Assalamualaikum wmt. wbt
1. Terima kasih banyak-banyak kepada penganjur reunion kerana akhirnya dapat memilih tempat untuk majlis reunion kita . Tapi tak sampai hajatlah nampaknya nak berkunjung ke villa Tn.Hanif yang dah masuk majalah tu kali ni. Tak pe, lain kali insyaallah pasti sampai. Tapi akak tak kisahlah sebab yang penting kita seme dapat berkumpul ramai-ramai. Kat mana tempatnya tak kisahlah. Restoren pun restorenlah.
2. Cuma satu je, boleh ke kita sembang lama-lama kat situ,tak mengganggu ke orang lain? Maklumlah,. suku-sakat kita kan ramai, akak saja dah satu kapal (bil : 2+6+1) Riuh rendah rasanya nanti. Silap2 pecah restoren tu nanti..
3. Akak cadangkan kita jumpa sianglah, tengahari ke, petang ke. Tak kisahlah, janji bukan malam. Maklum, ada baby dan anak-anak kecik ni susah sikit nak keluar malam-malam..
4. Sekali lagi, besarlah harapan akak agar semua dapat hadir...
Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan