Isnin, 9 Februari 2009

Mahaguru Katak!!!

Assalamualaikum!

Begitulah rutin hidup. Bertebaran mencari sesuap nasi. Sibuk-sibuk di dunia,akhirat harap tak lupa.

Lagu sendu lagu rakyat,
Lebih sendu rakyat kehilangan adab,

Katak si katak lompat,
Katak tetap melompat tinggi,

Sama ada ke hulu atau ke hilir,
Biar saksama dalam berfikir,

Jangan bersorak katak melompat ke hulu,
Sumpah seranah jika menyeberang ke hilir,

Katak haiwan yang pandai meniru,
Tentu belajar daripada mahaguru.

Kalau keruh di hulu,takkan jernih di hilir

Salam untuk semua.

Tiada ulasan: