Jumaat, 9 Mei 2008

Reunion? Seronoknya.................

Assalamualaikum wmt.wbt.,

Alhamdulillah, akak rasa gembira sangat dengan perkembangan terbaru blog sekarang. Masing-masing dah seronok menulis jadi blog dah meriah. Macam tu lah...Cek Eda kite, wah bukan main lagi la ni na, conquer abih, tapi tak pe, baguslah tu. Yelah, nak harapkan para executive dan manager kita serta orang jauh nun di bawah bayu, ai entahlah, tunggu akak dapat baby kot baru nak masuk...

Reunion? Seronok tak terkira! Dengar dan tengok perkataan tu saja dah terbayang-bayang kemeriahannya. Apatah lagi dengan gambaran sejarah silam yang dipaparkan oleh azah tu. Tapi macam yang akak dah cakap dengan cek eda kita, cuti sekolah ni penuh dengan kenduri kendara anak beranak. Nak tinggal tak sampai ati...Tengoklah nanti akak cuba berunding dengan room mate. Tapi yang lain tu macam mana? Kot dah terikat dengan program yang telah lama diatur. Lagi lak Mak Daro dan puteri bongsu tak ada, nak ke Mekah. Kalu jadi akak rasa tarikh terbaik (akak freelah tu dan sempat dengan mak daro!!) ialah 26-27/5. kalu lepah tu, dah tak boleh. Akak setuju dengan cadangan di Bangi tu!

Buat Mak Daro, semoga mizah selamat sejahtera an banyak bersabar dengan dugaan yang dilalui. Selamat berangkat ke Tanah Suci, semoga tahun depan kita sama-sama dapat menjejak kaki kembali ke sana. Amin Ya Rabbal Alamin.

Pakat-pakatlah confirmkan ya, nanti senang akak nak arrangekan. Masa ah tak lama ni.
Okaylah, akak tunggu perkembangan berikutnya......Wassalam

Tiada ulasan: