Assalamualaikum wmt wbt.
1. Maaf kerana telah lama menyepi diri....tapi jangan kata akak lupa atau alpa, tidak sama sekali.....mana boleh akak lupa akan janji setia yang telah terikrar. Maka inilah akak gagahkan jua untuk mencoret secebis berita biarpun tidak pandai berpuisi bersajak seperti Mas Aji kita apatah lagi nak bersyair dan bergurindam. Akak hanyalah pandai mengarang esei sajalah (Jangan lupa no, PTK dapat 4 4 tau!)
2. Apa khabar semua? Akak tau semuanya InsyaAllah sihat2 belaka, melainkan akak soranglah yang demam belumlah jugak kebah, (asal balik sekolah aje teruslah akan baring , merehatkan kepala dan badan yang tidak bermaya) walaupun pilihanraya dah lama berlalu dan Abang Mad pun dah selamat naik takhta meninggalkan Abang Derih terkulat2 kehampaan. jadi jangan hairan kalau nanti Ulul Albab akan bertukar kepada Ahmad Albab pula. Alah mengarutlah pulak akak ni...
3. Perihal akak ni yang tak kebah2 demamnya....Mas Aji, Mak Cik Sari, Mak Daro, Cek mek molek Eda, semuanya dah tau yang akak ni dah 3 bulan diserang virus yang menumbuhkan lembaga ke 7. Maka virus itu hanya akan hilang selepas 9 purnama dan 10 hari lamanya, dan selepas itu akan kebahlah demam akak ni...Tak taulah akak nak kata, berita gumbira ke berita lawak ke atau berita sedih. Yang jadi tetap jadi.
4. Maka dek kerana diserang virus ini, hajat akak dan teman sebilik nak menurut jejak langkah Mas Aji dan Akak Aji kita tiaklah kesampaian pada tahun ini. Mudahan hajat tu akan kesampaianlah i tahun-tahun mendatang. Sedih jugak akak mengenangkannya, namun akak redha akan ketentuan Yang Maha Kuasa ini.
5. perihal anak-anak kita ini, iyolah kata Mas Aji kita, ngeri mengenangkan kisah si Cerdik Pintar yang akhirnya terjerumus ke lembah yang begitu hina...kemanalah agaknya dihumbankan kebijaksanaan anugerah Allah itu. Begitulah, mudahan anak-anak kita semua dilindungi daripada ujian sedahsyat itu. Mudahan mereka semua sentiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh Yang Maha Esa dan sentiasa beraa dilandasan yang Haq. Amin...
6. Sekian dulu, jummpa lagi ilain ketika, akhirnya doakan semoga akan dikurniakan kesihatan yang sempurna melalui hari-hari yang penuh dengan cabaran ini, almaklum dah masuk 43 tapi masih lagi......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan