Isnin, 24 November 2008

alahai Sg Tekala

- Aduh Akak Nani. Gambar tu memang la menggamit kenangan 87. Kalau buat reunion kat situ memang la seronok. Teringat lagi Hanif dan Jeff mandi pakai kain batik. Siap posing tunjuk muscle yang tak berapa nak ada tu. Sekarang ni dah ada la kot.
- Reunion nanti Insyaallah saya boleh tapi yang sorang lagi tak boleh. Tarikh tu dia kena pi Langkawi bawa rombongan Cek Mat. Tak pa la no. Lagi satu tentang pot luck tu saya bawa jeruk penang dan lemang & rendang kot. Kat sini lemang boleh dapat sepanjang tahun. Habaq je nak berapa batang. 10? 20? Boleh je.
- Apa-apa pun semoga kita dapat berkumpul semula seperti dulu. Insyaallah
Bye.

Tiada ulasan: