Ahad, 1 Februari 2009

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati

Salam takziah buat Akak Nani atas pemergian ayahnda tercinta ke Rahmatullah Jumaat lalu juga pemergian Mak Cik Besah Merlimau (bonda mertua abang Din) Khamis, 30 Januari 2009. Moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, Amin.. Pemergian ayahnda Jusoh dan Bonda Besah amat menyentuh hati saya kerana saya mengenali mereka sekian lama. Malahan saya dianggap seperti sebahagian ahli keluarga mereka. Tak berkesempatan berziarah ke KT, lalu dengan izin-Nya saya berkesempatan bertemu Akak Nani dan keluarganya di Kampung Merlimau Pasir 31 Januari 2009.Kedatangan kami (suami dan anak-anak)disambut dengan baik walaupun hampir 24 tahun tak bersua dengan keluarga Arwah Mak Cik Besah. Begitulah putaran alam, mati itu pasti. Yang hidup teruskan kehidupan dan cari bekalan secukupnya untuk akhirat. Jumpa lagi

Tiada ulasan: