Assalamualaikum semua,
Semoga semuanya sihat walafiat, daripada ayah hingga ke maknya dan seterusnya anak-anaknya dan juga tok-tok dan nenek-neneknya(jika tinggal bersama) dan yang penting sekali bibik-bibiknya. Eh apa lak akak ni melalut-lalut sampai ke bibik ni? Tak, akak tak melalut, betul kan bibik (sama ada di yang order dari Indon mahupun diri sendiri yang guru/pekerja cum isteri cum ibu cum bibik) tu penting kena selalu sihat, nak-nak bulan puasa ni. Mana taknya, majikan-majikannya kan sentiasa sibuk dan tak sempat nak uruskan tangga-tangga yang berbelas kat rumah tu, jadi bibik lah kena take over! Tak gitu bibik@mak@cikgu SARI?
Wah, mak daro,hebat sekarang ni ye, bukan setakat menulis je, dah pandai dah upload gambar. kang main lagi berposing anak beranak ye? Tunjuk pulak gambar dia yang selim melim. Mana gambar ke dua yang suruh kami tengoktu, akak tengok satu jo gambar yang diuploadkan.Copet le uploadkan. Ni akak nak tanya, yang dua-dua form 3 tu kembar ke sorang bulan 1 sorang bulan 12? Tak ingat pulak akak yang kawan akak ni ada anak kembar? Bukan apa, akak masih ingat zaman belum stop dulu, mak daro kito ni agak PRODUKTIF! Dah tahu uploadkan gambar famili tu, boleh le uploadkan 3 mak daro pingitan tu, sama je kan caranya, cuma send dulu gambar tu pakai infrared dari telefon tu ke komputer dan save lah, lepas tu baru upload macam biasa!
Sari, kesian akak dengar sampai kena menyambil nak masuk blog, carile sorang bibik, senang sikit, kalu tak bibik sementara, suruh le rosli cari BIBIK KEKAL, senang ada yang tolong uruskan rumah, dapat payung Siti Fatimah lagi!
Okay le, akak stop dulu, sempena kehadiran Ramadhan yang mulia ni akak nak memohon ampun dan maaf atas segala gurauan akak yang TERLAMPAU yang melukakan hati kengkawan semua, terutamanya kepada MAK DARO...SELAMAT BERPUASA...Elakkan pembaziran, kalau masak lebih, courierkan pada akak, gerenti licin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan