Salam buat Sahabat semua.
Sampai hati korang kata kami para pria sunyi sepi - 'Mengandung'.Sepi bukannya apa tapi masa tak mengizinkan.Sibuk.......sibuk dan sentiasa sibuk dgn tugas.
Tahniah pada Nani yg menimang cahaya mata yg sungguh comel.Bertambah lagi ahli CG kita.
Tahniah buat Azah yg telah mendirikan rumahtangga.Semoga bahagia ke anak cucu
Selamat menunaikan haji buat eda.Semoga selamat pergi dan kembali dan memperolehi haji mabrur.
Selamat menduduki peperiksaan SPM buat Fahim.Uncle sentiasa berdoa dan mempunyai penuh keyakinan Fahim akan memperolehi kejayaan cemerlang.
Sedikit perkembangan diri dan keluarga saya.
Baru-baru ini saya ke Kota kinabalu dan berjaya menawan puncak kinabalu.(masa deepavali).Jef dan Husna layan saya dan staff saya macam VVIP.Sempat tidur semalam di rumah Jef.
Insyallah 17 januari 2009 saya,isteri dan anak-anak akan menunaikan Umrah.
REUNION - Saya tak kisah nak buat kat mana?Rumah sari,jah,pak lah atau saya. Kalian Geng Perempuan bincanglah nak buat kat mana dan tarikhnya.
Kalau berkesempatan sila beli majalah SENI HIAS nov-dis 08 dan tengok ms 30
Sekian. Semoga jumpa nanti
2 ulasan:
Teringin nak tengok majalah tu,tapi nak pegi kedai tak dapatlah,nantilah lepas pantang nanti. Selamat buat umrah tahun depan. Hujung tahun jom kita gi buat Haji pulak...
Lupalah pulak, tahniah jugak kerana berjaya menakluki Gunung Kinabalu. Bila pulak nak takluk Gunung Everest?
Catat Ulasan