Rabu, 19 November 2008

RENCAM RENCAH REMPAH RATUS

Salam, jumpa lagi. Ok dah le ni. Tak sibuk sangat dengan kerja sekolah. Sesekali je jengok sekolah kalau ada kerja nak dibuat terutamanya kemas stor/bilik SPBT.Selebihnya di rumah. Macam yang saya kata dulu bereskan kerja yang tertunggak.

Apapun tahniah dan selamat pengantin baru buat Dr.Azah, tahniah buat Akak Nani dapat baby comel, tahniah buat Tn Haji dan keluarga atas kejayaan anak dalam UPSR lalu, tahniah buat Mak Daro sambung kontrak tando STPM (dapek ilmu gak tu), syukur buat Cik Eda yang dah selamat sampai ke tanah suci (sayang tak dapek ngantor , kalau naik dr KLIA boleh gak saya dan Cik Jah ucap selamat jalan) juga buat En. Hanif sekeluarga selamat berangkat mengerjakan umrah Januari nanti, mudahan semuanya mudah belaka. Lupa... selamat bercuti ke negara Gajah Putih buat Jef dan keluarga selepas Fahim selesai SPM. Jangan lupa bawa balik apa-apa le yang ada brand Siam...mee Siam ke, Mangga Siam ke, durian siam, beras siam buat ole-ole kami. Lawak aje. Tn. Haji ke mana pulak? Jangan lupa juga ole-ole buat kita juga. Amboi demand!

Nak buat press conference pasal reunion...semalam caling-caling dengan Cik Jah. Cadangan ada. Tadipun caling-caling dengan Akak Nani (rehat banyak-banyak weh... jaga diri)Tarikh dipersetujui kami bertiga 25 Disember 08 memandangkan Akak kitapun ada di KL, Jef Husna pun ada kat KL, sayapun free (19 - 24 Disember 08 cuti @ makan angin dan mesyuarat guru), Mak Daro solosai tando kertas, Tn. Haji available, En Hanif ok kot, Pak Lah InsyaAllah. OK kot tarikh tu. Tempatnya....
tak tentu lagi. Nak tanya En Hanif kita kalau ada tempat yang sesuai. Menu tak jadi masalah. Akak Nani hantar kepok lekor dr Tganu secukupnya. Saya atas permintaan Dr. Azah dan Akak Nani juga Mak Daro soto dan sewaktu dengannya. Cik Jah kita boleh sediakan laksa kedah @Telok Kechai. Dr.Azah punggah le apa-apa yang ada kat Penang....ha! ha! Mak Daro gulai lomak cili api ke.. Ataupun nak rasa kue teow special Pak Lah.Konklusinya kita buat ala-ala "pot luck " gitu. Bagaimana setuju? Yang penting boleh sembang-sembang panjang .

Ada apa-apa response.. caling2 lah yea. Jumpa lagi. Wassallam.

Tiada ulasan: