Assalamualaikum wmt, wbt.
Didoakan semuanya sihat. Alhamdulillah, akak pun sihat dah, dah abih dah pening. La ni dok melayan selera makan untuk memastikan badan membesar bagai JOHAN, nak mengalahkan mak daro, chek eda dan makcik sari...he, he, he. Nak buat camno, gi cek doktor, asyik hb rendah je, so dr suruh makan banyak2, akan terpaksalah ikut demi kesihatan akak dan 'virus yang makin membesar' bak kata Mas Aji.
Alhamdulillah, akak rasa gumbira yang teramat sangat kerna akhirnya, yang tenggelam dah timbul , yang hilang dah muncul, cikgu kita nun di bawah bayu akhirnya dapat jua masuk dan mencoret sesuatu di blog. Terima kasihlah kerana sentiasa berusaha untuk menjengah blog walaupun tidak berjaya sebelumnya. Benarlah pepatah petitih, kalau dah menyeluk pekasam hingga ke pangkal lengan tu lambat laun dapatlah jua ikan pekasam yang dikehendaki, biarpun sesudah peluh masam menambahkan lagi kemasinan pekasam itu adanya...
Akan saudara kita berdua itu, tak ketahuanlah samada pernah cuba menyeluk pekasam ke tidak, kalu cuba dan tak dapat tu, carilah talian hayat, ramai yang akan membantu. Cuma akak bimbang, tak pernah dijengahlah blog kita ini akan adanya.....sudah lupakah kalian janji yang kita sama-sama meterai dulu?
Mak daro dok menunggu hari nak berangkat dengan puteri bongsu. Mudahan akan termakbullah hajat untuk menjejakkan kaki ke bumi anbia, mengelilingi Baitullah dan mengucup Hajarul Aswad yang mulia, kemudian mengunjungi Raudhah dan memanjatkan doa. Sampaikan salam kami sekeluarga di sini kepada Rasulullah dan selitkan juo doa kami dicelah bait-bait doa yang dipanjatkan ya! Mudahan kita semua akan sentiasa mendapat keampunan, kebahagiaan, kerahmatan dariNya dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal Alamin.
Reunion...kalu disember, akak memang sah tak boleh join, belayar kapal masa tu . Apapun, kalau semuanya boleh berkumpul, biarlah akak di sini seronok membaca catatan dan menatap gambar2 kenangannya di blog ini. Teruskanlah dengan reunion tu! Plan dari sekaranglah supaya koman2 dapat buat kat 6* hotel, kat Palace of the Golden Horses gitu!
Azah tak gi mana2 ke cuti sekolah ni? Ke sibuk kumpul 30 point untuk jadi prof madya ke, prof ke, asal jangan prof maknyah udah le. Cik Jah kita tau dah, sibuklah katakan, satu lagi tak puas lagilah tu sekodeng hak orang, akak harap nanti dah puas sekodeng, Jah akan tampil dengan satu muka surat penuh coretan. Ha tua, jangan yang lain pengsan udahle! Mak cik Sari ada kat Kajang ke kat Johor dah ni? Teringinlah pulak nak makan sambal tempe dan asam pedas tapi taklah sampai meleleh ayaq liuq.
Okay, macam tajuk akak, cuti yang tak cuti, kertas peksa melambak tak siap, kenduri kawin ari-ari nak kena rai......
Wasallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan