Assalamualaikum wmt wbt
1. Semoga sejahteralah semuanya rakyat jelata cg, sama ada yang jelita mahupun yang tampan.
2. Lamanya akak tak menulis, rindu nak melontarkan kekata(?) tapi tak dok mase! Taklah sibuk macam makcik kita cuma busy je sikit semenjak dua menjak ni..Yang pastinya skodeng tetap skodeng....
3. As usual, Better late than never...terima kasih banyak-banyak di atas kunjungan Mas Aji anak beranak dan Che Eda dan Bonda, menziarahi Allahyarham Ayahanda tempohari. jua ke atas semua ucapan takziah daripada kengkawan semua. Semoga Rohnya tenang dan aman di persemadiannya. Pesanan akak untuk diri akak sendiri dan semua kengkawan, jagalah makanan kita, silent killers (diabetes, hypertension dan coronary diseases) tu sentiasa memburu kita! Mohon dijauhkan..Tak sangka juga boleh jumpa dengan Makcik Sari anak beranak kat Merlimau..itulah, kuasa Allah, tiada siapa boleh menduga..
4. Geli hati akak pada sang hulubalang tu..lame tenggelam.... sekali timbul terus menyerang....camane tu? Tak apelah, serang menyerang ni biasalah kan. Meriah sikit blog. Akak no hal, rasa akak masih lagi di dalam batasan, ukhuwah cg tetap terpelihara kan. Cuma pesan akak, jangan masa nak menyerang je timbul...timbul2lah selalu supaya tak lemas nun di dasar lautan...
5. Mak daro, goli kotiak tak po, jangan lak goli idung, ponet nanti dok terbersin...
6. Akhir sekali, Akak mohon mahap banyak2 kepada Pak Munsyi kita kerana keterlaluan mencemarkan bahasa kali ini...
Wassalam