Selasa, 10 Februari 2009

Lagu sendu lagi

Assalamualaikum dan salam perjuangan!

rakyat berlagu sendu
angkara nafsu pejuang palsu

rakyat hilang adab
siapa penyebab?

Hulu yang keruh
mengapa mengeluh
siapa guru
siapa mahaguru
tanyalah pada tok guru..

kebenaran jangan disanggah
kepalsuan akan terserlah
kerana di sana ada Maha Agung
Allah Rabbul alamin.

masakan rakyat diinjak
dipekaktulikankan?
masakan rakyat digula-gulakan
dibutabisukan
masakan rakyat berlagu sendu
disoraksoraikan!

hidup ini perjuangan
serang perang dan lawan
hilang adabkah rakyat gaza?

bangkit menentang kebatilan
hilang akal budikah namanya?

Melayu yang disiram roh Islam
tidak sokmo layu
InsyaAllah lagu sendu
akan berganti rindu

Salam dari cicit Tok Perak

Tiada ulasan: