Ahad, 22 Februari 2009

Assalamualaikum wmt.wbt.

1. Perkara 4 tulisan saya bertarikh 18 Februari adalah dirujuk.

2. Dengan penuh sedar , ikhlas dan rasa bertanggung jawab sepenuhnya di atas catatan di dalam perkara 4, saya dengan ini memohon berbanyak-banyak ampun dan maaf daripada Jefhusna kerana catatan saya itu telah begitu menyinggung perasaan beliau. Semuanya itu adalah kerana kelemahan diri saya yang tidak pandai mengatur kata sehingga menyinggung perasaan orang lain di samping tersilap membuat andaian dan anggapan yang lawak berlawak dan gurau senda dalam catatan di blog seperti sebelum ini adalah biasa dan boleh diterima oleh semua sahabat CG sebagai cara untuk mengeratkan lagi ukhuwah yang telah terjalin lebih daripada 2 dekad.

3. Penjelasan berkait font merah yang saya gunakan. Sebenarnya jika dibelek catatan2 saya sebelum ini, menggunakan font warna lain bukanlah baru pertama kali saya buat, dah dua tiga kali sebelum ni saya sekadar suka-suka tukar warna font tanpa apa-apa niat serius di sebaliknya. Catatan bertarikh 18/2 pun sama jugak, tidak ada niat nak marah ke apa ke, tak tau kenapa rasa nak pilih warna merah, jadi itu yang keluar warna merah tu. Rupa-rupanya disalah tafsir......

4. Semoga penjelasan ikhlas ini tidak disalaherti dan dapat merungkai segala kekeliruan..

Wassalam.

Tiada ulasan: