiah ke Tok Cik Kiah ke atau anak cik Kiah?

4. Chek Eda? memamg sibuk benar, sampai akak yang satu sekolah ni pun kekadang tak jumpa...begitulah keadaaannya....

5. Mas AJi,round Malaya nampak,bila nak singgah Padang Midin, ilmu ICt tu nak jugak dipelajari...

6. Wasallam. Insyaallah 1 Nov depan akan lahirlah putera cg terakhir bagi generasi kedua.

Khamis, 9 Oktober 2008

Salam Lebaran, Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum wmt. wbt

Semoga semuanya sihat sejahtera.

Raya dah masuk 9 hari,hari ini. Bermakna 9 hari jugaklah akak dah masuk ke angka 43. Jangan tak tau, 1 Okt ari tu dalah jugak tarikh akak mengenal dunia. Jadi tahun ni raya bergandalah, apa taknya,seluruh nusantara menyambut ulang tahun kelahiran akak . Kuih-kuih banyak lagi dalam bekas kat atas meja tu. Maklum,tahun ni akak cuma buka tingkap je, tak buka pintu macam-macam tahun-tahun lepas. Kalau tahun lepas masa ni dah tinggal serdak. Walaupun tak buka pintu, ada juga yang berkunjung. Jiran @ kengkawan akak yang sorang nun di seberang jalan , yang cun melecun tu tak datang pun rumah akak. Tiga hari ke sekolah pun akak tak dapat jumpa dia. Sibuk sungguh kengkawan yang sorang tu! Tak apalah...Dalam dok kuih raya yang masih penuh balang, macam biasalah, duit raya dah tinggal serdak...Tak ada ke yang sudi nak bagi duit raya kat akak ni?

Bak kato mak daro, akak ni dok menghitung hari lah sekarang ni, entah esok, entah lusa, entah bulan depan. Kalau diikutkan tak larat badan ni, rasa biarlah kalau nak bersalin sekarangpun. Tapi bila mengenangkan gaji yang kena dipulangkan, tak palah lambat sikit pun. Maklumlah kalau tak cuti, mahu sesak nafas akak nak memulangkan balik gaji ke gomen. Apapun, tolonglah doakan yang terbaikbuat diri akak ni..

Okaylah, kalau terdatang ke "negeri cantik budaya menarik orang baik' ini musim cuti sekolah ni, jemputlah semua kerumah akak...Terima kasihlah kepada semua yang telah menghantar sms raya (akak sends kepada semua,tapi ada yang tak membalasnya,tak terima ke?) terutamanya sms mak daro yang paling sentimental dan penuh kesyahduan... Kepada anak buah yang bakal menduduki PMR tahun depan Mak Ngah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dengan tenang dan semoga apa yang diusahakan selama ini diberkati...Mak bapak nya pulak janganlah terlalu sejuk kaki tangan anak nak periksa.

Wassalam

Sabtu, 14 Jun 2008

Nak Mengada Sikit Je........

Assalamualaikum,

Mas Aji, thank you. Dalam sibuk dok sediakan esei, dan jugak godek blog.
Slide tu buat akan menitik air mata sayu,
Apa dok nya, ingatkan tahun ni dapat bertamu...
Kuasa Allah mengatasi segala-galanya...

Namun,
apa pasai hang pi tukaq jadi warna biru?
Sakit matalah, mata akak ni dah lah rabun, tak berapa nak terang,
kalu warna hijau kan cantik,
sejuk mata mandang....
baik tukaq balik lepaih abih kursus PTK nanti
kalau dok akak tak nak menulis lagi...

Bye....

Khamis, 5 Jun 2008

selamat harijadi eda


semoga Allah mengurniakanmu
kebahagiaan hidup yang hakiki,
dunia dan akhirat

Rabu, 4 Jun 2008

Tak Puas Hati Tu............

Assalamualaikum wmt wbt,

Semoga semuanya di bawah rahmat dan barakah Allah.

Akak betul-betul tak puas hati dengan 2 big guys tu, amboi, bos-bos ni main pakai PA je, tak kan dah tak teringin nak menulis sendiri kot? Nak juga kitorang baca hasil tangan tuan empunya badan sendiri. taulah tuan meneje ada PA tapi tu kan untuk ofis work je, untuk blog ni mana aci pakai PA. tak ori lah. Akak rasa tentu yang lain setuju sesangat dengan akak betul tak?

Kitorang masih menunggu tinta emas dr tuan berdua dan jugak daripada sorang lagi yang masih tenggelam, tak nak timbul2 jugak ke lagi? Tak teringin ke nak join?

Azah, mana pi? sengap je, ke maarah kat eda sebab dah conquer blog?

Ni nak tunggu khurma dan air zam-zam daripada mak daro je..............Sari, telur pindang aci dok courier sekali dengan asam pedas dan sambal goreng? Sedap tu............................

Wassalam

Selasa, 27 Mei 2008

Cuti Yang Tak Cuti......

Assalamualaikum wmt, wbt.

Didoakan semuanya sihat. Alhamdulillah, akak pun sihat dah, dah abih dah pening. La ni dok melayan selera makan untuk memastikan badan membesar bagai JOHAN, nak mengalahkan mak daro, chek eda dan makcik sari...he, he, he. Nak buat camno, gi cek doktor, asyik hb rendah je, so dr suruh makan banyak2, akan terpaksalah ikut demi kesihatan akak dan 'virus yang makin membesar' bak kata Mas Aji.

Alhamdulillah, akak rasa gumbira yang teramat sangat kerna akhirnya, yang tenggelam dah timbul , yang hilang dah muncul, cikgu kita nun di bawah bayu akhirnya dapat jua masuk dan mencoret sesuatu di blog. Terima kasihlah kerana sentiasa berusaha untuk menjengah blog walaupun tidak berjaya sebelumnya. Benarlah pepatah petitih, kalau dah menyeluk pekasam hingga ke pangkal lengan tu lambat laun dapatlah jua ikan pekasam yang dikehendaki, biarpun sesudah peluh masam menambahkan lagi kemasinan pekasam itu adanya...

Akan saudara kita berdua itu, tak ketahuanlah samada pernah cuba menyeluk pekasam ke tidak, kalu cuba dan tak dapat tu, carilah talian hayat, ramai yang akan membantu. Cuma akak bimbang, tak pernah dijengahlah blog kita ini akan adanya.....sudah lupakah kalian janji yang kita sama-sama meterai dulu?

Mak daro dok menunggu hari nak berangkat dengan puteri bongsu. Mudahan akan termakbullah hajat untuk menjejakkan kaki ke bumi anbia, mengelilingi Baitullah dan mengucup Hajarul Aswad yang mulia, kemudian mengunjungi Raudhah dan memanjatkan doa. Sampaikan salam kami sekeluarga di sini kepada Rasulullah dan selitkan juo doa kami dicelah bait-bait doa yang dipanjatkan ya! Mudahan kita semua akan sentiasa mendapat keampunan, kebahagiaan, kerahmatan dariNya dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal Alamin.

Reunion...kalu disember, akak memang sah tak boleh join, belayar kapal masa tu . Apapun, kalau semuanya boleh berkumpul, biarlah akak di sini seronok membaca catatan dan menatap gambar2 kenangannya di blog ini. Teruskanlah dengan reunion tu! Plan dari sekaranglah supaya koman2 dapat buat kat 6* hotel, kat Palace of the Golden Horses gitu!

Azah tak gi mana2 ke cuti sekolah ni? Ke sibuk kumpul 30 point untuk jadi prof madya ke, prof ke, asal jangan prof maknyah udah le. Cik Jah kita tau dah, sibuklah katakan, satu lagi tak puas lagilah tu sekodeng hak orang, akak harap nanti dah puas sekodeng, Jah akan tampil dengan satu muka surat penuh coretan. Ha tua, jangan yang lain pengsan udahle! Mak cik Sari ada kat Kajang ke kat Johor dah ni? Teringinlah pulak nak makan sambal tempe dan asam pedas tapi taklah sampai meleleh ayaq liuq.

Okay, macam tajuk akak, cuti yang tak cuti, kertas peksa melambak tak siap, kenduri kawin ari-ari nak kena rai......

Wasallam.

Sabtu, 10 Mei 2008

Ni dia videonya..................

Jeng...Jeng...Jeng

Assalamualaikum wmt. wbt.

Terlebih dahulu akak nak mintak maaf, akak yang cadangkan reunion tu pada 26/27/5 tapi nampaknya akak yang terlebih dahulu terpaksa menarik diri disebabkan hal yang memang tidak dapat dielakkan. Sorry ye.....

Ni video kat bawah ni hasil kerja akak pergi kursus PhotoStory3 kat sekolah tadi. Tatapilah. Kalau ada sebarang tempahan untuk buat sempena majlis ulang tahun ke, majlis kahwin kali ke seterusnya....bolehlah hubungi akak ye...

Jumaat, 9 Mei 2008

Reunion? Seronoknya.................

Assalamualaikum wmt.wbt.,

Alhamdulillah, akak rasa gembira sangat dengan perkembangan terbaru blog sekarang. Masing-masing dah seronok menulis jadi blog dah meriah. Macam tu lah...Cek Eda kite, wah bukan main lagi la ni na, conquer abih, tapi tak pe, baguslah tu. Yelah, nak harapkan para executive dan manager kita serta orang jauh nun di bawah bayu, ai entahlah, tunggu akak dapat baby kot baru nak masuk...

Reunion? Seronok tak terkira! Dengar dan tengok perkataan tu saja dah terbayang-bayang kemeriahannya. Apatah lagi dengan gambaran sejarah silam yang dipaparkan oleh azah tu. Tapi macam yang akak dah cakap dengan cek eda kita, cuti sekolah ni penuh dengan kenduri kendara anak beranak. Nak tinggal tak sampai ati...Tengoklah nanti akak cuba berunding dengan room mate. Tapi yang lain tu macam mana? Kot dah terikat dengan program yang telah lama diatur. Lagi lak Mak Daro dan puteri bongsu tak ada, nak ke Mekah. Kalu jadi akak rasa tarikh terbaik (akak freelah tu dan sempat dengan mak daro!!) ialah 26-27/5. kalu lepah tu, dah tak boleh. Akak setuju dengan cadangan di Bangi tu!

Buat Mak Daro, semoga mizah selamat sejahtera an banyak bersabar dengan dugaan yang dilalui. Selamat berangkat ke Tanah Suci, semoga tahun depan kita sama-sama dapat menjejak kaki kembali ke sana. Amin Ya Rabbal Alamin.

Pakat-pakatlah confirmkan ya, nanti senang akak nak arrangekan. Masa ah tak lama ni.
Okaylah, akak tunggu perkembangan berikutnya......Wassalam

Khamis, 24 April 2008

Ehemm..................comelnya!

Assalamualaikum wmt wbt.

Alhamdulillah, akak dah semakin sihat, sikit-sikit je lagi. Makan pun dah berselera sikit. Nak tambah sihat lagi, tunggulah kemunculan mak daro di blog, InsyaAllah , akak akan tambah sihat, bukan apa,bila dah Mak Daro masuk blog, terubatlah rindu dendam akak dengan tulisan mak daro tu. Hilanglah segalo poning dan sakit se!

Azah, thanks, cute nya baby tu, tengok je gambar tu rasa tak sabo-sabo lak nak tunggu bulan November ni. Mintak-mintak puteri bongsu (harap sangat PUTERI, Amin) akak comel lote gitulah.

Azah tau tak, rupanya ramainya kecik ati dengan Azah kerana menujukan gambar tu untuk akak saja. Dengar khabar, Mak Daro, Mak Cik Sari malahan Mas Aji pun, meleleh air mata sedih kerana tak menujukan jugak gambar tu kat diorang jugak kerana iorang pun sangatlah berharap ditambahkurniakan baby comel gitu jugak. Nak2 mak aro yang dah pencen hampir 14 tahun lamanya tu, haraaaaaap sangat terkena jugak virus macam akak ni. Tu belum lagi Cik Jah kita, Pak Lah, Bos Hanif dan nun di sana di bawah bayu sana nun pun, tergolek2 jugak tu harapkan terkena virus tu...Jadi akak nasihatkan azah, tujukanlah jugak gambar tu kat mike semua. Biar senang hati mike2 tu.

Sari dah masuk blog, Mak Daro masih tak jumpa2 katanya blog (akak dah cakap mintak dia humbankan sajo komputer cap ayam dia tu kek Sg Rantau), Cik Jah tak kan seronok do baca hak orang tulih je, hang bila nak menulis? Nak jugak dengar luahan rasa Cik Jah...tulislah. Eda, dah ada laptop baru tu, cepatlah masuk, jangan dok nyorok lagi, nanti susah nak jumpa.

Okaylah, akak stop dulu, nanti kalu panjang2 mengutuk karang, kkepala akak kena pelangung pulak. Baik akak chow dulu. Wassalam..

Selasa, 15 April 2008

Ada ni......................

Assalamualaikum wmt wbt.

1. Maaf kerana telah lama menyepi diri....tapi jangan kata akak lupa atau alpa, tidak sama sekali.....mana boleh akak lupa akan janji setia yang telah terikrar. Maka inilah akak gagahkan jua untuk mencoret secebis berita biarpun tidak pandai berpuisi bersajak seperti Mas Aji kita apatah lagi nak bersyair dan bergurindam. Akak hanyalah pandai mengarang esei sajalah (Jangan lupa no, PTK dapat 4 4 tau!)

2. Apa khabar semua? Akak tau semuanya InsyaAllah sihat2 belaka, melainkan akak soranglah yang demam belumlah jugak kebah, (asal balik sekolah aje teruslah akan baring , merehatkan kepala dan badan yang tidak bermaya) walaupun pilihanraya dah lama berlalu dan Abang Mad pun dah selamat naik takhta meninggalkan Abang Derih terkulat2 kehampaan. jadi jangan hairan kalau nanti Ulul Albab akan bertukar kepada Ahmad Albab pula. Alah mengarutlah pulak akak ni...

3. Perihal akak ni yang tak kebah2 demamnya....Mas Aji, Mak Cik Sari, Mak Daro, Cek mek molek Eda, semuanya dah tau yang akak ni dah 3 bulan diserang virus yang menumbuhkan lembaga ke 7. Maka virus itu hanya akan hilang selepas 9 purnama dan 10 hari lamanya, dan selepas itu akan kebahlah demam akak ni...Tak taulah akak nak kata, berita gumbira ke berita lawak ke atau berita sedih. Yang jadi tetap jadi.

4. Maka dek kerana diserang virus ini, hajat akak dan teman sebilik nak menurut jejak langkah Mas Aji dan Akak Aji kita tiaklah kesampaian pada tahun ini. Mudahan hajat tu akan kesampaianlah i tahun-tahun mendatang. Sedih jugak akak mengenangkannya, namun akak redha akan ketentuan Yang Maha Kuasa ini.

5. perihal anak-anak kita ini, iyolah kata Mas Aji kita, ngeri mengenangkan kisah si Cerdik Pintar yang akhirnya terjerumus ke lembah yang begitu hina...kemanalah agaknya dihumbankan kebijaksanaan anugerah Allah itu. Begitulah, mudahan anak-anak kita semua dilindungi daripada ujian sedahsyat itu. Mudahan mereka semua sentiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh Yang Maha Esa dan sentiasa beraa dilandasan yang Haq. Amin...

6. Sekian dulu, jummpa lagi ilain ketika, akhirnya doakan semoga akan dikurniakan kesihatan yang sempurna melalui hari-hari yang penuh dengan cabaran ini, almaklum dah masuk 43 tapi masih lagi......

Rabu, 14 November 2007

Selamat Berangkat Wahai Tetamu Allah

Assalamualaikum semua,

Lama ye akak tak masuk blog. Sehari dua ni akak sibuk sikit menyelesaikan kerja-kerja pengurusan sekolah untuk tahun depan. Maklumlah akak ni kan ORANG BESAR kat sekolah ni jadi banyaklah kerja-kerja yang akak kena bereskan sebagai persiapan untuk tahun depan.(AMPUN KAN NENEK GUSTI PERMAISURI BUKIT SIGUNTANG MAHAMERU MAK DARO ANOK LIMO , NENEK PERSANTAN SIKIT!) Satu hal lagi, akak kan akan bertukar ke SMK Padang Midin tahun depan, balik kampung lah kiranya. Seronok tau, balik kampung nanti akak dah tak jadi ORANG BESAR lagi dah , akak kembali jadi orang kocik, bestnya lah rasa, tak dok nok pening kepala lagi...

Berbalik kepada tajuk akak tu, hari ni sahabat kita Pak Lebai , Mak Lebai dan rombongannya akan berangkat ke KL dan esok akan berangkatlah ke Madinah. Alhamdulillah, selamat berangkat dan semoga diberi kesihatan yang sempurna untuk menjalani segala ibadat berkaitan urusan haji dan seterusnya mendapat haji mabrur.
Insyaallah. Akak tertarik dengan idea Pak Lebai untuk satu hari nanti kita reunion di Tanah Suci, mesti perjumpaan kita penuh dengan barakah dan rahmah. Mudahan idea itu direstui Allah dan termakbul satu hari nanti. Panjatkanlah doa di sana nanti wahai Pak Lebai. Insyaallah.

Sekian buat kali ini, marilah kita senua doakan kejayaan anak-anak Cg dalam peperiksaan UPSR yang akan diumumkan esok. Berdebar lah pulak akak ni....

Selasa, 11 September 2007

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum semua,

Semoga semuanya sihat walafiat, daripada ayah hingga ke maknya dan seterusnya anak-anaknya dan juga tok-tok dan nenek-neneknya(jika tinggal bersama) dan yang penting sekali bibik-bibiknya. Eh apa lak akak ni melalut-lalut sampai ke bibik ni? Tak, akak tak melalut, betul kan bibik (sama ada di yang order dari Indon mahupun diri sendiri yang guru/pekerja cum isteri cum ibu cum bibik) tu penting kena selalu sihat, nak-nak bulan puasa ni. Mana taknya, majikan-majikannya kan sentiasa sibuk dan tak sempat nak uruskan tangga-tangga yang berbelas kat rumah tu, jadi bibik lah kena take over! Tak gitu bibik@mak@cikgu SARI?

Wah, mak daro,hebat sekarang ni ye, bukan setakat menulis je, dah pandai dah upload gambar. kang main lagi berposing anak beranak ye? Tunjuk pulak gambar dia yang selim melim. Mana gambar ke dua yang suruh kami tengoktu, akak tengok satu jo gambar yang diuploadkan.Copet le uploadkan. Ni akak nak tanya, yang dua-dua form 3 tu kembar ke sorang bulan 1 sorang bulan 12? Tak ingat pulak akak yang kawan akak ni ada anak kembar? Bukan apa, akak masih ingat zaman belum stop dulu, mak daro kito ni agak PRODUKTIF! Dah tahu uploadkan gambar famili tu, boleh le uploadkan 3 mak daro pingitan tu, sama je kan caranya, cuma send dulu gambar tu pakai infrared dari telefon tu ke komputer dan save lah, lepas tu baru upload macam biasa!

Sari, kesian akak dengar sampai kena menyambil nak masuk blog, carile sorang bibik, senang sikit, kalu tak bibik sementara, suruh le rosli cari BIBIK KEKAL, senang ada yang tolong uruskan rumah, dapat payung Siti Fatimah lagi!

Okay le, akak stop dulu, sempena kehadiran Ramadhan yang mulia ni akak nak memohon ampun dan maaf atas segala gurauan akak yang TERLAMPAU yang melukakan hati kengkawan semua, terutamanya kepada MAK DARO...SELAMAT BERPUASA...Elakkan pembaziran, kalau masak lebih, courierkan pada akak, gerenti licin...