Waalaikumsallam!
Fikiran yang tenang dan emosi yang membuak seperti langit dan bumi.
Sokongan berhemah dan taksub melulu seperti minyak dan air.
Asal mulanya laman yang mulia ini untuk menganyam silaturahim.
Mengukuhkan ukhuwah dan memperkasakan jalinan persahabatan.
Lantas isinya biarlah berpaksikan hasrat,bertunjangkan niat dan di atas landasan yang tepat.
Namun, dengan kebijaksanaan menyusun kata dan helah dalam bermadah,dalam bertanya khabar,pendirian (ketaksuban) siasah tak dapat disembunyi.
Disemai dan dibajai..dan telah dimulai.
Laman yang patut dikongsi,menjadi milik peribadi.Yang sama pendirian siasah,akan membela dan membelasah. Mengsimilekan Gaza dengan Malaysia,menyamakan Melayu dengan Palestin.Logiknya entah di mana? Mengkiaskan yang berbeza pendapat sebagai telah dibutatulikan dan hanya mereka sahaja yang menjadi golongan 'Enlightenment' yang terus mata terhadap kemungkaran yang nampak kuman di seberang lautan...gajah di tubir mata sirna di layar retina.....
Jawapan berkias itu sekadar ingat-mengingatkan.Memulakan pandangan siasah dilaman ini memang menyeronokkan,apatah lagi mendapat sokongan. Jika memang berjiwa besar,ingatan itu patut diambil iktibar. Jika jiwa dipalit emosi, teguran itu menipiskan cuping telinga dan membakar jiwa.
Tapi jika dirasakan topik siasah memang tidak dapat dipisahkan dalam diri teruskan sahaja. Ingatan itu jangan diambil kira. Sekadar teguran supaya kita berfikiran saksama.
Wallahualam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan