Ahad, 2 November 2008

Sidang Blog Rasmi Kelahiran Putera Bongsu

Assalamualaikum wmt. wbt.





1. Dengan rasminya Akak ingin mengumumkan kelahiran putera terakhir generasi ke dua CG. (Terima kasih kepada wartawan tidak rasmi TVCG yang bersusah payah mendahului untuk mengumumkan. Akak tahu, tiada lain di fikirannya melainkan terlalu gumbira dengan berita ini dan mahu dikongsi dengan seluruh pak-pak dan mak-mak menakan)





2. Inilah orangnya...



3. Butiran lanjut kelahirannya : Tarikh : 30Oktober (Khamis) , tepat jam 11.02 malam. Berat : 4.27kg. Panjang 51cm. Rekod hospital kelahiran paling berat pada hari tersebut. Ni menurun daripada pak-pak menakan yang se'SLIM' dengannyalah tu. Idak pun ikut mak-mak menakan yang sewaktu dengannyalah tu...paling sah ialah mak menakan yang satu sekolah dengan mamanya....Ya Ampun...Alhamdulillah bersalin normal dan sakit pun sekejap je. terima kasih atas doa kalian semua.

4. So macam mana? Ada yang nak sponsor majlis potong jambulnya? Tidak pun ada yang jeles dan nak cabar supaya baby akak ni tak jadi yang last? Akak alu-alukan...sahutlah cabaran ini..

5. Nama? Yang pastinya Muhammad....sambungannya masih akak dan ayohnya serta abang2 kakak2nya dok fikirkan. Ada cadangan daripada pak2 dan mak2 menakan?

6. Sehubungan itu, akak mohon maaflah kepada yang sms tanya (esp.Mak Daro) , akak tak kabo awal-awal , sebab akak pegang pada kata Chek Eda,apa-apa berita rujuk pada blog....

7. Sekarang ni akak dah selamat balik ke rumah, alhamdulillah kami berdua sihat.

8. Sekian adanya....

9. Wassalam


Tiada ulasan: