Isnin, 10 November 2008

JOM ROMBONGAN CIK KIAH.....

Salam. Selamat berangkat buat Cik Eda ke Bumi Anbia. Moga perjalanan diberkati dan peroleh haji mabrur. Amin! Akak Nani kita, tahniah le.... seronok ada babykan. Kami tumpang gumbira. Mak anak selamat. Siapa namanya?Dah confirm... Muhammad Danish Hakim? Yealah walaupun percutian dengan kos yang tinggi syukur kerana dikurniakan zuriat yang tak ternilai dengan rm. Kami masih lagi marathon dengan kerja-kerja di sekolah. Uruskan prestasi anak-anak murid buat otak letih...selebihnya baru selesai urusan BM PMR. Prestasi anak-anak sendiri Alhamdulillah, ada yang ok ada yang kena pantau juga. Apapun cuti sekolah ni dah banyak program untuk anak-anak..pengisian kerohanian dan aktiviti masa senggang. Tak le dok menghadap tv, game komputer pagi petang siang malam.Yang pasti maknya jadi chief sepenuh masa. Any order sir!

Beberapa hari lalu Husna telefon, tanyakan pasal reunion kita..Tak boleh nak beri keputusan sebab ramai tak ada. Apapun mungkin kami yang kat zon tengah ni buat reunion kecil-kecilan. Tempat tak confirm nak bincang dengan Hanif, Pak Lah , Jah atau Angah. Dr Azah boleh join ke? Tuan Haji kita macam mana?Apapun masa masih panjang.

Selamat bercuti, InsyaAllah jumpa lagi.

Tiada ulasan: