Rabu, 19 November 2008

Pembetulan............

Assalamualaikum wmt, wbt

1. Ni seme pasal Mak darolah ni. Akak dah tulis dah dalm catatan akak tu. Nama baby akak yang cute miut lagi dempol tu MUHAMMAD DANISH IKMAL. Akak tak tahu camana boleh mak daro baca sebagai mohd norman danish sampai Mas Aji pun terikut-ikut sama. Eei, geli geleman akak dengar nama Norman tu. Akak harap lepas ni tak timbul lagi nama norman tu. Biarlah anak akak nanti glamor bukan kerana namanya tetapi kerana kepintarannya seperti maksud namanya, YANG TERPUJI, YANG CERDIK DAN YANG SEMPURNA.

2. Dah sembang dengana Makcik Sari. Jom kita berkampung di banglo yang masuk majalah tu pada 25.12.08 ni. Amacam? Okay tak? Rasa tak ada halangan kot seme kan? Cuti Krismas tu, takkan sibuk jugak kot? Tak taulah kot ada yang dah pilih tarikh tu untuk agenda lain...

3. Pasal makanan tuan rumah jangan susah, akak boleh supply keropok lekor, makcik kita nak supply soto, Ma'am Jah boleh kot laksa kedah. Pak lah dengar cerita mee sup dia power. Mak daro apo lai kalau tak masak lomak dia tu. Ha, kan dah melambak tu makanannya. So macamana tuan rumah setuju tak? Kalau tak setuju, kita serang Bandar Damansara lah pulak...

4. Selamat berjuang jua buat anakanda Aiman (Eda) yang sedang menduduki SPM. INsyaallah doa mama di Baitullah sentiasa mengiringi perjuanganmu. Buat Mas Aji,selamat berangkat ke luar negara.....kemana tu?

5. Wassalam..

Tiada ulasan: