Asalamualikum...
Persilatan minda telah merancakkan gelanggang. Gendang terpalu menongkah arus, menusuk kapilari, ateri dan aorta. Henti di jantung berdenyut. Membuka jendela minda . Dalamnya laut fikir masing-masing. Itulah realiti anak bangsa merdeka. Merdeka minda merdeka jiwa. Bisa berbicara menikam lidah mengumpul kudrat idea, bertepis mengelak. Moga tiada cedera hatta lantas aturkan bicara semerbak wangian di taman. uat tenang jiwa lara, buat gelora reda.
Tiadalah hamba mohon derhaka
kerana hamba rakyat jelata
hamba beraja di rata rata
dibuang hamba kemana merana
biarpun dulu kala
hamba pernah di istana
demi rakyat buang jenama
larilah tinggal istana
kini hamba rakyat jelata
senang berkira kira
tiada siapa kena
kerana hamba, hamba jua.
Kini suka berkata-kata. Cerca tidak puji pun tidak , hanya ikut hati kata. Terkadang tersalah bicara, tersilap meneka.
Salam bersahut, menyambut bicara
dari jauh mengirim salam
dari dekat tangan bersalam
bicara kata tetap berlada
itu sekadar kata bicara
menusuk kalbu adanya
semua biasa untuk minda terbuka
teruskan bicara
panglima dan jurubicara
jangan di hati menyimpan bara
hanya hati derita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan