Asalamualikum...
Persilatan minda telah merancakkan gelanggang. Gendang terpalu menongkah arus, menusuk kapilari, ateri dan aorta. Henti di jantung berdenyut. Membuka jendela minda . Dalamnya laut fikir masing-masing. Itulah realiti anak bangsa merdeka. Merdeka minda merdeka jiwa. Bisa berbicara menikam lidah mengumpul kudrat idea, bertepis mengelak. Moga tiada cedera hatta lantas aturkan bicara semerbak wangian di taman. uat tenang jiwa lara, buat gelora reda.
Tiadalah hamba mohon derhaka
kerana hamba rakyat jelata
hamba beraja di rata rata
dibuang hamba kemana merana
biarpun dulu kala
hamba pernah di istana
demi rakyat buang jenama
larilah tinggal istana
kini hamba rakyat jelata
senang berkira kira
tiada siapa kena
kerana hamba, hamba jua.
Kini suka berkata-kata. Cerca tidak puji pun tidak , hanya ikut hati kata. Terkadang tersalah bicara, tersilap meneka.
Salam bersahut, menyambut bicara
dari jauh mengirim salam
dari dekat tangan bersalam
bicara kata tetap berlada
itu sekadar kata bicara
menusuk kalbu adanya
semua biasa untuk minda terbuka
teruskan bicara
panglima dan jurubicara
jangan di hati menyimpan bara
hanya hati derita
Isnin, 23 Februari 2009
Ahad, 22 Februari 2009
Assalamualaikum wmt.wbt. 1. Perkara 4 tulisan saya bertarikh 18 Februari adalah dirujuk. 2. Dengan penuh sedar , ikhlas dan rasa bertanggung jawab sepenuhnya di atas catatan di dalam perkara 4, saya dengan ini memohon berbanyak-banyak ampun dan maaf daripada Jefhusna kerana catatan saya itu telah begitu menyinggung perasaan beliau. Semuanya itu adalah kerana kelemahan diri saya yang tidak pandai mengatur kata sehingga menyinggung perasaan orang lain di samping tersilap membuat andaian dan anggapan yang lawak berlawak dan gurau senda dalam catatan di blog seperti sebelum ini adalah biasa dan boleh diterima oleh semua sahabat CG sebagai cara untuk mengeratkan lagi ukhuwah yang telah terjalin lebih daripada 2 dekad. 3. Penjelasan berkait font merah yang saya gunakan. Sebenarnya jika dibelek catatan2 saya sebelum ini, menggunakan font warna lain bukanlah baru pertama kali saya buat, dah dua tiga kali sebelum ni saya sekadar suka-suka tukar warna font tanpa apa-apa niat serius di sebaliknya. Catatan bertarikh 18/2 pun sama jugak, tidak ada niat nak marah ke apa ke, tak tau kenapa rasa nak pilih warna merah, jadi itu yang keluar warna merah tu. Rupa-rupanya disalah tafsir...... 4. Semoga penjelasan ikhlas ini tidak disalaherti dan dapat merungkai segala kekeliruan.. Wassalam. |
Bawak bertenang kekawan......
Alahai, dah color merah pulak. Jangan marah-marah.Sabar je....Adakalanya gitulah resam kerja..sibuk atau menyibuk cool ye. Soal siapa dapat anugerah siapa cikgu kecik (macam saya ni le) tak timbul. Yang berpangkat, yang dapat anugerah masuk blog kita raikan. Yang tak ada apa-apa macam saya ni tumpang seronok, tumpang gumbira. KLISE? dak aihh. Jadi terima apa-apa aje teguran dengan berlapang dada. Takkan kena cuit sikit marah kot. Tak seronoklah gitu. OK kita cerita apa-apa sahaja yang seronok macam dulu-dulu kita tulis di blog. Bolehkan kekawan? Saya tak berpihak kepada sesiapa atau mana-mana pihak. Sampai jumpa lagi.
Jumaat, 20 Februari 2009
Se nyo ketiak.....se garu sendiri....
Assalamualaikum,
Wahduhh....panehh...dah lah merah mencarak. Syok gak membaco eh...terjojol taik telingo se....
Drp. Mak Daro...dah turun 0.5 mm
Wahduhh....panehh...dah lah merah mencarak. Syok gak membaco eh...terjojol taik telingo se....
Drp. Mak Daro...dah turun 0.5 mm
Khamis, 19 Februari 2009
Sambung-menyambung
........ini bukan part 2, cuma nasi tambah yo.
Yolah, bilo kito togur takut tak paham lak antaro togur dengan sorang. Agak eh dah lamo sangat ngajar BI. Wallahualam.
Mudah dan pendek cerito kalau dah mulo cakap politik nanti tak dapek control.Bilo semangat dah mengatasi kewarasan. Lagipun sumber kito bercakap tu confirm sah ko? Kalau setakat baco tabloid,dongar cakap kodai kopi,baco blog yang ponoh ngan maki hamun, baik tak payah bincang dalam blog ni. Buek doso koghing yo. Banyak mano yang kito tau pasal semuo ni? Samo ado sokong siapo pun tak kirolah. Takkan bondo macam tu tak paham.
Satu laiee nak tanyo, kalau nak boghi pendapat dalam blog ni nak ukur dari sudut mano? Mesti aktif ko?,banyak menyumbang ko?, banyak cerito ko? Sobab bilo kito tulih dan togur, dipersoalkan pulak keaktifan kito. Alih-alih orang lain tak bulih nak bagi apo-apo idea. Ini dah kes memilikindividukan blog ni.
Tapi sekali laiee nak cakap,kalau dah tak bulih nak tahan dah (if U think, U can't resist) nak borak pasal politik,apo nak buek.Sobab masing-masingpun dah goli hati dan goli ketiak.
Kitopun paham,Melayu ni dalam daghah eh dah mengalir warno politik. Makan,minum,tidur,cakap semua politik....bangso lain tunggu topuk tangan yo....
Wassallam.
Lopeh ni, siapo goli hati,ko goli ketiak ko garulah sendiri...tak koso den!

GOLI HATI ATAU GOLI KETIAK,KAO PUNYO SUKOLAH!
WAALAIKUMSALAM!
1. Bilo dah mulo pakai font merah, kito kono ikut rontaklah. Mungkin ini warning atau tukang tulis tak tahu plih warno,rabun ko apoko,wallhualam.
2. Begitu jugak bilo dah pakai bahaso kampung kito pun ikut jugak. Bukan lupo asal usul,cumo bahaso baku semuo oghang paham. Iyo tak?
2. Samo ado kito muncul atau tak muncul bukanlah isu. Lagipun oghang rumah kito ado jugak sekali duo masuk blog.
3. Kito togur sobab, kito masih nak blog ni tak lari dari matlamat dan niat. Mungkin kito tak selalu masuk sobab kito tak banyak modal nak cerito,tambah pasal dapek anugerah itu ini. Kito orang biaso yang tak hebat.
4. Untuk yang tak tau, kito antaro orang yang mulo2 suggest buek blog ni. Tanyolah Pak Haji Usop.Jadi bilo dah mulo masuk bab-bab politik kito nak tanyo apo bezo dengan blog politik lain yang hanyir macam nanah pokung. Cubo pikir? Tapi kalau nak tulis jugak,ikut sukolah. Kito pun dah cakap sebolum ni. Bacolah sampai habis?? Jangan baco sekorek-sekorek. Itu macam tolur setongah masak.
5. Lopeh tu kito tak do sorang sesiapo.Jangan main bantai yo. Kito jawab tulisan sebolum tu yang semangat gilo nak berjuang macam orang Palestin. Nak berjuang ko,nak beruang ko, ikut hatilah.Nanti to

Lompat Katak ko Lompat Kijang ko, Lantaklah Korang...
Assalamualaikum wmt wbt
1. Semoga sejahteralah semuanya rakyat jelata cg, sama ada yang jelita mahupun yang tampan.
2. Lamanya akak tak menulis, rindu nak melontarkan kekata(?) tapi tak dok mase! Taklah sibuk macam makcik kita cuma busy je sikit semenjak dua menjak ni..Yang pastinya skodeng tetap skodeng....
3. As usual, Better late than never...terima kasih banyak-banyak di atas kunjungan Mas Aji anak beranak dan Che Eda dan Bonda, menziarahi Allahyarham Ayahanda tempohari. jua ke atas semua ucapan takziah daripada kengkawan semua. Semoga Rohnya tenang dan aman di persemadiannya. Pesanan akak untuk diri akak sendiri dan semua kengkawan, jagalah makanan kita, silent killers (diabetes, hypertension dan coronary diseases) tu sentiasa memburu kita! Mohon dijauhkan..Tak sangka juga boleh jumpa dengan Makcik Sari anak beranak kat Merlimau..itulah, kuasa Allah, tiada siapa boleh menduga..
4. Geli hati akak pada sang hulubalang tu..lame tenggelam.... sekali timbul terus menyerang....camane tu? Tak apelah, serang menyerang ni biasalah kan. Meriah sikit blog. Akak no hal, rasa akak masih lagi di dalam batasan, ukhuwah cg tetap terpelihara kan. Cuma pesan akak, jangan masa nak menyerang je timbul...timbul2lah selalu supaya tak lemas nun di dasar lautan...
5. Mak daro, goli kotiak tak po, jangan lak goli idung, ponet nanti dok terbersin...
6. Akhir sekali, Akak mohon mahap banyak2 kepada Pak Munsyi kita kerana keterlaluan mencemarkan bahasa kali ini...
Wassalam

Tak menjadi (lompat katak ko lompat kijang)
Assalamualaikum,
Kok tak pandai berbahaso nogori jangan nak meniru....jauh menyimpang. Goli ketiak se membaco ehh.....
Mak Daro....
Kok tak pandai berbahaso nogori jangan nak meniru....jauh menyimpang. Goli ketiak se membaco ehh.....
Mak Daro....
Rabu, 18 Februari 2009
RALAT
Ayat sebonarnyo, dah lotih menaip, jengok blog jap.Takut jadi isu pulak.Dahlah isu GAZA tak solosai timbul isu bahaso......ok ke?
Selasa, 17 Februari 2009
SAMOLAH SE....
Salam. Kebetulan menaip soalan ujian. Dah lotih jengok blog CG.Sekodeng jangan tak sekodeng.Geng Mak Daro gak nih.InsyaAllah panjang omor se tulih laei.Sibukkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!
He he. Wassalam.
He he. Wassalam.
Isnin, 16 Februari 2009
Khabar dari Nogori
Goli hati se sobab ada gak orang bengang...Sajo tulih ciput, cukuplah sebagai tando se sentiaso skodeng....
Daripada : Mak Daro (dah slim..you!)
Daripada : Mak Daro (dah slim..you!)
Sabtu, 14 Februari 2009
Assalamualikum
Apo kone ehh jang...
Semua menghilang
tinggal seorang dua
bermadah bercerita
cerita semasa
cerita tak terduga
itulah dunia
itulah nyata
Bertikam lidah
menyanyam kata-kata
lumrah kita
terpesong tidak hasrat mulia
menamambiak benih silahturahimm sekian lama
teruskan wahai panglima
teruskan wahai srikandi
tapi rutin hariaan membatasi coretan
menunggu si sari, si nani, si jah si ct, si daro
menunggu sang nif, sang lah,
he, hee sang bayu menghembus sepoi-sepoi
nyaman menyapa
* kelmarin...daftar anak CG di IQ padang midin.....
tunggu jug apa khabat anak CG lain....mana demo wehh
guano gamak orang kita.....
wasalaam

Rabu, 11 Februari 2009
Yang sendu hanyalah Melayu
Waalaikumsallam!
Fikiran yang tenang dan emosi yang membuak seperti langit dan bumi.
Sokongan berhemah dan taksub melulu seperti minyak dan air.
Asal mulanya laman yang mulia ini untuk menganyam silaturahim.
Mengukuhkan ukhuwah dan memperkasakan jalinan persahabatan.
Lantas isinya biarlah berpaksikan hasrat,bertunjangkan niat dan di atas landasan yang tepat.
Namun, dengan kebijaksanaan menyusun kata dan helah dalam bermadah,dalam bertanya khabar,pendirian (ketaksuban) siasah tak dapat disembunyi.
Disemai dan dibajai..dan telah dimulai.
Laman yang patut dikongsi,menjadi milik peribadi.Yang sama pendirian siasah,akan membela dan membelasah. Mengsimilekan Gaza dengan Malaysia,menyamakan Melayu dengan Palestin.Logiknya entah di mana? Mengkiaskan yang berbeza pendapat sebagai telah dibutatulikan dan hanya mereka sahaja yang menjadi golongan 'Enlightenment' yang terus mata terhadap kemungkaran yang nampak kuman di seberang lautan...gajah di tubir mata sirna di layar retina.....
Jawapan berkias itu sekadar ingat-mengingatkan.Memulakan pandangan siasah dilaman ini memang menyeronokkan,apatah lagi mendapat sokongan. Jika memang berjiwa besar,ingatan itu patut diambil iktibar. Jika jiwa dipalit emosi, teguran itu menipiskan cuping telinga dan membakar jiwa.
Tapi jika dirasakan topik siasah memang tidak dapat dipisahkan dalam diri teruskan sahaja. Ingatan itu jangan diambil kira. Sekadar teguran supaya kita berfikiran saksama.
Wallahualam!

Selasa, 10 Februari 2009
Lagu sendu lagi
Assalamualaikum dan salam perjuangan!
rakyat berlagu sendu
angkara nafsu pejuang palsu
rakyat hilang adab
siapa penyebab?
Hulu yang keruh
mengapa mengeluh
siapa guru
siapa mahaguru
tanyalah pada tok guru..
kebenaran jangan disanggah
kepalsuan akan terserlah
kerana di sana ada Maha Agung
Allah Rabbul alamin.
masakan rakyat diinjak
dipekaktulikankan?
masakan rakyat digula-gulakan
dibutabisukan
masakan rakyat berlagu sendu
disoraksoraikan!
hidup ini perjuangan
serang perang dan lawan
hilang adabkah rakyat gaza?
bangkit menentang kebatilan
hilang akal budikah namanya?
Melayu yang disiram roh Islam
tidak sokmo layu
InsyaAllah lagu sendu
akan berganti rindu
Salam dari cicit Tok Perak
rakyat berlagu sendu
angkara nafsu pejuang palsu
rakyat hilang adab
siapa penyebab?
Hulu yang keruh
mengapa mengeluh
siapa guru
siapa mahaguru
tanyalah pada tok guru..
kebenaran jangan disanggah
kepalsuan akan terserlah
kerana di sana ada Maha Agung
Allah Rabbul alamin.
masakan rakyat diinjak
dipekaktulikankan?
masakan rakyat digula-gulakan
dibutabisukan
masakan rakyat berlagu sendu
disoraksoraikan!
hidup ini perjuangan
serang perang dan lawan
hilang adabkah rakyat gaza?
bangkit menentang kebatilan
hilang akal budikah namanya?
Melayu yang disiram roh Islam
tidak sokmo layu
InsyaAllah lagu sendu
akan berganti rindu
Salam dari cicit Tok Perak
Isnin, 9 Februari 2009
Mahaguru Katak!!!
Assalamualaikum!
Begitulah rutin hidup. Bertebaran mencari sesuap nasi. Sibuk-sibuk di dunia,akhirat harap tak lupa.
Lagu sendu lagu rakyat,
Lebih sendu rakyat kehilangan adab,
Katak si katak lompat,
Katak tetap melompat tinggi,
Sama ada ke hulu atau ke hilir,
Biar saksama dalam berfikir,
Jangan bersorak katak melompat ke hulu,
Sumpah seranah jika menyeberang ke hilir,
Katak haiwan yang pandai meniru,
Tentu belajar daripada mahaguru.
Kalau keruh di hulu,takkan jernih di hilir
Salam untuk semua.

Ahad, 8 Februari 2009
Banyaknya Kisah setakat Ini
Salam
Lagu sendu lagu rakyat
lompat si katak lompat...
lompat tinggi-tinggi
Dan berlakulah apa yang berlaku.
Drama masih saspen. Tunggu penamatnya. Sad or Happy ending.
Tapi, mana pie habih orang nie. Sibuk dgn rutin harian.
Skodeng tetap skodeng.
Wasalam

Isnin, 2 Februari 2009
TAKZIAH
Takziah.
Sempat juga menziarahi ayahanda nani, selesai bertahlil saudara di Besut pada petang itu. bergegas ke KT dan sempat juga mengiringi jenazah meninggalkan alam fana.
Itulah realiti kehidupan. Mati nokhtah terakhir sebelum menjenguk alam baqa. Samalah berdoa untuk bersama sidiqin, syuhada. Dan pastinya syuhada kini sedang berhibur berperang dengan Zionis ( dalam akhbar ada dicatatkan para syuhada ini tidak reput)...

Ahad, 1 Februari 2009
Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati
Salam takziah buat Akak Nani atas pemergian ayahnda tercinta ke Rahmatullah Jumaat lalu juga pemergian Mak Cik Besah Merlimau (bonda mertua abang Din) Khamis, 30 Januari 2009. Moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, Amin.. Pemergian ayahnda Jusoh dan Bonda Besah amat menyentuh hati saya kerana saya mengenali mereka sekian lama. Malahan saya dianggap seperti sebahagian ahli keluarga mereka. Tak berkesempatan berziarah ke KT, lalu dengan izin-Nya saya berkesempatan bertemu Akak Nani dan keluarganya di Kampung Merlimau Pasir 31 Januari 2009.Kedatangan kami (suami dan anak-anak)disambut dengan baik walaupun hampir 24 tahun tak bersua dengan keluarga Arwah Mak Cik Besah. Begitulah putaran alam, mati itu pasti. Yang hidup teruskan kehidupan dan cari bekalan secukupnya untuk akhirat. Jumpa lagi
Langgan:
Catatan (Atom)