Assalamualaikum wmt. wbt
Semoga semuanya sihat sejahtera.
Raya dah masuk 9 hari,hari ini. Bermakna 9 hari jugaklah akak dah masuk ke angka 43. Jangan tak tau, 1 Okt ari tu dalah jugak tarikh akak mengenal dunia. Jadi tahun ni raya bergandalah, apa taknya,seluruh nusantara menyambut ulang tahun kelahiran akak . Kuih-kuih banyak lagi dalam bekas kat atas meja tu. Maklum,tahun ni akak cuma buka tingkap je, tak buka pintu macam-macam tahun-tahun lepas. Kalau tahun lepas masa ni dah tinggal serdak. Walaupun tak buka pintu, ada juga yang berkunjung. Jiran @ kengkawan akak yang sorang nun di seberang jalan , yang cun melecun tu tak datang pun rumah akak. Tiga hari ke sekolah pun akak tak dapat jumpa dia. Sibuk sungguh kengkawan yang sorang tu! Tak apalah...Dalam dok kuih raya yang masih penuh balang, macam biasalah, duit raya dah tinggal serdak...Tak ada ke yang sudi nak bagi duit raya kat akak ni?
Bak kato mak daro, akak ni dok menghitung hari lah sekarang ni, entah esok, entah lusa, entah bulan depan. Kalau diikutkan tak larat badan ni, rasa biarlah kalau nak bersalin sekarangpun. Tapi bila mengenangkan gaji yang kena dipulangkan, tak palah lambat sikit pun. Maklumlah kalau tak cuti, mahu sesak nafas akak nak memulangkan balik gaji ke gomen. Apapun, tolonglah doakan yang terbaikbuat diri akak ni..
Okaylah, kalau terdatang ke "negeri cantik budaya menarik orang baik' ini musim cuti sekolah ni, jemputlah semua kerumah akak...Terima kasihlah kepada semua yang telah menghantar sms raya (akak sends kepada semua,tapi ada yang tak membalasnya,tak terima ke?) terutamanya sms mak daro yang paling sentimental dan penuh kesyahduan... Kepada anak buah yang bakal menduduki PMR tahun depan Mak Ngah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dengan tenang dan semoga apa yang diusahakan selama ini diberkati...Mak bapak nya pulak janganlah terlalu sejuk kaki tangan anak nak periksa.
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan